2

11.7K 309 10
                                    

"kenapa perempuan tu duduk sini Bonda" soal Adriel tak bersalah memandang Arabella atas bawah. "dia sekarang dah jadi anak bonda, jadi dia kena duduk makan kat sini, faham tak riel?" soal Bonda. Adriel cuma diam dan meneruskan makannya.

"am i too ugly sampai nak tengok aku pon tak nak" kata Arabella sendiri

"kenapa kuis-kuis je nasi tu dari tadi, makanlah Bella nanti sakit" kata Bonda. "tiba-tiba pula Bella rasa tak selera, takpe Bella habiskan juga" kata Bella cuba menelan makan yang disuap. Bonda tersenyum. "malam ni Bella nak pergi mana-mana ke ?" soal Bonda. "Bella nak pergi main Badminton rasanya, kenapa Bonda?" soal Arabella.

"Riel, teman Bella main badminton ea malam ni" kata Bonda. Riel sudah mendongak memandang Arabella tajam.

Arabella Tiana

baik tak payah ikut kalau sibuk main phone je kat tepi. "siapa tu weh? handsome gila" soal Rose. "tu anak Majikan ibu aku, kenapa? terpikat ?" soal Arabella. "gila kau tak terpikat, helok je dari atas sampai bawah" kata Rose. "Jangan pandang lelama nanti waktu kita habis kat sini sebab kau pandang dia je" kata Arabella

"aku dah penat la Ana, suruh lah anak majikan tu main pula" kata Rose. Rose pergi ke tepi untuk meneguk air dan berehat sebentar. Arabella agak takut juga mahu mengajak lelaki itu main tetapi daripada lihat lelaki itu hanya diam sendiri baik dia ajak main.

"Tengku, nak main?" soal Arabella. Adriel memandang Arabella "boleh" lalu lelaki itu bangun dan meregangkan ototnya dan pergi ke court untuk bermain. Muka lelaki itu dingin sahaja bermain dengannya tiada senyuman langsung terbit dari wajah itu. "tak sangka Tengku hebat bermain badminton" kata Arabella.

"kau lupa ke Bella, dulu aku pernah main badminton peringkat kebangsaan" kata Adriel. "saya ingat Tengku, Tengku je tak ingat pasal saya" kata Arabella.

"kalau dah siap main, pergi ke  kereta, aku tunggu kat kereta je" kata Adriel lalu berlalu pergi. "kejapnya dia main" kata Rose. "dia penat rasanya" kata Arabella.

selepas selesai Arabella pon menghampiri kereta Adriel. Lelaki itu sedang melelapkan mata. Arabella mengetuk sedikit cermin tingkap apabila pintu itu berkunci. "dah lah tidur tak buka tingkap, kang mati dalam tu sia-sia je" kata Arabella perlahan.

ketukan dikuatkan apabila lelaki itu masih tidak sedar. "haish dia ni buat aku risau la" kata Arabella pergi ke sebelah pintu Adriel pula cermin tingkap diketuk lagi. Lelaki itu masih kejung tidak terkutik dengan ketukannya. "Adriel !!" jerit Arabella. Arabella sudah melepaskan beg sukannya dan berfikir sejenak apa dia boleh buat.

nak minta tolong, tak ada orang pon kat situ memandang hari pon dah malam. Arabella mencari kayu berdekatan. Rambutnya diikat simpul apabila dia tidak mahu menganggu konsentrasinya. "im sorry mr audi" Kayu diketuk ke cermin belakang dan pecah.

Arabella masuk dalam kereta, walaupon badannya kecil beberapa serpihan yang tadinya masih lagi di tingkap kereta menggores lengan dan betisnya  "arghh" jerit Arabella perlahan lalu cepat ke tempat sebelah memandu. Lock kereta dibuka dan pintu dibuka luas.

"ini darurat kan ?" soalnya sendiri. Badan Adriel ditarik sehingga terbaring ke pehanya. Mulut Adriel dibuka seluasnya dan tengkuk Adriel dinaikkan. "bismillah" kata Arabella

cup!

CPR. Tak lama kemudian Adriel terbatuk batuk mencari nafasnya yang hilang lalu oksigen dikumpul kembali dan dia terduduk sambil memandang Arabella yang tercungap-cungap. Lalu tubuh Adriel dipukul perlahan "awak tu tidur tak reti nak buka tingkap sikit ke ? jangan lock pintu !!! kalau awak mati cemana ?! nak sangat mati ke ?" marah Arabella.

Adriel sudah bersandar pada seatnya sambil tercungap-cungap. "aku... aku minta maaf" balas Adriel dalam keadaan lemah. "awak duduk sini, biar saya drive balik" kata Arabella. Adriel turun kereta dan pandang tingkap belakang kereta "what are you doing with my car ?" soal Adriel pada Arabella.

"awak nak kereta awak selamat ke awak yang mati ?" kata Arabella yang hanya menggalihkan badannya melangkah dari seat penumpang ke seat memandu. Adriel mengeluh dia mengutip beg Arabella dan masukkan dari tingkap yang dah pecah tu.

sepanjang perjalanan ke rumah, hanya lagu di radio yang menemankan dua figura tersebut. "awak anak raja, tak kan risau pasal kereta kot, hilang satu awak boleh beli sepuluh" kata Arabella memandu dengan cermat sekali tak laju sangat tak perlahan sangat.

"aku tak risau pasal tu pon" kata Adriel. "abistu awak risau pasal apa ?" soal Arabella. "you no need to know, diamlah budak kecik. mulut macam bontot ayam" kata Adriel. "orang tanya je, kalau tak nak share takpelah, dah lah tak cakap terima kasih, kena marah lagi sebab pecahkan kereta dia lepastu kena marah lagi sebab banyak tanya" kata Arabella.

"kau memang nak kena makan dedak baru diam agaknya" kata Adriel. Arabella jeling dan sambung memandu dengan senyap. Adriel memandang Arabella yang dah lama diam. Lengan Arabella yang berdarah dipandang "kau okay ?" soal Adriel. Arabella pandang Adriel "okay je kenapa ?" soal Arabella.

"luka kau ni nampak"

to be continue

[C] ArabellaWhere stories live. Discover now