Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
■💎■
—Jiseol's Pov
Aku merenung sayu keadaan yoshi yang masih tidak sedarkan diri daripada petang tadi sehinggalah malam ni , lama juga dia terlantar atas katil pesakit . Doktor beritahu keadaan dia begitu lemah dan memerlukan rehat secukupnya , dan juga aku bersyukur yang dia tak ada apa-apa masalah kerosakkan anggota badan yang berlaku .
" yah , jiseol .. Kau pergilah balik dulu .. Lagipun hari dah lewat malam , biarlah kitorang berdua yang jaga dia .. " kata haruto sambil melabuhkan punggung di atas sofa yang empuk . Diorang letakkan yoshi dekat bilik vvip . Orang kaya kan—
Aku merenung jam yang tergantung dekat atas dinding bilik wad tu , jarum jam sudah menunjukkan masuknya pukul 10 malam sekarang dan merupakan waktu untuk aku masuk tidur . Ah , lebih baik aku balik sekarang sebelum orang tua aku tanya macam-macam . Kang kenalah cari alasan untuk selamat daripada dimarahi oleh eomma . Aku mencapai beg sandang milik aku .
" biar aku teman kau sampai bawah " jeongwoo menawarkan dirinya untuk menemani aku . Aku pula hanya mengangguk saja , orang nak teman kita kenalah setuju . Nanti orang kata yang aku ni belagak pula—tak mahu .
Tanpa membuang masa yang lama , aku dan jeongwoo mengatur langkah menapak keluar daripada wad yoshi . Kami berjalan masuk ke dalam perut lif tatkala pintu lift sudah terbuka untuk kami berdua . Suasana didalam perut lif hanya sunyi menyepi saja , janggal dan kekok pun adalah . Aku ni bukan biasa sangat dengan orang yang baru nak berkenalan .
Anak mata aku sibuk memandang nombor lif yang turun menurun tu . Aku tak tahu nak buat apa melainkan tengok nombor lif saja , manakala jeongwoo yang berdiri dekat sebelah aku hanya memandang bawah saja , dia pun kekok juga .
" k—kau suka yoshi juga ke ? " jeongwoo mula membuka kotak suaranya , dia memecahkan suasana yang sunyi antara kami berdua . Bila dia tanya soalan macam tu , aku hanya terdiam dan tak tahu apa yang patut aku katakan . Aku bukan kenal yoshi sangat pun , tapi tadi sebelum dia jatuh pengsan . Dia luahkan perasaan dia dekat aku ..
Aku tak tahulah , sama ada nak balas perasaan dia ataupun tidak . Aku buntu siot dengan keputusan aku yang tak pernah nak beri kerjasama dengan bagus .
" entahlah , aku tak tahu " balas aku dengan ringkasnya.
" macam yang kau tahu tentang kes yang dah berlalu tu , dan menyebabkan orang sekeliling selalu bersangka buruk dengan dia hanya sebab dia pernah bunuh noona dia sendiri .. Tapi , aku sebagai kawan yoshi tak pernah menggagap yang yoshi tu seorang pembunuh ... Sebab dia tak akan tergamak buat macam tu dekat ahli keluarga yang dia sayang .. Hanya orang sekeliling saja suka menyebarkan berita tak betul tu .. Noona dia mati bukan yoshi yang lakukan , yoshi hanya berada dekat tempat kejadian tu je .. Tapi cuma orang yang salah faham dan menunduh yoshi yang membunuh noona dia sendiri , sampaikan yoshi kena buang dengan ahli keluarga kandung dia sendiri .. Dan sekarang , dia hanya menjalani kehidupan seorang diri saja .. hurmm—mereka memang tak tahu kisah hidup yoshi .. "
" yoshi sebenarnya baik orangnya melainkan ada seseorang yang menganggu ketenteraman hidup dia saja .. Buat pengetahuan kau yoshi bukanlah seorang pembunuh , aku dah lama kenal dia .. Tak pernah dia buat perkara kejam macam tu .. " aku hanya memasang telinga saja mendengar cerita yang jeongwoo sampaikan , tentang kehidupan yoshi . Jadi , baru aku tahu kebenarannya .. Berita-berita yang pasal yoshi bunuh noona dia itu hanya palsu saja . Dan sebab itulah , orang selalu nampak yang dia teruk dan penuh kebencian .
Ting~
Akhirnya kami tiba ditingkat satu , iaitu kawasan dobi . Pintu lif terbuka dan aku pun menapak keluar bersama diiringi dengan jeongwoo yang setia mengikut aku sampai kami tiba diluar daripada kawasan hospital .
" orang macam kau tak baik balik jalan kaki sorang-sorang so aku ada call teksi untuk hantar kau pulang , pasal duit aku dah bayarkan .. Kau tak perlu ganti .. " jelas Jeongwoo kepada aku .
" ah , gomawo jeongwoo .. Buat susah kau je tolong aku ni .. " aku mengucapkan ayat terima kasih dekat dia sebelum membawa diri masuk ke dalam perut teksi yang sudah tiba . Manakala jeongwoo masih setia berdiri disitu sehinggalah kereta teksi meluncur jauh meninggalkan kawasan hospital . Bayangan jeongwoo pun jauh memghilang daripada pandangan aku .
■💎■
" gomawo ahjussi " aku ucapkan ayat terima kasih apabila aku tiba dekat kawasan perumahan aku , tapi aku suruh pakcik tu berhentikan aku dekat simpang .. Iyelah , aku nak balik rumah jalan kaki je sebab kalau teksi masuk dalam kawasan perumahan aku nanti dia takkan ada jalan keluar dan hanya jalan mati saja so aku tak nak lah menyusahkan orang .
Selepas bayangan kereta teksi tu mulai menghilang daripada pandangan aku . Tanpa menbuang masa yang lama , aku pun mula mengatur langkah mahu berjalan pulang ke rumah yang tidak seberapa jauh , alahai dekat je sekejap lagi sampailah .
Dan pada waktu sepanjang perjalanan aku mahu pulang ke rumah , tiba-tiba gegendang telinga milik aku terdengar sebuah bunyi derapan tapak kaki seseorang yang sekarang tengah berjalan di belakang aku . Daripada pandangan ekor mata saja , aku sudah nampak akan bayangan seseorang yang berpakaian serba hitam sedang mengekori aku .
Dengan itu , aku melajukan langkah aku untuk berjauhan daripada dia namun dengan cara itu lagilah membuatkan dia makin menghampiri ke arah aku . Hati aku ni dah mula naik resah , fikiran aku ni dah serabut dengan perkara-kara negatif .
Tolonglah jangan ikut aku wahai insan serba hitam tu . Disebabkan dia makin menghampiri ke arah aku ni , aku pun mula berlari sekuat tenaga dengan niat supaya dia tak dapat ekori aku . Tapi malangnya , dia juga turut berlari dan terus mencengkam tubuh aku dengan kasarnya .
Manakala mulut aku ni sudah ditekup kasar dengan sebuah sapu tangan yang boleh memberikan aku effect , pening kepala . Aku merintih-rintih untuk melepaskan diri tapi usaha itu hanya gagal saja . Aku kan insan yang lemah . Perlahan-lahan aku terasa seperti kelopak mata aku menjadi berat dan pandangan aku mula bertukar kepada gelap gelita .
■💎■
Yoshi yang masih terlantar atas katil itu , perlahan-lahan jari jemarinya bergerak-gerak menunjukkan tanda positif bahawa dia sudah sedarkan diri . Tetapi kelopak matanya masih menjadi berat dan ianya agak sukar untuk yoshi membuka sepenuhnya . Walaupun dia tidak sedar sepenuhnya .
Gegendang telinga milik yoshi terdengar akan bunyi alatan hospital yang tidak jauh darinya , ini bermakna dia sekarang berada dekat dalam wad .
Manakala haruto dan jeongwoo yang tengah berbual rancak itu langsung mereka berdua tidak perasan akan kesedaran yoshi .
" yah ruto aku nak tidur sini , kau pergilah tidur bawah sana " lantang telinga milik yoshi menangkap suara jeongwoo yang tengah bertengkar dengan haruto tu .
" aku dapat dulu .. "
" mana boleh—"
Yoshi yang mendengar akan pertengkaran tu nak saja dia bangun lepastu sepak dua ekor yang bergaduh pasal benda kecik je .. Tapi niat tu dia cuba biarkan dalam hati dan mula lah berpura-pura seperti dia masih belum sedarkan diri .