Bab 5

326 20 0
                                    

Hari ini aku pergi kelas naik Grab memandangkan Lyn akan jemput aku lepas habis kelas. Lyn nak bawa aku pergi Sunway Pyramid. Main ice skating. Satu aktiviti kegemaran aku dengan Lyn dari dulu. Ada hikmah juga aku naik Grab pagi tadi. Sebab di pertengahan jalan, hujan turun dengan lebatnya.

Tamat sahaja kelas, aku terus keluar berjalan ke arah ruang legar utama. Dari jauh aku sudah nampak kereta Lyn yang tersadai kat bawah pokok. Kaki terus melangkah ke arah kereta.

"Okay... let's go," kataku sebaik sahaja meloloskan diri ke dalam kereta dan memakai tali pinggang keledar.

"Kejap," kata Lyn. Ringkas.

Aku berpaling ke arahnya.

"Kau tunggu apa?"

"Abang aku."

"Hah? Dia pun ikut kita ke?" soalku dengan nada kurang senang.

Lyn jeling aku. Faham sungguh dengan perasaan aku yang sangatlah tak suka abang dia.

"Taklah. Dia nak pergi sports centre. Kita hantar dia, lepas tu baru kita pergi Sunway."

"Kenapa dia tak pergi sendiri? Motor dia mana?" soalku lagi. Masih tidak puas hati.

"Kan pagi tadi hujan. Since aku nak guna kereta ni untuk pergi Sunway dengan kau, kita kenalah hantar dia," balas Lyn memandangkan kereta yang dia pandu saat ini merupakan kereta mereka berdua. Yang dikongsi bersama.

"Kalau aku tahu, kita tak payah pergi Sunway hari ni," gumamku.

"Eh, eh... Macam tu pula. Kan kita dah janji dari last week. Lagipun sports centre abang aku tu bukannya jauh. Satu laluan ke Sunway juga."

"Bukan tu masalahnya. Cuma aku tak suka duduk dalam kereta yang sama dengan mamat tu."

"Why?"

"Aku tak boleh bernafas."

"Dah kenapa pula?"

"Sebab aku tak suka dialah."

Terhambur tawa Lyn mendengar aku membentak. Sebuah jelingan maut aku hadiahkan kepada dia.

"Ha, kau tengoklah. Mana dia sekarang ni? Terhegeh-hegeh. Padahal kelas dah habis lama. Mesti tersangkut dengan dayang-dayang dia."

"Don't worry. Kita ada banyak lagi masa. Tak lari pun Sunway tu..."

Aku mendengus. Mataku melilau ke sana sini. Tak lama lepas tu, barulah aku nampak bayang Eid. Dan seperti yang aku sangka, dia bersama dayang-dayangnya. Entah perempuan mana pula kali ini, tidak pula aku kenal. Bibirku terherot sinis sebelum aku melarikan tumpuan ke arah skrin telefon.

"By the way, sebelum kita ke Sunway, aku nak bawa kau ke satu kafe. Aku tengok kat IG dessert dia macam sedap-sedap aje," kata Lyn.

"Okey. Tapi kita dua aje, kan?" soalku dan saat itu Eid sudah meloloskan diri ke tempat duduk belakang.

"Ya, kita dua aje. Lepas hantar abang aku, baru kita pergi situ."

Lyn kerling Eid yang baru sahaja masuk ke dalam kereta melalui cermin pandang belakang.

"Abang ada nak singgah mana-mana tak sebelum kita pergi sports centre?"

Eid geleng.

"Okay, let's go!"

Lyn mula memandu keretanya, keluar dari kawasan kampus. Sepanjang perjalanan, aku diam sahaja. Lyn tanya sepatah, aku jawab sepatah. Eid turut diam. Lama-lama Lyn pun fed up. Dia nyanyi sorang-sorang dalam kereta.

AuroraWhere stories live. Discover now