Bab 10

593 16 0
                                    

Kebosanan melanda bila aku terpaksa duduk seorang diri kat rumah. Tak tahu nak buat apa. Papa dengan mama dari pagi tadi dah keluar. Nak pergi kenduri kahwin katanya. Aku malas nak ikut. Sekali dia orang beritahu lepas pergi kenduri kahwin, dia orang nak pergi Bukit Tinggi pula. Saja jalan-jalan. Tinggalkan aku.

Ha, tulah... Tadi masa mama ajak, aku jual mahal. Sekarang ni padan muka kena tinggal. Tapi nak sedapkan hati, aku cakaplah aku tak nak ganggu momen papa dengan mama bermadu asmara. Papa dengan mama tu walaupun dah berusia, dia orang masih romantik macam dulu-dulu.

Aku memang respek habis dekat papa sebab layanan dia pada mama tak pernah berubah. Sama macam dulu. Sebab itulah aku mengimpikan seorang suami seperti papa. Tapi aku tak tahulah bila waktu itu akan tiba. Waktu untuk aku bertemu dengan lelaki yang akan beristerikan aku. Yang sudi beristerikan aku.

Hmmm... Apa aku nak buat ni? Papa dengan mama mesti balik lambat lagi.

Aku toleh kiri. Aku toleh kanan. Cuba cari idea untuk mengisi ruang kebosanan. Tidak semena-mena, aku teringatkan pelawaan Eid semalam.

Oh, yalah... daripada aku tak tahu nak buat apa kat rumah ni, baik aku pergi tengok Eid main basketball.

Jam di dinding aku kerling. 2.45 petang. Cantik! Masih belum terlewat untuk aku saksikan perlawanan bola keranjang. Tanpa melengahkan masa, aku terus naik ke bilik dan bersiap. Bersiap ala kadar saja. Jean dan t-shirt. Ringkas. Rambutku yang melepasi bahu, aku ikat satu. Sebelum keluar bilik, aku sempat capai topi pink kegemaranku. Topi yang Lyn hadiahkan sempena ulang tahun kelahiranku yang ke-16.

Start aje enjin motor, aku terus pecut ke pusat sukan. Aku dah selalu pergi situ. Dah biasa dengan tempat tu. Dah tahu semua selok-belok. Dari dulu memang Eid selalu main basketball dekat situ. Kalau ada apa-apa perlawanan pun dekat situ juga.

Waktu aku sampai di gelanggang, perlawanan sudah pun bermula. Aku ayun langkah ke tempat yang biasa aku duduk. Mujur masih ada kerusi kosong. Letak aje punggung, mataku terus melekat pada Eid. Bukan susah pun nak cari Eid dekat gelanggang yang ada sepuluh orang pemain tu.

Jersi nombor 21. Itu nombor jersi Eid. Dari dulu hingga kini. Nombor kegemarannya. Aku pun tak tahu kenapa itu nombor kegemaran Eid. Nak kata birthday dia jatuh pada 21 hari bulan, tidaklah pula. Birthday aku yang jatuh pada 21 hari bulan. 21 September.

Pandangan mataku bergerak mengikut pergerakan Eid. Eid berlari ke kiri, mataku ikut berlari ke kiri. Eid berlari ke kanan, mataku turut berlari ke kanan. Dan bila Eid berjaya menjaringkan gol, hati aku melonjak gembira. Aku sekarang ni tak ubah macam fan girl.

Tapi aku rasa reaksi aku masih lagi terkawal. Tak adalah teruja macam budak perempuan kat depan aku ni. Over sangat reaksi dia bila Eid jump shot. Ni mesti salah seorang peminat Eid. Aku tak kesah pun sebenarnya. Cuma menyampah aje. Dari tadi aku dok dengar dia cakap, handsomenya... hotnya... oh my man... sexynya. Entah apa-apa aje. Geli pula aku dengar.

Aku ada terfikir nak tukar tempat tadi tapi memikirkan tempat aku ni boleh dikatakan strategik, malaslah pula aku nak berganjak. Makanya, aku tadah ajelah telinga.

"Weh, weh, weh... kau nampak tak tadi? Cara dia pass bola tadi, macho giler."

Ha, tengok! Ada aje benda dia nak komen. Terganggu konsentrasi aku tahu tak? Jangan sampai aku ketuk kepala dia suruh diam.

"Haah, weh. Masa dia pusingkan badan nak pass bola pun macho. Aku suka."

Kawan dia pun dua kali lima. Sama-sama menggedik.

Tak. Yang aku tak faham sekarang ni, handsome sangat ke Eid tu? Macho sangat ke? Hot sangat ke? Kenapa dia orang nak adore sangat mamat tu? Aku tak faham.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 26, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AuroraWhere stories live. Discover now