i love making your laugh,
because those few seconds make me happy.P R I N C E S S O F D R E A M S
"Nah!"Mug diletakkan di atas meja. Fatin melabuhkan punggung pada kerusi di hadapan aku. Mata Fatin mencerlung pada aku.
Aku angkat kening. Mug dicapai. "Kenapa?" Soal aku. Tak payah nak pusing - pusing, aku tahu dah Fatin tak okay.
Fatin menjegilkan matanya. "Kau minat mamat cina tu ke?"
Amboi tak belok - belok, terus tanya soalan eh.
"Mamat cina mana pulak ni?" Aku buat - buat tidak faham. Kemudian air disisip dengan tenang.
Jari Fatin mengetuk - ngetuk permukaan meja. Dia memandang aku tajam. "Kau jangan nak mengada eh, Husna. Kau tahu aku maksudkan siapa kan?"
Aku tersenyum senget. Mug aku letakkan kembali di atas meja. "Ye, aku memang minat dia." balas aku bersahaja.
Alah, macamlah tak biasa sembang soal hati dan perasaan dengan Fatin. Tipulah kalau tak biasa bincang benda macam ini dengan kawan baik kan?
Fatin memeluk tubuh. "Kenapa kau minat dia?"
"Tak tahu," aku angkat bahu. Tangan aku membelek mug di tangan. Sungguh aku tak tahu kenapa aku jatuh hati pada lelaki bernama Adrian itu.
Memang Adrian lelaki idaman. Dia kacak dan kena dengan cita rasa aku. Dari cara layanan dia pada Ayden, aku tahu dia ayah yang baik. Dia juga lelaki yang sopan walaupun dia tengah marah.
Romantik?
Mungkin dengan orang yang istimewa dengan dia. Ah kalau dia tak romantik pun aku suka.
Dahi Fatin berkerut. Matanya jatuh pada wajah tenang aku. "Macam mana kau boleh kata kau tak tahu? Itu maknanya kau tak suka dia pun lah."
Aku pandang Fatin tajam. "Apa maksud kau?"
"Yalah. Dulu kau suka abang aku sebab dia romantik and soft spoken kan? Kau mesti ada sebab kenapa suka dekat cikgu muzik kita tu." jawab Fatin panjang. Dia sandarkan pada kerusi.
Sekali lagi aku terpaksa angkat bahu. "Entah. Aku tak jumpa sebab dia." Balas aku, keliru.
Kata - kata Fatin ada benarnya. Kenapa aku sukakan Adrian tanpa sebab? Aih aneh. Dulu aku suka crush - crush aku mesti ada sebab.
YOU ARE READING
Yang Terakhir✔️
عاطفيةmempersembahkan- let me hold you even after light and dark •••• BOOK 2 Husna, gadis yang baru sembilan belas tahun itu terpaksa mencari rezeki sendiri selepas dibuang keluarga. Menapak di bumi Australia untuk melancong bersama kawannya, dia bertemu...