mempersembahkan-
let me hold you
even after light and dark
••••
BOOK 2
Husna, gadis yang baru sembilan belas tahun itu terpaksa mencari rezeki sendiri selepas dibuang keluarga.
Menapak di bumi Australia untuk melancong bersama kawannya, dia bertemu...
aku tak mudah untuk mencintai. aku tak mudah mengaku ku cinta.
P R I N C E S S O F D R E A M S
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Sayang tengah buat apa tu?"
Pinggang aku dirangkul dari belakang. Tubuh aku terus menegang dengan sentuhan Farhan yang bagi aku terlalu mesra itu.
"Tengok pemandangan je." Jawab aku ringkas. Aku ingin menoleh melihat Farhan, namun pelukannya semakin erat.
Dagu Farhan mendarat pada bahu aku. "Lama betul tengok langit tu. Sampai saya balik pun awak tak perasan," hairan.
"Sorry..." tutur aku lembut. Kalau tidak mampu melayannya mesra, cukuplah aku hormat bukan?
Farhan tidak membalas. Pelukannya dilepaskan. "Sayang ada masalah ke? Termenung kenapa?" Dia duduk di atas buaian yang terletak berhampiran.
Keluhan berat aku lepaskan. Jujur aku tidak mengelamun. Aku hanya jatuh cinta pada langit malam ini. Gelap, namun dihiasi bintang.
Dark sky?
"Sayang penat kerja ya? Kan saya dah cakap, berhentilah kerja." Farhan bersuara lagi. Matanya merenung aku.
Gigi atas aku menggigit bawah bibir. Aku menggeleng bagi soalan Farhan itu. "Tak naklah berhenti. Awak kan dah janji tak nak halang saya kerja?"
Mata aku kembali merenung langit malam yang kosong dihiasi bintang. Tangan aku pegang penghadang balkoni itu.
Barangkali aku juga rindukan sepasang mata yang cantik itu. Aku rindukan sinaran matanya sewaktu mengungkap betapa bahagianya dia bersama arwah isterinya.
"Meh duduk sebelah saya kejap." Farhan menepuk ruang kosong sebelahnya. Menyuruh aku duduk di sebelahnya.
Sempat aku mengeluh sebelum ikut arahannya itu. Dia ni tak boleh ke balik kerja tu terus masuk bilik dan berehat? Nak bermesra pulak!
Tepat tekaan aku, tangan Farhan dah naik memeluk bahu aku. "Sayang okay tak ni?"
Aku menggelengkan kepala. Tangannya aku tolak jatuh dari bahuku. "Saya lagi okay kalau awak tak gedik - gedik macam ni. Kan saya dah cakap... saya tak-"
"Tak selesa?!" Suara Farhan meninggi. Matanya memandang aku tajam. Nampaknya dia dah nak mula menyinga.
Bibir bawah digigit. Aku memejamkan mata, cuba menenangkan diri. Kenapalah aku selalu tersilap dalam perkahwinan?
Apa salah aku...
"Ke kau masih tergilakan mamat cina tu?! Cakap dekat aku sekarang!" Rahang aku dicengkam kasar oleh Farhan.
Ya, Farhan yang aku sangka baik dan lemah lembut ini sebenarnya kaki pukul. Sampaikan aku sudah penat menjadi mangsa pukulannya.
Kadang - kala aku rasa seperti berkahwin dengan orang gila. Cemburunya buta, barannya tidak pernah surut meski dia meminta maaf berkali - kali.