Bab 3

2.2K 194 24
                                    

NADYA di ruang tamu sedang membaca novel. Dari zaman sekolah menengah lagi, Nadya memang gemar membaca. Tak kisah novel dari genre apa pun, semua Nadya belasah. Baginya, membaca adalah satu terapi untuk menghilangkan stress seharian selain dapat menimba ilmu pengetahuan yang dia tak pernah tahu pun sebelum ini. Makin orang menyindirnya kerana banyak membaca novel, makin seronok dia habiskan wang untuk membeli berpuluh-puluh novel yang berlainan genre dan penulis. Dia peduli apa dengan kata orang? Fareth sendiri tak pernah pertikaikan minatnya yang satu itu.

Oh, ya. Selepas berkahwin dengan Fareth, Nadya berhenti kerja di sebuah syarikat interior design atas arahan Fareth sendiri. Arahan Fareth pula disokong sepenuhnya oleh Datin Akma. Kata Fareth, dia mampu menyara hidup Nadya. Ya, benar. Sampai ke hari ini, semua keperluan Nadya mencukupi. Nafkah zahir yang Fareth berikan setiap bulan masih banyak dalam akaun bank. Tambahan pula, Nadya bukan jenis yang gemar berbelanja sampai beribu-riban setiap bulan.

Bunyi detap kasut menarik perhatian Nadya. Kepala diangkat dan ditoleh ke tepi. Nafas dihela berat.

"Arina, berapa kali saya nak pesan kat awak... jangan pakai kasut dalam rumah ni. Awak fikir ni rumah mat saleh ke?" Nadya menyoal. Sakit hati betul dengan perangai Arina yang satu ni. Suka sangat pakai kasut dalam rumah. Kalau pakai kasut yang memang khusus untuk dipakai di dalam rumah, tak apa lah juga. Ni dia pakai kasut yang dia duk pakai seharian kat luar. Entah apa yang dia pijak kat luar sana, berani-berani pula bawa masuk sampai ke dalam rumah. Eei.

Langkah Arina terhenti. Wajah jengkel dia tayang.

"Hei, ikut suka I lah. Ni kasut I, bukan kasut you pun." balas Arina selamba.

"Ye, saya tak cakap pun tu kasut saya. Saya cuma ingatkan awak, tolong jangan pakai kasut sampai ke dalam rumah. Kita ni orang islam, bukan mat saleh. Tahu tak adab bila masuk dalam rumah? Tak belajar subjek adab ke masa zaman sekolah rendah dulu? Tak pergi sekolah agama petang?" soal Nadya. Novel tebal ditangan diletakkan di tepi.

"Eh you ni banyak bunyi lah. Bising tahu tak?"

"Jadi, kalau tak nak orang bising, boleh tak dengar kata orang? Kasut yang awak pakai seharian tu, letakkan dalam rak. Punya lah besar rak kasut kat depan tu, takkan tak nampak kut. Kenapa? Takut orang curi kasut mahal awak tu. Eh, tolong lah ya... orang-orang dalam rumah ni tak miskin lagi." Nadya membebel geram. Dah serupa bebelkan budak-budak saja lagi.

Arina jeling.

"I tak nak. Suka hati I lah nak pakai kasut kat dalam rumah pun. You tu menumpang aje dalam rumah ni. Nanti kalau Fareth ceraikan you, automatik you kena keluar dari rumah ni. Sedar diri sikit!" tempelak Arina. Terdiam Nadya. Dadanya berombak mendengar balasan kata yang keluar dari ulas bibir Arina. Kenapa si Arina ni keras kepala sangat? Kepala batu!

"Malas lah nak cakap dengan orang yang tak reti bahasa. Penat," Nadya menjeling. Novel yang dia letak di tepi kembali dicapai dan dibuka. Baca novel lagi bagus dari berlawan kata dengan Arina ni.

Beberapa detik kemudian, kedengaran bunyi kereta memasuki perkarangan rumah. Siapa lagi kalau bukan Fareth. Sekarang dah jam lima petang. Memang kebiasaannya Fareth akan pulang ke rumah waktu sekarang ini. Paling lewat pun, jam enam baru pucuk hidung Fareth kelihatan di rumah. Erk, sejak ada bini baru ni, selalu juga Fareth balik awal.

"Assalamualaikum..." suara Fareth beri salam di muka pintu. Nadya bangun dari duduk. Bebola mata menjeling kegedikan Arina menyambut Fareth pulang ke rumah. Leher Fareth dipaut sebelum bibir Arina mencari bibir Fareth. Cup! Pergh, buat aksi dewasa kat tengah-tengah ruang tamu ni kut! Dasar tak ada rasa malu ke apa?

"Errr, darling..." Fareth tolak sedikit tubuh Arina yang melekat dengan tubuhnya. Dia sendiri terkejut bila dengan selambanya bibirnya dicium Arina. Sudah lah kat depan Nadya. Nadya pun tak pernah buat macam ni.

The Only One | EBOOK Where stories live. Discover now