🐧 04

751 121 6
                                    

Selama pelajaran Cikgu Naeun, aku diam tak ubah seperti mayat hidup. Sunghoon disebelah juga diam. Dan bertapa bodohnya aku. Sumpah aku tak perasan langsung yang dia pakai uniform sama dengan aku time dalam bas tadi.

Sebaik saja Cikgu Naeun keluar, semua students berpusu pusu keluar dari kelas. Sekarang time rehat.

"Bro jom pergi kafe"

Dua orang lelaki datang ke meja aku dan Sunghoon.

"Aku tak lapar. Korang pergilah" jawab Sunghoon.

"Okey kalau macam tu kita ajak beautiful Aurora disebelah dia ni makan sekali"

"Asal dengan kau ni. Sebelum tu perkenalkan lah diri kita dulu. Dia nak ikut kejap lagi pun teragak agak sebab tak tahu nama"

"Eh ye tak ye jugak eh. Okey hi! Saya Jake"

Aku cuma senyum.

"Saya pula Jay"

Jake? Jay? Hmm peninglah aku lepas ni.

"Jomlah! Awak mesti lapar kan" kata Jay.

Sejujurnya aku tak tahu nak follow dorang ke tak. Sumpah aku segan. Baru kenal kot. Nak makan satu meja pulak tu.

"Jom"

Bukan dari Jake ataupun Jay tapi dari orang sebelah aku. Bukan ke tadi dia cakap tak lapar.

"Ekhm! Tadi tak nak" Jake sengaja sindir.

"Suka hati ah!" jawab Sunghoon.

"Noona! Noona! Noona!"

Aku pandang ke arah pintu. Dua orang lelaki berlari meluru ke arah aku.

"Hey! Hey! Dak dak junior. Korang ni kan" tegur Jay.

Jungwon menjeling.

"Hyung ni dah kenapa?" kata Jeongwoo tak puas hati.

"Entah sibuk je! Noona jom pergi kafe" giliran Jungwon ajak aku.

Pening aku dibuatnya. Tak sangka ramai pulak yang pelawa aku. Tak tahu nak setuju yang mana satu.

"Yang Jungwon!"

Seorang perempuan masuk kedalam kelas kami. Jungwon bersembunyi dibelakang Jay.

"Mana dia?" soal perempuan itu lagi.

Jeongwoo membuat isyarat mata ke arah tempat dimana Jungwon berada. Perempuan itu terus bercekak pinggang bila nampak Jungwon. Aku tahan tawa.

"Sini awak. Berani awak tinggal saya. Kan saya dah cakap tadi tunggu saya!" marah perempuan itu.

"Bila masa awak cakap. Saya tak dengar pun tadi"

"Typical relay dak dak junior memang macam ni" kata Jake selamba.

"Ekhm!" deheman dari Sunghoon menghentikan pergaduhan mereka.

"Nak pergi makan ke nak buat drama" sambung Sunghoon.

Dia terus melangkah keluar. Aku pun apa lagi. Terus ikut dia. Tidak lama selepas itu semua turut keluar. Kami sampai di kafe dan duduk di sebuah meja.

Tak sangka first day dah dapat makan ramai ramai macam ni. Aku harap sangat mereka akan kekal berkawan dengan aku lepas ni.

"Siapa unnie ni? Tak pernah nampak pun sebelum ni?" soal perempuan tadi.

"Memanglah. Dia student baru. Aurora nama dia" Jake tolong jawab. Thanks Jake.

"Hi Aurora unnie! Saya Jihan"

Perempuan yang bernama Jihan itu memperkenalkan diri.

"Tak yah percaya dia noona. Nama sebenar dia Han Jihyo. Acah suruh orang panggil dia Jihan" kata Jeongwoo.

Jihan pandang Jeongwoo dengan mata tajam dia. Cute lah dorang ni.

"Bro kau tak makan ke?" soal Jake kepada Sunghoon.

Sunghoon menggeleng kepalanya. Cara dia tengok makanan depan dia macam dia tak suka langsung dengan makanan tu.

"Aku pergi tempat biasa kejap"

Jake dan Jay mengangguk. Mesti port lepak dorang kan.

Tapi aku rasa bersalah tengok dia pergi. Entah entah dia tak selesa aku makan sekali dengan dia. Ke dia still marah aku pasal pagi tadi.

"Saya pergi toilet kejap"

Aku terus bangun. Mereka sambung makan.

...

Ice King | PARK SUNGHOONWhere stories live. Discover now