Teaser 1

2.4K 123 7
                                    

FARETH tiba di lobi Hotel Grand Hyatt bersama Arina pada jam lapan malam. Langkah mereka dibawa ke arah Thirty8 Restaurant. Ramai manusia-manusia sedang menikmati makan malam dengan berlatarkan bangunan menara berkembar petronas, KLCC. Nampak kemunculan Fareth dan Arina, lekas Nadya angkat tangan menggamit.

   Tersenyum Nadya bila Fareth yang tampan mengenakan pakaian kasual itu melangkah menghampiri. Di sisinya, Arina yang pakaiannya... erk... terbelah sana sini. Boleh pula Fareth biarkan Arina berpakaian macam tu? Macam tarzan dah tengok.

   "Am I late?" soal Fareth dengan senyuman. Nadya menggeleng.

   "Nope. Duduk lah." pelawa Nadya. Sekilas aje dia pandang Arina yang macam tak berapa gemar dengan situasi mereka sekarang ini. Lantak kau lah. Kalau kau bukan isteri kedua Fareth, memang tak lah aku jemput kau sekali.

   "Fareth Abrar, selamat ulang tahun kelahiran yang ke-32. Mama doakan Fareth dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan sehari-harian. Mama doakan kebahagiaan Fareth dunia akhirat, nak." tutur Datin Akma bernada lirih. Fareth senyum. Tangan Datin Akma dicium sebelum tubuh wanita itu dipeluk erat. Tak cukup dengan itu, kedua-dua belah pipi Datin Akma dikucupnya.

   "Terima kasih mama. I love you." balas Fareth.

   Selang beberapa minit, seorang waiter membawakan sebiji kek. Fareth senyum panjang. Benda wajib yang perlu ada bila sambut hari jadi. Nadya bangun. Kek yang terletak atas troli diangkat perlahan. Di sisi meja, Nadya berdiri menghadap Fareth sambil pegang kek yang mempunyai beberapa batang lilin di atasnya.

   "Happy birthday to you... Happy birthday to you... Happy birthday to Fareth Abrar... Happy birthday to you." Nadya menyanyi walaupun dia sedar suaranya elok sikit dari suara katak. Faham isyarat mata Nadya, Fareth meniup lilin-lilin tersebut. Datin Akma yang jadi tukang tepuk tangan.

   "Selamat ulang tahun kelahiran suami saya yang ke-32. Semoga setiap urusan awak dipermudahkan. Semoga impian awak tercapai. Semoga awak diberikan kesihatan tubuh badan, rezeki yang mencurah-curah dan semoga Allah sentiasa melindungi awak di mana aje awak berada. Dan semoga sentiasa mendapat rahmat Allah di sepanjang usia awak. Happy birthday, Fareth Abrar." Nadya menyusun kata. Kata-kata yang tiap-tiap tahun dia akan ucap kepada Fareth. Biar lah, kata-katanya itu kan satu doa yang baik.

   "Thank you, Nadya." tutur Fareth.

   "Sama-sama."

   "Ucap thank you saja ke?" Datin Akma mencelah. Faham maksud si ibu, Fareth tarik kepala Nadya mendekat sebelum satu ciuman dilepaskan ke dahi Nadya. Nadya senyum saja. Alah, setakat cium dahi, tak kekok sangat. Kalau Fareth cium bibir dia macam yang Arina selalu buat tu, harus lah kek dekat tangan dia ni jatuh mencium lantai.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Only One | EBOOK Where stories live. Discover now