6

11.7K 301 16
                                        

Adriel bangun dari tidurnya, tempat itu nampak asing tetapi dia tidak terkejut. Lengan dia sedikit lenguh ditindih Elya. Perlahan dia mengalihkan lengannya dari kepala Elya. Tubuh Elya yang hanya ditutupi dengan dress satin pendek ditutup tidak mahu ditatap lama, takut pula terlanjur nanti.

Tshirt yang disediakan Elya diambil dan disarung ke badan. Walaupun dia dan Elya tidur bersama. dia tidak pernah sesekali mengambil kesempatan kehormatan Elya. Tidur tidak berbaju adalah kebiasaannya tidak ada langsung terniat untuk merosakkan kekasihnya itu.

Baju kemeja dan Kotnya diangkat dan dibawa keluar. Semua pengawal menunduk hormat padanya. Mujur sahaja dia sudah membuat panggilan pada Syefiq pembantu peribadinya bahawa jemput dia pada pagi tersebut. Kelihatan kereta mewah merah terparkir dihadapan istana. "Seronok ke semalam Tuan, hahahaha" gelak Syefiq. "kau diam ah, aku pon satu nak berkepit sangat dengan Elya tu" kata Adriel.

"dah kau miang keladi sangat, baik kau bagi Bella kat aku" kata Syefiq pembantu peribadi merangkap kawan baiknya. "kau Bella jangan sebut tau haish dia ni" kata Adriel. Syefiq memandu pulang ke istana.

Arabella Tiana

Tamat juga pengajiannya di universiti, pejam celik sahaja masa berlalu. Sekarang dia akan mengurus hotel, itu pon arahan daripada Permaisuri Marianne, untung sahaja wanita itu memberinya kerja, kalau tidak jenuh dia nak mencari kerja. Sekarang bukan senang nak berkerja.

Arabella nak cipta hobi baru, dia akan pergi gym lepas waktu kerja. Mujur saja ada gym di hotel itu. Arabella memakai kasut sukan dan masuk ke dalam Gym. Gym itu memang sunyi sahaja, jaranglah orang bercuti nak pergi gym kan ? i guess.

Rambutnya diikat ekor kuda. Treadmill dihidupkan dan dia berlari perlahan dan laju sedikit. Setelah 30 minit dia bersenam dia meneguk air. Kedengaran suara lelaki mengeluh dibalik dinding cermin itu. Arabella menghampiri kelihatan Adriel sedang melakukan workout. Arabella diam sahaja, tidak peliklah jika Adriel ada, ini kan hotel dia juga.

"Adriel" panggil Arabella. "erh eh Bella, buat apa kat sini, ni dah habis waktu kerja kan" kata Adriel bangun dan mengambil tuala kecil mengelap peluh dilehernya. Arabella mendongak memandang Adriel tetapi pandangannya nakal turun ke perut Adriel. lekukan roti terbentuk diperut itu membuatkan Arabella agak lama mengelamun.

"kalau nak tunggulah kita kahwin" kata Adriel tarik Arabella dekat dengannya sehingga betul-betul kepala Arabella menyentuh dada Adriel. "awak akan kahwin dengan Elya, Adriel" kata Arabella. Adriel memaut pinggang Arabella letakkan dia diatas satu basikal untuk menyamakan ketinggiannya. "kalau kita kahwin apa salahnya?" soal Adriel menyentuh peha Arabella.

"memang salah besar Adriel, saya tak layak. awak berhak yang lebih baik" kata Arabella turun kereta dan cepat-cepat balik.

Arabella Tiana

Arabella hanya menguis nasi dari tadi tiada langsung selera mahu makan. Arabella angkat pinggan masuk sinki. "ibu, Ara naik bilik dulu" kata Arabella. Ibunya mengangguk, sejak kebelakangan ni Arabella banyak diam dan hanya kerja lepastu balik kerja terus tidur tiada pula suasana cerianya dulu, mungkin sebab dia sudah meningkat dewasa umurnya juga sudah mencecah 25 tahun. Layak sekiranya berkahwin.

Arabella mengenakan dress tidur putih malam itu, jarang dan menampakkan tubuhnya sedikit. Dia melangkah ke balkoni mengambil angin malam. Rambutnya berterbangan. Sejak dia lahir, dia tidak pernah melihat wajah ayahnya, rupa paras dan bentuk pon dia tidak tahu. walaupun begitu, rasa rindu dan sayang terhadap ayahnya tetap utuh.

tanpa sedar air mata Arabella tumpah juga, sudah lama dia tidak menangis. Selama ini dia berjuang untuk nampak kuat pada semua orang tapi dia silap, dia akan nampak lemah terhadap diri sendiri. "kau tak selemah tu kan Bella" kata Adriel yang bangun dari kerusi bilik Arabella.

"berapa lama awak kat situ ?" soal Arabella. "lama, sejak kau masuk tadi" kata Adriel mendekati Arabella. "kau rindu ayah kau" soal Adriel. "saya hari-hari rindu ayah saya" kata Arabella menyeka airmatanya. "tak manis awak masuk bilik saya ni" kata Arabella. "aku cuma nak tanya keadaan kau, maaf tentang petang tadi, mungkin aku cakap tak pakai otak" kata Adriel.

"sokay" balas Arabella. "by the way, saya dengar wedding awak akan dipercepatkan, bila tu?" soal Arabella. "maybe hujung bulan depan, lagipon aku akan jadi raja nanti sebabtu dipercepatkan, ayahanda dah semakin tua tak larat dia nak buat kerja berat lagi" kata Adriel. suasana diam seketika.

"mesti awak sayangkan dia kan ?" soal Arabella. "kami bercinta 10 tahun di Melbourne, dan dia bakal isteri aku. kau faham kan ?" kata Adriel. Mahu sahaja Arabella menangis sekali lagi dengan ayat yang dilontarkan.

"sejuk malam ni" kata Arabella memeluk tubuhnya. Adriel hanya memandang luar balkoni yang dipenuhi dengan hutan yang tidak berapa tebal dengan tasik yang terbentang luas. "saya nak jadi Elya" kata Arabella secara tiba-tiba.

Pandangan Adriel jatuh pada Arabella. "apa maksud kau ni Bella?" soal Adriel. "saya nak jadi Elya yang berhak mencintai sesiapa sahaja yang dia suka dan dia sayang" kata Arabella. Adriel hanya memandang wajah keluhan Arabella, kelihatan wajah yang menahan sakit di dalam hati.

"saya tahu saya tak layak, saya sedar diri saya siapa, saya dan awak memang tak mungkin dan mustahil untuk bersama" kata Arabella mendongak memandang Adriel. "Bell..." percakapannya terhenti apa bila Bella menyentuh kulit pipinya dengan tangan kecilnya.

"saya cintakan awak Adriel, saya sayangkan awak. saya tunggu awak 12 tahun ni, awak suruh saya tunggu sampai awak balik." kata Arabella dan airmatanya jatuh juga. Keluar tanpa henti. "aku tak nak kau dibuang negara Bella" kata Adriel.

"kalau saya berani tanggung risiko, kenapa awak tak boleh Riel ?" soal Arabella menumbuk perlahan dada Adriel. "takpelah, saya faham. awak dah ada Elya disisi awak. awak tak akan ambil risiko tu. tak akan mungkin" kata Arabella ketawa kecil kerana merasakan anggapannya salah lalu pandang semula ke luar.

"Bella aku..." Adriel seperti kematian kata-kata, dia tidak tahu yang Arabella juga menyimpan perasaan yang sama dengannya. Arabella menarik nafasnya dan memandang Adriel semula "boleh tak saya nak peluk awak, dan mungkin cium awak buat kali terakhir, mungkin saya tak dapat rasakan cinta awak lagi lepas ini" kata Arabella.

Adriel memandang Arabella lama dan ditenung dalam-dalam. Mata mereka bertembung seperti sedang berbicara sesama sendiri tapi berbentuk bercakap dalam hati. Akhirnya satu anggukan daripada Adriel. Lantas tubuh Arabella disorong masuk kedalam pelukannya seperti melepaskan rindu masing- masing. Arabella memeluk leher Adriel dan menyembam muka dibahunya.

merasakan seperti Arabella menjinjitkan kakinya, Adriel mengangkat kaki Arabella dan didukungnya dan kaki gadis itu melingkari pinggang Adriel. Bahu Adriel sudah basah dengan airmata, belakang Arabella diusap perlahan seperti memujuk.

kenapa Arabella perlu mengungkapkan perasaan ini, kenapa gadis itu mencintainya, kenapa mereka tidak mempunya taraf yang sama. Itu yang dipersoalkan dalam fikiran masing-masing. "bukan kau sorang rasa sakit ni Bella.." kata Adriel mengusap pinggul Arabella.

"aku cintakan kau" kata Adriel menyebabkan Arabella melonggarkan pelukan dan memandang Adriel mencari kebenaran. Lalu bibir Arabella Adriel paut dengan bibirnya. Sungguh dalam ciuman itu sehingga terselak baju dress Arabella.

ciuman dilepaskan dan tercungap-cungap melepaskan nafasnya. "tapi aku akan buang perasaan tu, sebab aku tak nak sesiapa terluka" kata Adriel. Arabella melepaskan pelukan dan turun ke lantai semula. "saya tak rasa cinta tu salah, itu keputusan kita Adriel" kata Arabella.

"Bella, tolong faham keadaan kita, aku satu-satunya pewaris Narnia, Tak semua yang kita suka dan kita cinta kita dapat!" kata Adriel sedikit kuat. Sungguh Adriel dalam dilemma dia tidak mahu melukakan sesiapa, dan dia juga tidak mahu melukakan Arabella.

"saya faham, awak boleh pergi" kata Arabella. Sudah jelas semuanya Adriel tetap dengan keputusannya. Kenapa dia boleh lakukan tapi Adriel tidak boleh ?

Adriel mengusap rambut panjang Arabella sebelum dia keluar daripada bilik itu.

to be continued

[C] ArabellaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang