Teaser 4

2.3K 117 7
                                    

   "Tukar baju, Arina." arah Fareth, bernada tegas. Terpusing tubuh Arina ke belakang memandang Fareth dengan kerutan di wajah.

   "What?"

   "Pergi tukar baju. I tak nak you pakai baju tu, honey. Tak manis dipandang orang." Fareth turun daripada katil. Mendengarkan alasan Fareth, Arina lepaskan gelak. Kepalanya digeleng berkali-kali.

   "Memang tak lah, Fareth. I dah lewat kut. Tak ada masa nak tukar baju."

   "Baju you terlalu seksi, Arina. Apa yang ada pada you, hanya I aje yang boleh tengok. I tak nak berkongsi dengan lelaki lain. Please..." Fareth cekak pinggang. Arina geleng kepala lagi.

   "Jangan nak buat lawak, Fareth. I dah terbiasa macam ni."

   "Tapi you dah jadi isteri I. You kena tahu limit you sebagai seorang isteri. Do respect me, Arina."

   "Fareth, apa masalah you ni? Penampilan I pun jadi isu pada you ke? Tolong lah, Fareth. Jangan kongkong hidup I boleh tak? Sebelum kita kahwin, tak ada pula you nak bising-bising... tegur pasal apa yang I pakai. Ni lepas dah kahwin, banyak bunyi pula you ni. I tak nak hipokrit. Ini lah diri I yang sebenar. Okey, darling?" Arina hela nafas. Pagi-pagi dah kena buat senaman mulut bertelagah dengan Fareth. Tangan memasukkan telefon bimbit ke dalam tas sebelum tali tas tangan disangkut ke bahu.

The Only One | EBOOK Where stories live. Discover now