16

1.5K 72 10
                                    

rasa ini akan tetap sama
aku kan bertahan.




P R I N C E S S O F D R E A M S


P R I N C E S S   O F   D R E A M S

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







Aku mengemaskan katil. Cadar yang dah berkedut itu aku tarik dan tegangkannya kembali. Kalau aku tak buat, tak akan Adrian pulak nak buat?

Memang patut pun mamat cina tu kahwin. Apa pun tak reti. Lipat baju tak reti, masak tak tahu, eh semua kerjalah kena dibuatkan untuk suami aku itu.

Ada baiknya dia kahwin. Kalau tidak, kasihan Ayden. Siapa nak jaga budak tu elok - elok?

Tapi itulah- kalau nak kahwin tu, perangai janganlah macam haram sangat. Geram juga aku asik kena perli semalam.

Eh macam Ayden tu anak dia seorang! Itu anak aku jugaklah!

"Nak ikut abang pergi hospital tak?"

Aku berpaling padanya. Terlihat Adrian sedang membetulkan rambutnya. "Boleh ke saya ikut? Nanti family abang marah pulak."

Adrian diam. Dia meneruskan aktivitinya menyikat rambut. Eloklah tu, semalam buat salah. Hari ini pekak pulak!

Annoying sumpah!!!

"Tak payah buat muka macam tu. Ikut je lah. Kita jaga Ayden sama - sama." Dia menahan senyuman. Langkahnya diatur mendekati aku.

Kita jaga Ayden sama - sama

Alahai lemah jantung aku mendengarnya. Aku menggigit bawah bibir. "Erm, pasal semalam tu..."

Tangannya menarik tangan aku, lalu digenggam kemas. Belakang tapak tangan aku dikucup lembut. "Abang yang patut minta maaf. Tak terkira salah abang pada Husna."

Entah kenapa aku rasa sebak apabila Adrian ucap begitu. Aku rasa seperti mimpi aku selama ini telah menjadi kenyataan yang begitu indah sekali.

Aku melepaskan genggaman tangannya. Tangan aku memegang tepi kepalanya. "Masih belum terlambat untuk baiki kesilapan kita kan?"

Adrian menundukkan wajahnya. Tangan aku diwajahnya dipegang. "Abang dah penat menyesal tentang kisah silam, Husna. Abang penat..." rintihnya sayu.

Sebak.

Aku menarik tubuh tegapnya ke dalam pelukan aku. Kepalanya aku labuhkan pada bahu. "Husna kan ada... Husna nak sangat jadi punca dan asbab untuk abang hargai yang ada sekarang. Sebab abang pun patut tahu kan... menyesal di kemudian hari dah tak ada gunanya."

Akhirnya terluah juga kata - kata yang aku mahu luahkan dari pertama kali melihatnya.

Tangisan Adrian terhambur pada bahu aku. Terasa tangan kekarnya erat memeluk aku. "Sakit, Husna... sakit sangat..."

Ternyata penyesalan yang tidak berpenghujung ini memang sangat menyakitkan. Aku tarik wajahnya agar dapat memandang sepasang anak mata biru gelapnya itu. "Dengar sini."

Yang Terakhir✔️Where stories live. Discover now