melupakan itu mustahil.
meski dipaksa sejuta kali.P R I N C E O F P I A N O
Tiba di hadapan sekolah Ayden, anak kecil itu terus berlari ke kereta aku. Dia membuka pintu hadapan.Dahi Ayden berkerut melihat Husna yang duduk di sisi aku. "Ini siapa?"
Husna melemparkan senyuman manisnya buat Ayden. Dia melambaikan tangan penuh mesra. "Saya Husna. Boleh panggil aunty Husna!"
"Whatever. Keluar sekarang." Selamba Ayden mengarah. Dia berdiri memeluk tubuh.
Aku hanya mendiamkan diri. Nampaknya mood Ayden tidak baik hari ini. Adalah itu masalahnya di sekolah tadi.
Yang anehnya, Husna masih tidak turun dari kereta. Bibirnya memuncung. "Alah, awak duduklah belakang. Saya nak duduk sini."
Ya Allah, macam budak - budaknya perangai!
Belum sempat aku membalas, Ayden terlebih dahulu bersuara. "Sibuklah! Ayden nak duduk sebelah ayah!" jeritnya kuat.
Aku menelan air liur. Sejak kematian Zahra, Ayden segalanya untuk aku. Aku tidak akan biarkan dia terluka lagi. Nafas dihela. "Husna, please..."
Husna mengerutkan dahinya. Dia pandang aku lama. "What? Saya yang duduk dulu kan?"
"Keluarlah! Ayden nak duduk sebelah ayah!" Jerit Ayden sekali lagi di hadapan muka Husna. Beg tangan Husna dicampaknya ke luar keretax
Mata Husna terbeliak. Mulutnya ternganga. "Seriously? Anak Mr. Adrian ni tak ada adab ke?"
Nafas aku hela kasar. Aku pandang Husna tajam. "Kalau awak rasa nak hidup, keluar sekarang."
Wajah Husna masam mencuka. Dia menjeling Ayden tajam. "Anak awak ni tak ada adab! Mak dia tak ajar ke huh! Eh lupa tak ada mak kan- auch!"
Bibir aku diketap apabila tubuh Husna berjaya ditarik keluar oleh Ayden ketika gadis itu membebel. Mata Ayden mencerlung padanya. "Mak Ayden pun ajar Ayden halau syaitan!"
Ayden terus menutup pintu kereta. Matanya memandang aku tajam. "Ayah, jalan cepat."
"Tapi aunty tu..."
Mata Ayden mencerlung pada aku. Tangan kecilnya terus mengunci pintu kereta apabila Husna mengetuk kuat cermin kereta.
Aku pandang Ayden. "Tak baik tau macam ni."
"Ayden tak ada mood. Nak balik ke nak tidur sini?" Intonasi suaranya mendatar. Dia duduk memeluk tubuh.
Nak tak nak, aku terpaksa memandu kereta pergi. Husna yang dah meroyan di belakang aku buat tak endah. Bagi aku, Ayden lebih penting.
Dia sama seperti ibunya. Tak akan dapat diganti. Aku akan jaga Ayden sebaik yang mungkin. Wajahnya aku kerling sekilas.
"Anak ayah okay?"
YOU ARE READING
Yang Terakhir✔️
Romancemempersembahkan- let me hold you even after light and dark •••• BOOK 2 Husna, gadis yang baru sembilan belas tahun itu terpaksa mencari rezeki sendiri selepas dibuang keluarga. Menapak di bumi Australia untuk melancong bersama kawannya, dia bertemu...