03 :: Bad Boy

521 88 1
                                        

■💎■

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

■💎■

—Jiseol's Pov

Yoshi membawa aku ke tempat yang dia buli budak junior tu   , terus dia menolak tubuh aku terjelepok atas rumput bersama dengan budak junior yang terlantar lemah tu  . Eh—kesian aku tengok keadaan budak tu  , habis calar balar muka dia  . Dan banyak pula tu kesan lebam  . Betapa kejamnya yoshi buat dia tanpa memberi sebarang rasa kesian  , dia memang tak ada hati perut  .

" Kau nampak semua kan  ? " Yoshi mencangkung dihadapan aku dengan mempamirkan wajah dingin  , ya dia sentiasalah nampak aura dingin dan menakutkan  . Manakala aku ni dah tergamam dan terkedu  , entah tidak tahu nak buat apa lagi  . Melainkan aku menutup mulut dan anak mata seraya memandang ke arah rumput .

Soal jantung dah berdegup-degup laju dek terlalu cemas  , aku resah wey  .. Aku cuma takut kalau dia apa-apa kan aku ni  , iyelah aku dah nampak semuanya depan mata  . Mesti dia takkan lepaskan aku ni  , sebab dia takut kalau aku lapor hal ni dekat pengetua .  Mampus aku dibuatnya nanti  .

" kau memang dah tak ada mulut nak bercakap ke  ? Dah bisu  ? Ceh—" akhir sekali dia tersenyum sinis bila tengok yang aku ni hanya diam membisu  . Wey  , aku sebenarnya tengah takut  .

" pandang aku perempuan—" tersentak aku apabila dia menongkatkan dagu aku untuk memandang ke arah dia  . Air liur ni memang selalu aku telan dengan kelatnya  .

" baik kau cakap sebelum aku buat kau macam budak tu  " aku tahu apa maksud yang dia ingin sampaikan tu  , waduh aku tak nak dijadikan mangsa buli  yoshi  . Tengok keadaan budak tu dah buat aku rasa mengerikan . 

" A—aku takkan m—mengadu dekat pengetua pasal ni  .. Hiks janganlah bunuh aku  " aku menyatukan kedua belah tapak tangan dengan gaya seperti tengah merayu . Bila aku buat sebegitu  , dia hanya tersengih sinis  .

" aku akan bunuh kau bila kau mengadu hal ni dekat pengetua  " kata-kata dia tu dah buat aku rasa nak tanamkan diri ni dekat dalam kubur  , tak rela nak jalani kehidupan lagi  .

" dah  , aku nak kau bawa budak ni dan rawat dia  .. Faham  , kalau tak aku bunuh kau  " arahnya dengan tegas , kepala aku ni mengangguk laju-laju  . Kemudian  , dia bersama dengan geng dia pun beredar daripada situ  . Hanya tinggal aku dengan budak junior yang lemah longlai tu saja  .

Aku bingkas bangkit dan menghampiri ke arah budak junior itu  . " keadaan kau teruk  , mari aku bawa kau pergi ke bilik rawatan  .. " aku cuba membantu budak tu untuk berdiri  . Dia lemah jadi mesti kena pertolongan untuk bantu dia bangun  . Kemudian  , aku memapahnya meninggalkan kawasan situ  , nasib bilik rawatan tak seberapa jauh  .

【C】Bad Boy :: Save ME  |I 요시Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang