Arabella bangun dan rambutnya seperti sarang tebuan kusut masai dirapikan dengan jari. Dia melihat jam di telefonnya, jam sudah berganjak ke pukul 1:30 pagi, lama betul dia tidur. Arabella mengatur langkahnya ke bilik air untuk mandi selesai bersiap dia turun ke dapur untuk makan. Perutnya juga sudah membuat konsert meminta makanan.
"ibu" panggilnya apabila dia mahu makan. Kelihatan sekeping note terlekat pada peti sejuk. Arabella mengambil note tersebut.
Bella, ibu ke Emerald kerana ada urusan disana. Jaga diri ye, Ibu tak lama. mungkin seminggu dua ibu pulang. ibu sayang kamu.
- Ibu Aressa
Arabella mengerutkan kepala, ibu ada apa pergi ke negara jiran. Dia mengatur langkah ke dapur untuk mencari makanan. Dalam peti penyimpanan makanan terdapat makanan yang masih ada. Arabella keluarkan dan panaskan. Istana itu sunyi sahaja apabila semua penghuninya tidur nyenyak.
"ni lah hidup di istana, semua orang akan fikir semuanya indah tetapi kesunyian sahaja yang terdapat di sini" kata Arabella sambil menggeleng. Hanya pengawal dan pegawai istana sahaja yang berjalan-jalan diluar istana. Arabella mengangkat makanan dari Microwave dan menyicipnya dengan selera.
Tengku Adriel Eric
Sudah muak dia scroll tabletnya dari tadi, hanya kerja-kerja yang sukar dan memenatkan sahaja yang dia hadap dari tadi. Adriel bangun dan meregang ototnya, dia keluar dari biliknya dan berlalu ke lift untuk turun. Kalau lama-lama bergini mata pon boleh jadi panda.
Adriel mendengar sedikit bunyi dari dapur, dia hanya mengikuti bunyi tersebut dan tersenyum sinis melihat Arabella yang makan dengan comot, rambutnya basah dan masih lagi tidak bersikat menyebabkan Arabella kelihatan seperti orang tidak terurus.
Selesai makan Arabella mengatur langkah ke sinki dan membasuh pinggan dan cawannya, selepas selesai dia menuju ke pintu dapur.
Dush
Arabella mengusap dahinya apabila terlanggar bahu Adriel. "maaf Tengku, saya tak sengaja" kata Arabella lalu mendongak. Adriel tepat memandang matanya "kenapa kau ni comot sangat?" soal Adriel. "sorry ?!" Arabella berkerut, baru dia sedar yang rambutnya tidak bersikat. Berlari ke tingkat atas menaiki tangga.
"too bad" balas Adriel naik lift dan menunggu Arabella di tangga tingkat Arabella. "penat sayang ?" soal Adriel memerli Arabella yang termengah-mengah. Rambutnya juga tidak seperti yang sepatutnya malah lebih teruk.
"come" Adriel memaut tangan Arabella ke bilik gadis itu. Arabella hanya mengikuti sahaja. Adriel mendudukan Arabella di cermin dandan. Adriel mengambil hair dryer dan sikat dan menyikatkan rambut Arabella. Selepas kering rambut Arabella diciumnya. "wangi" kata Adriel.
"peliknya tengku malam ni, by the way thank you sebab dah sikat rambut saya, kadang-kadang saya malas nak sikat sebab panjang sangat. saya nak potong tapi belum berkesempatan". "tak perlu potong, aku suka rambut kau macam ni" kata Adriel melihat rambut Arabella yang sudah mencecah pinggul itu.
"kalau aku ni bukan siapa-siapa, aku dah lama terkam kau Bella. Please watch out after this" kata Adriel sebelum dia keluar dari bilik Arabella. Arabella memeriksa dirinya, pipinya terus membahang, bagaimanalah dia boleh lupa yang dia hanya mengenakan gaun satin pink.
itu belum teruk lagi, yang paling teruk adalah, dia tidak mengenakan pakaian dalam sama sekali. Arabella sudah terbaring dikatil, dia menumbuk permukaan lembut katil tersebut membahang kerana malu.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Arabella
Kurzgeschichten"semua ni kolot, kau percaya lagi ke zaman sekarang ni mencintai tak semestinya memiliki, tu semua kolot tahu tak?" Tengku Aniq kysh "kalau dia nak kenapa awak tak turuti sahaja sayang?" bonda "memalukan keluarga sahaja, tak kenang budi" ayahanda "k...