Dan semalam aku tak dapat tidur dengan nyenyak disebabkan kejadian itu. Ini semua Jaehyuk punya pasal. Boleh cakap tak percaya pulak. Argh! Geram aku.
Aku rasa macam tak nak pergi sekolah hari ni. Duduk sebelah sebelah gila kau tak malu.
Bila sampai sekolah je, semua orang pandang aku semacam. Macam aku pakai something pelik hari ni. Aku rasa penampilan aku okey je hari ni.
"Noona!"
Jungwon berlari ke arahku. Haih budak ni. Suka sangat berlari macam tu. Jatuh kang nanti dapat sakit free je.
"Noona ada buka instagram tak tadi?" soal Jungwon sambil termengah mengah.
Aku menggeleng kepala. Aku ig ni kurang sikit. Ada account tapi dua hari sekali baru buka sebab bukan tak ada apa yang menarik tapi aku sendiri yang jarang active.
"Noona buka sekarang"
Aku unlock telefonku. Icon ig ditekan. Post pertama yang muncul adalah gambar aku dengan Sunghoon tengah...kiss! Damn! Macam mana gambar ni boleh viral ni. Aduh patutlah semua orang pandang aku semacam je.
"Macam mana ni Jungwon. Noona malulah"
Aku pandang sekeliling. Semua orang tengah pandang aku sambil bisik bisik.
"Noona nak ponteng sekolahlah macam ni"
Baru satu langkah, aku rasa badanku dipusing semula. Gelap! Aku tak boleh nampak keadaan sekeliling. Bau dia pun wangi je. Tapi bau dia macam familiar. Macam bau...
Sunghoon!
Aku tak tahu dia bawa aku pergi mana. Kaki hanya mengikut langkahnya. Kalau dia jatuh longkang, sekali dengan aku jatuh.
"Stay there"
Betul suara dia. Memang dia orangnya.
Sampai di satu tempat dia lepaskan aku. Tidak lama selepas itu loceng pertama kedengaran. Semua student berpusu masuk ke dalam kelas. Aku pula pandang sekeliling. Lah kelas aku sendiri rupanya. Tapi mana semua orang.
"Where is everyone?"
"Tengah tukar baju I guess or dorang dah ada di dewan main"
Eh betul lah sekarang time PT. Patutlah semua orang tak ada.
"Saya tak tahu nak minta maaf dengan awak sampai bila. Hampir setiap hari ada je benda yang saya buat dan perlu minta maaf dengan awak"
Muka dia rasa bersalah sangat. Dia mesti ingat disebabkan dia, aku ditimpa masalah hari ni.
"No tapi kali ni awak tak perlu minta maaf. Salah saya. Kalau ex saya tak datang semalam, mesti semua benda ni tak jadi"
Entahlah. Sejak aku jejak kaki disini, aku rasa macam masalah dengan aku tak boleh berpisah. Setiap hari ada je masalah yang timbul dekat aku.
"Well kita sama sama salah I guess. Dan pasal semalam saya perlu jugak minta maaf. Saya tahu saya dah melampau"
Okey please jangan ungkit pasal semalam. Kelas yang tengah pasang aircond pun boleh rasa bahang dah ni. Pipi pun mesti berubah warna dah sekarang.
"Apa kata kalau turun sekarang. Lambat kang nanti kena denda"
Dia mengangguk. Setuju dengan kata kata aku. Lepas letak beg, kami terus ke bilik persalinan. Selepas siap salin baju uniform ke baju sport, kami terus ke dewan main.
Sebaik saja buka pintu kaca itu, semua kepala menghadap ke arah kami. Macam tengah tengok artis popular datang gitu. Aduh! Macam mana aku nak hadap dorang nanti. Dengan lelaki aku tak kisah sangat, perempuan tu. Aku tak ngam sangat dengan dorang. Cakap bila perlu je.
"Wow! Look at this love birds. Datang lambat"
Alamak! Sir Bang Chan dah datang. Habislah. Takut pulak aku tengok otot lengan dia. Kalau dia kasi penampo memang koma aku dua bulan.
"Kamu berdua ingat kamu viral, jadi popular, boleh datang lambat kelas saya? Hah freaking no!"
Tak pasal kami berdua jadi pusat perhatian. Jay dengan Jake di belakang dah senyum senyum dah tengok aku dengan Sunghoon.
"Well memandangkan stor dekat belakang dah lama tak kemas, why not kamu berdua yang kemaskan"
Hell no! Aku allergic dengan habuk wey. Jangan dibuat main. Bukan setakat bersin je, nanti gatal gatal seluruh badan pun dapat.
"Seriuslah sir?" soal Sunghoon.
"Why? Is there any problem?" soal dia.
Aku cepat cepat geleng kepala. Aku tak berani ingkar arahan dia. Aku terus tarik Sunghoon ke stor belakang.
...
YOU ARE READING
Ice King | PARK SUNGHOON
Fanfiction"No thanks for you today Aurora" "Maksud awak?" "Because you are my real girlfriend start from now on" "Excuse me King Sunghoon. Even you are a king now, you can't force your rakyat sesuka hati untuk terima you" START - 17.11.2020 END - 05.12.2020 ©...