"Semuanya tak mudah untuk Nad, mama. Nad... Nad mengaku yang Nad... Nad tak pernah bersedia bila Fareth buat keputusan untuk kahwin dengan Arina. Ya, Nad tak lupa. Nad sedar yang Fareth terpaksa berkahwin dengan Nad. Kalau bukan atas permintaan papa, Fareth tak akan setuju untuk berkahwin dengan Nad. Perkahwinan kami, atas dasar terpaksa saja, mama." sambung Nadya lagi. Kali ini, pipi Nadya sudah basah. Melodi suaranya sudah berubah."Nadya..."
"Nad cintakan Fareth, mama. Nad tak boleh terima bila Fareth kahwin dengan Arina. Nad tak nak semua itu terjadi dalam rumah tangga Nad, mama. Nad tak kuat untuk berkongsi Fareth dengan sesiapa pun. Nad... tak mampu. Bahkan, tak ada satu perempuan pun yang rela bermadu." tak mahu esakannya terus terlepas dan berbunyi, lekas-lekas Nadya tutup separuh wajah dengan lengan. Datin Akma terkedu mendengarnya.
Nota kaki : sebenarnya ada music video yang wardatularifah editkan. tapi tak boleh pos kat sini. nak tengok, boleh tengok kat facebook saya eh. atau search je 'theonlyonecikmardiah' kat facebook ❤️
YOU ARE READING
The Only One | EBOOK
RomanceTak ada perempuan sanggup bermadu. Tak ada perempuan sanggup berkongsi kasih. Tak ada perempuan sanggup melihat si suami mengulit perempuan lain. Tak ada perempuan yang mampu untuk terus tabah. Selamat pengantin baru, suamiku. Sakit, bukan? Nadya se...