but i don't really care
how bad it hurts.P R I N C E S S O F D R E A M S
Lemah.Kepala aku pusing kerana menangis tanpa henti dari tadi. Kaki aku menapak masuk ke dalam bilik tidur kami.
Huh, bukan lagi bilik aku. Mungkin aku memang tidak layak berada di dalam bilik ini. Tidak layak tidur di atas katil yang sama yang arwah isterinya gunakan.
Aku juga tidal layak mendengar bibirnya menyanyikan melodi dan jarinya menekan kekunci sehingga menghadirkan simfoni yang indah.
Baju kepunyaan aku yang tergantung di dalam almari baju itu aku keluarkan. Begitu juga dengan baju yang sudah dilipat.
Air mata tidak usah kata, sukar benar untuk berhenti dari mengalir.
Siapa sangka yang aku akan bergelar janda seawal sembilan belas tahun? Tiada siapa sangka.
Menyesal kerana pernah hadir di dalam hidup seorang Adrian? Tidak sama sekali. Bahkan, ini akan menjadi memori yang aku tidak akan lupakan sehingga ke akhir nafas aku.
Tengah mengemas pakaian aku, mata aku terpandangkan gitar di belakang pintu bilik. Entah kenapa, aku rasa seperti mahu menyentuh gitar Adrian itu.
Buat kali terakhir, apa salahnya bukan?
Aku mencapai gitar itu, lalu membawanya ke katil. Di bahagian hadapan gitar itu ada satu simbol berhuruf Z.
Zahra?
Siapa lagi kan. Tak akan nama aku pulak, aku mana ada huruf Z hehehe. Okay, aku dah tak normal sebab mampu tergelak dalam situasi begini.
Gitar itu biasa sahaja seperti gitar yang lainnya. Tapi entah kenapa--
Tak mungkin!
Zahra menggelarkan Adrian Prince Of Piano bukan? Ah, bodohnya aku! Husna memang bodoh!
Iphone di dalam poket aku keluarkan. Aplikasi instagram diketik, lalu aku segera mencari username 'prince of piano_' itu.
Video dia bermain gitar ditekan. Video itu bermula, namun aku hanya fokuskan pada gitar yang dimainkan. Maklumlah, bukannya dia nampak muka!
Ya Allah.
Nafas aku terhenti apabila melihat simbol yang sama pada gitar yang dimainkan olek lelaki di dalam video ini.
Bodoh! Ini maksudnya, instafamous misteri yang sentiasa menjadi kegilaan semua gadis kerana suaranya ini adalah... Adrian!
Maknanya Adrian tidak pernah berhenti memainkan muzik. Ya.
Patutlah gitar ini tidak berhabuk. Huh, sudah lambat untuk aku menyedari hal ini. Aku bukannya isteri dia lagi. Nak rujuk? Tidak akanlah.
Baik aku move on.
YOU ARE READING
Yang Terakhir✔️
Romancemempersembahkan- let me hold you even after light and dark •••• BOOK 2 Husna, gadis yang baru sembilan belas tahun itu terpaksa mencari rezeki sendiri selepas dibuang keluarga. Menapak di bumi Australia untuk melancong bersama kawannya, dia bertemu...