Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
■💎■
—Jiseol's Pov
Aku memandang setiap gambar poloraid yang aku tampal dekat dinding bilik aku sendiri . Terlihat gambar aku bersama dengan yoshi pada petang semalam , ya aku dan yoshi sudah Official sebagai pasangan kekasih sejak dia sedarkan diri dekat hospital haritu . Terus dia confess dekat aku masa tu , tapi masalahnya kan .. Waktu dia nak confess dekat aku tu .. Dia bukan jumpa dalam cara private tau ni dia luah dekat depan khayalah ramai , waktu tu memang malu setanduk aku dibuatnya .. Dengan pandangan orang sana yang tertumpu dekat aku je , dia suka buat aku jadi malu . Teringat pula aku kisah memalukan tu . Apalah yoshi ni ..
Dan pasal hubungan kitorang tu memang dah kecoh satu sekolah .. Lebih lagi , budak si jihoon tu semakin suka dia menyakat aku ni .. Dulu dia ship kan aku dengan junkyu but sekarang dengan yoshi pula .. Dia memang tak pernah nak insaf , walaupun aku dah mengadu dekat yoshi .. Dia tetap tak kisah masa yoshi marah dia .. Dia kan orang yang tak faham bahasa , ah biar lantaklah budak tu .. Kisah apa aku an ..
Okay pasal yoshi pula , keadaan dia dah sembuh sepenuhnya .. Dan kesan luka-luka tu semuanya dah pulih , aku bsrsyukur sebab dia tak tinggalkan aku ni .. Kalau tak memang tak kesampaian lah dia nak jadi boyfriend sehidup semati aku ni .. Hohok . Dan yang pasal bad boy tu aku tak tahu lah kalau dia dah bertaubat ke belum .. Sebab sejak dia bersama dengan aku makin lama semakin baik pula perangai dia , dan sejak tu juga aku tak dengar masalah-masalah yang timbul .. So , aku kiranya dia dah bertaubat lah kot . Lagipun haruto dan jeongwoo pun macam dah jadi budak baik , aku tak nampak dah mereka lepak dekat atas rooftop seperti hari-hari sebelumnya .. Hurmm—mesti dah sama taubat kot .. Aku pun tak tahulah .. Main kata je ..
Kalau dia masih perangai hanat macam tu , aku tak tahulah .. Sebab tu urusan diorang bukannya aku .. Aku berharaplah yang yoshi takkan buat perangai lama dia tu , iyelah dia kan bad boy .. Aku harap dia dah bersara lah dalam dunia tu ..
Ting~
Aku yang tengah mengelamun sorang-sorang terus tersedar apabila smartphone milik aku berdering bermaksud ada sebuah pesanan baru masuk . Terus aku mencapai smartphone milik aku yang terletak dekat atas meja belajar . Daripada skrin telefon saja , aku sudah perasan akan mesej daripada yoshi .. Tidak membuang masa yang lama , aku terus membukanya .
From : yochiii 💎
Mesej : 10 minit saya akan tiba depan rumah awak .. Sebab jalan dekat sini sesak so mengambil masa yang lama nak sampai sana .. Reply : wokey .. Saya tunggu Mesej : thanks sebab faham saya .. Reply : no problem ..