ku cuba jalani,
dan ku cuba mengerti.P R I N C E S S O F D R E A M S
"Apa kau buat dekat sini?"Aku dah agak abah akan bereaksi begini. Pintu pagar masih dibiar tak dibuka. Langsung tidak mahu anaknya menjejakkan kaki ke dalam.
Air liur ditelan. Aku pandang abah. "Husna nak kahwin," ujar aku, perlahan. Berharap abah tidak akan menghalang permintaan aku.
Abah diam. Dia meletakkan kedua belah tangannya di atas pagar. Matanya jatuh pada Adrian di sisi aku. "Dengan cina ni ke?"
Aku hanya mampu mengangguk. Dalam hati sudah seribu kali cuak. Manakan tidak, hubungan aku dan abah memang dah retak menanti belah.
Sekali aku kena datang minta dia jadi wali. Huh, jelaslah hubungan kami tidak akan terputus begitu sahaja.
"Heh, dulu kau berlagak sangat dengan aku. Last sekali... kau yang datang jumpa aku." dia tersenyum sinis. Bangga kerana aku datang juga akhirnya.
Aku mencebikkan bibir. Mata memandangnya tajam. "Kalau bukan sebab nak kahwin, tak adanya aku datang sinilah!" balas aku berani.
Hormat?
Hilang rasa hormat aku dengan lelaki ini. Ibu aku mati kerana dia. Di depan mata aku!
Sudahlah dia hancurkan hidup aku kerana ketagih dadah. Siapa yang tahan ada ayah seperti dia?
"Ayah kau yang tak guna ni lah kau cari sekarang, kan?" Dia tersengih. Tangannya membuka pagar.
Mata abah memandang Adrian lama. Seolah - olah ada sesuatu yang hadir di dalam fikirannya. "Kau ni ke nak kahwin dengan anak aku?"
Adrian diam. Dia hanya mengangguk. Barangkali, Adrian memang seorang lelaki yang pendiam begini.
Abah tersenyum sinis melihat Adrian. Penampilan Adrian ditilik dari atas ke bawah. "Gaji kau banyak mana? Kau cukup kaya dah bagi minah ni kaya? Dia ni mata duitan-"
"Abah!"
Sumpah aku rasa nak tampar saja lelaki di hadapan aku ini. Apa lagi yang dia tidak puas hati dengan aku? Apa lagi yang dia mahu hancurkan?
"Pak cik, saya datang hanya nak pak cik jadi wali Husna. Saya tak minta lebih. Harap pak cik faham keadaan kami." suara Adrian mendatar. Sepertinya dia masih tenang menghadapi situasi begini.
YOU ARE READING
Yang Terakhir✔️
Romantizmmempersembahkan- let me hold you even after light and dark •••• BOOK 2 Husna, gadis yang baru sembilan belas tahun itu terpaksa mencari rezeki sendiri selepas dibuang keluarga. Menapak di bumi Australia untuk melancong bersama kawannya, dia bertemu...