Lyn mengotakan kata-katanya. Tiap-tiap pagi dia bekalkan aku sarapan. Dalam bekas yang sama, dibalut dengan kain yang sama, dalam bentuk ikatan yang pelbagai. Ada bentuk telinga arnablah, ada bentuk rebenlah... Dan macam-macam lagi yang aku tahu nama ikatannya. Menu-menunya pula pelbagai. Dan semestinya penuh dengan khasiat. Dihias cantik-cantik dalam bekas makanan.
Kadang-kadang aku musykil dengan Lyn. Jin apa yang dah rasuk badan dia sampai tiba-tiba aje rajin sediakan benda-benda comel ni untuk aku. Dulu tak pernah pula. Eh... entah-entah dia tengah praktis nak sediakan bekal makanan untuk kekasih hati dia. Hesy, beruntungnya Si Rayyan dapat girlfriend macam Lyn ni. Girlfriend material sangat.
Thanks to Lyn sebab dah buat aku yang bukanlah breakfast person bertukar menjadi a breakfast person. Tiap-tiap pagi aku akan bersarapan. Namun, semuanya yang baik datang dengan buruknya. Mana ada benda sempurna, kan?
Keburukannya ialah bila semua orang ingat Eid yang sediakan sarapan tu untuk aku. Sebabnya kadang-kadang Lyn bagi terus pada aku, dan kadang-kadang dia bagi pada Eid. Eid pula akan bagi dekat aku. Dalam kelas. Depan semua orang. What do you expect? Of course kena bahan dengan budak-budak nakal dalam kelas aku tu i.e. geng-geng Eid juga. Blergh!
Naik berbuih mulut aku membebel dekat Lyn. Tapi dia selamba aje buat lagi. Selamba bagi pada Eid. Alasan dia sebab aku pergi kelas terlalu awal dan dia tak sempat nak sediakan. Dah tu... Kalau tak sempat, tak payahlah buat.
Tapi Lyn tetap dengan kedegilannya. Breakfast is important. Breakfast is a key to success. Breakfast is itu... breakfast is ini... Dan macam-macam lagi yang dia ceramah dekat aku. Makanya aku pasrah. Aku abaikan aje mulut-mulut nakal yang mengusik aku dengan Eid. Well, kalau kita tak layan, lama-lama dia orang pandai diam sendiri, kan?
"Aurora!"
Kaki yang melangkah terus terhenti.
"Aurora, tunggu."
Namaku dilaung lagi. Kepala berpaling secara automatik. Dan dalam masa sesaat, wajah Eid menghiasi pandangan. Sedang berjalan merapatiku bersama sengihan di bibir. Sengihan yang aku boleh tafsirkan sebagai sengihan malapetaka. Sebab aku tahu ada agenda tersembunyi dalam mindanya. Hmmm, apa pula game dia kali ni? Hatiku tertanya sinis.
"Apa?" soalku dengan nada kurang senang. Jengkel.
"Wow! Garangnya," komen lelaki itu.
"Dengan manusia bernama Eidlan aje aku garang."
Cukup bersahaja aku membidas.
"Ha, cepatlah cakap. Kau nak apa?"
Eid menumpukan pandangan matanya ke arahku. Tepat ke anak mata. Dan dengan nada yang sedatar yang mungkin, lelaki itu menuturkan agendanya.
"Let's have another bet."
Itu yang keluar dari bibir Eid. Aku terpinga-pinga.
"What?"
"Kau lupa? Our things?" balas Eid dengan soalan.
Kepalaku menggeleng.
"Tak. Aku tak lupa. But seriously?" tanyaku dengan riak wajah yang jelas menunjukkan rasa terkejutku.
"Aku serius."
Ya. Aku tahu Eid memang serius. Wajah lelaki itu sudah mencerminkan segalanya. Keluhan kecil terbit di luar sedar.
"We're already twenty, Eid. Stop being childish boleh tak?"
Buat sesaat, aku nampak riak wajah Eid berubah. Sebelum wajahnya bertukar seperti biasa. Dia menggaru kepala.