5

11.9K 302 8
                                    

Arabella sedang meletakkan sentuhan yang terakhir pada wajahnya ini juga yang mampu dia lakukan untuk bonda yang banyak berkorban untuknya. Bukan kerana  apa bonda tiada teman ke majlis sambutan hari lahir bakal besan mereka. Ayahanda pula keluar kota ada urusan.

Rambut perangnya diikat sanggul tetapi anak rambutnya terjuntai, lihat sahaja seperti tidak terurus tetapi cantik pula apabila Arabella yang mengikatnya bergitu. Rambutnya juga diletakkan sepit bunga permata di atas sanggul.

"Bella, lama lagi ke ? kita dah nak gerak ni sayang" jerit Bonda. "Bella turun sekarang" kata Arabella. Arabella berlari berkaki ayam dengan kasut tumit tingginya dipegang. "jangan lari-lari jatuh lagi satu masalah" kata Bonda. Arabella tersengih. "cantiknya anak bonda ni" kata Bonda. "Jomlah Ad dah tunggu kat depan dah tu" kata Bonda.

dari jauh sudah kelihatan jejaka idaman rakyat Narnia. Tengku Adriel Eric yang sedang bermain dengan telefonnya dengan kusyuk sekali. "lets go boy" kata Bonda. Adriel berdiri daripada bersandar lalu menyimpan telefonnya di poket.

Dia membukakan pintu Permaisuri Marianne dan berpaling kearah Arabella. Matanya terpaku pada Arabella. Arabella senyum dan masuk kedalam kereta. Haruman Bella menyengat ke hidungnya membuat dia terpejam seketika. "Adriel, nak tunggu apa lagi ? cepat kita tak nak terlambat" kata Bonda.

Kereta itu meluncur laju ke rumah Elya. Ada ketika Adriel mengerling ke cermin pandang belakangnya untuk melihat Arabella. Gadis itu sangat cantik sekali, pilihan dress itu memang tepat untuknya. Sampai sahaja di perkarangan istana milik keluarga Elya, Adriel membuka pintu bonda dan Arabella.

Arabella dengan tidak sengaja memegang lengan Adriel
apabila dia hampir mahu terjatuh. "sorry" kata Arabella melepaskan lengan sasa lelaki itu. "its okay, if nak jatuh lagi pegang je aku" kata Adriel. Arabella lihat belakang Adriel yang sudah jalan mendahuluinya. Pintu gerbang yang besar itu dilalui Arabella.

Sungguh mengelirukan adakah ini majlis hari jadi atau majlis kahwin, meriahnya kalah wedding of the year. Arabella hanya ikut belakang Adriel dan Bonda. Dahlah dia tidak mengenali sesiapa pon. Adriel memandang Arabella yang terkebil-kebil melihat sekeliling. Teruja betul gadis itu.

"sayang, lama tunggu" kata Elya memaut lengan Adriel. Adriel tersenyum manis "taklah i baru sampai" kata Adriel. "cantik malam ni you El" kata Adriel lagi memegang pinggang Elya. Arabella diam sahaja lalu memandang tempat lain. "by the way Bella, you looks so beautiful this night" kata Elya pada Arabella.

"thank you, awak pon apa kurangnya El, saya rasa awak paling cantik malam ni" kata Arabella dengan pujian. Elya gelak dan mengusik Arabella lagi.

"excuse me ? you're Bella right ?" soal lelaki tinggi lampai berlalu dihadapan Arabella. "eh you, i guess you're Tengku Aniq right ?" soal Arabella kembali. "hahahaha its been awhile, so you buat apa datang sini ?" soal Aniq. "oh i teman mak angkat i datang sini, suami dia keluar kota" kata Arabella. "who's your mak angkat ?" soal Aniq

"Permaisuri Marianne ?" kata Arabella. "you know what Bella, i Adriel cousin" kata Aniq. "really ?! i never know you before ? i dah duduk dengan keluarga Permaisuri Marianne ni seumur hidup i" kata Arabella. "i sekolah dengan Adriel masa kat Melbourne dulu, so i memang jarang balik Narnia"

Bella hanya mengangguk tanda paham. "you cantik" kata Aniq. "thank you" balas Arabella dengan senyuman. Adriel disebelah Arabella hanya memandang mereka berdua, terlihat seperti kenal lama sahaja. "Niq, tadi Bonda kau macam panggil" kata Adriel. "yeke ? aku tak dengar pon" kata Aniq pandang Adriel. "ye, cepat pergi nanti bising pulak dia" kata Adriel.

"sorry Bella, i got to go. nanti kita borak lagi okay" kata Aniq terus memgundur diri. Arabella senyum pada Aniq. "jom kita duduk, i penatlah" kata Elya. "okay jom, Bella you want to join us" ajak Adriel. Arabella terus ikut dan duduk di meja berdekatan.

"you dah ada boyfriend ?" soal Elya. "oh belum, siapalah nak saya, saya bukan kaya pon rupa pon biasa je" kata Arabella. "you cantik la Bella, i cant resist your beauty" kata Elya. "i tunggu seseorang" kata Arabella. "siapa tu ? untungnya dia?" soal Elya. Adriel memandang Arabella, gadis itu terus muram. "tak apalah, biarlah rahsia sahaja" kata Arabella lalu mendongak pandang Adriel lalu pandang tempat lain.

"both of you bila nak kahwin ? dah tetapkan tarikh ?" soal Arabella. "belum tetapkan lagi, lagipon i belum nak kahwin lagi" kata Elya. "kenapa ? rasanya family semua dah setuju dah kan" kata Arabella. "yes, tapi you tahu kan i tengah habiskan kerja i model di Melbourne, lepas semua selesai i akan kahwin dengan Adriel secepat mungkin" kata Elya.

"patutlah cantik, model rupanya" kata Arabella. "ada-ada you ni" kata Elya. Adriel memandang Elya disampingnya, wanita itu nampak tak bersalah. Sebenarnya Adriel sudah bersedia untuk berkeluarga , lagipon tak lama lagi dia akan menggantikan ayahandanya sebagai Raja Narnia tak lama lagi.

kalaulah Elya ada sebagai Permaisuri pasti negara dan empayarnya dapat diperluaskan. Salah satu sebab kenapa dia terpaksa menolak cinta pertamanya iaitu Arabella Tiana adalah sebab Arabella bukan berketurunan diraja, pasti Arabella akan dihina dan dipinggirkan oleh keluarganya. Silap-silap Arabella akan dihalau terus dari negara.

Adriel tidak mahu itu berlaku, tidak nampak Arabella selama 12 tahun ini pon sudah membuat dia hampir gila, apatah lagi Arabella dihalau dari negara. Wajah Arabella dipandang sayu. "i cakap dengan you, you tak dengar ke Adriel ?" soal Elya. Adriel yang baru mengelamun tersedar. "sorry, i banyak fikir pula" kata Adriel.

"you fikir apa ni? kalau you nak rehat, you boleh pergi bilik i." kata Elya. "sokay El, rasa tak sopan pula datang sini nak sambut your sister tapi i yang sibuk tidur" kata Adriel.

Arabella Tiana

Tidak dinafikan Adriel dan Elya memang pasangan yang secocok, tengoklah dua-dua mempunyai senyuman yang menawan. Niatnya untuk mengejar cinta Adriel biarlah terkubur sahaja, sesungguhnya dia tidak berhak cinta lelaki itu.

Sambutan hari lahir Emelda, kakak Elya sangat gilang-gemilang. Hanya Arabella sahaja yang tidak merasakan seronok dalam majlis itu apabila Adriel dan Elya menunjukkan kemesraan mereka, di sudut hatinya memang dia cemburu.

"Bella, okay tak ni ?" soal Bonda. "okay je bonda, mungkin Bella tak kenal sesiapa kat sini. sebabtu macam janggal sikit" kata Arabella. "Bonda minta maaf sebab bawa kamu ke sini, Bonda hanya nak ada orang teman Bonda, nak harapkan Adriel tu, memang Elya dipegang dulu" kata Bonda

"tak apa Bonda, Bella okay je" kata Arabella. "nampaknya Adriel macam tidur kat sini, kita balik sendiri je la Bella" kata Bonda. "Bonda benarkan Adriel tidur sini ?" soal Arabella terkejut. "tak lama lagi mereka kahwin, boleh lah dia nak berkenalan dengan keluarga Elya" kata Bonda. "oh macamtu" balas Arabella perlahan.

"pergi minta Adriel kunci, cakap pada dia kita balik dulu" kata Bonda. "baik Bonda" kata Arabella. Arabella
membuka langkah kasut tumitnya kearah Adriel. "Tengku Adriel" panggilnya. "ye" balas Adriel. "Bonda minta kunci, kami akan balik dulu" kata Arabella. "siapa drive ?" soal Adriel. "saya drive" kata Arabella. "oh, hati-hati" balas Adriel mengeluarkan kunci dari sakunya.

"awak betul nak tidur sini?" soal Adriel. "why not ?" soal Adriel. "oh tak ada apa, saya minta diri dulu" kata Arabella lalu mengambil kunci dari huluran Adriel.

~

"Bonda, kalau Bella tanya jangan fikir apa-apa tau" kata Arabella yang sedang kusyuk memandu. "tanya jelah Bella" kata Bonda. "selalu ke Adriel tidur rumah Elya?" soal Arabella. "Bonda tak pasti, tapi masa mereka tinggal di Melbourne, mereka duduk serumah. Kadang-kadang family Elya tidur sekali kat rumah tu" kata Bonda.

"Bonda tak halang ?" soal Arabella. "Bonda nak halang pon tak boleh Bella, mereka tu duduk jauh, apa mereka buat pon Bonda tak tahu, kamu tahukan perangai Adriel tu, kalau keputusan dia A maka A la. Takkan bertukar ke B" kata Bonda. "diorang tu dah terikut sangat budaya luar tu" sambung Bonda.

"baik Bonda" balas Arabella selepas mendengar penjelasan Bonda.

to be continued

[C] ArabellaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang