🐧 07

712 119 6
                                    

Kami di tempat biasa iaitu di taman bahagian belakang. Dia still heret aku. Dari jauh aku nampak dia bawa aku menuju ke arah paip air yang disediakan untuk menyiram tanaman disini.

Paip air dibuka. Dia tarik tangan aku lalu dicuci. Guess what. Dia yang tolong cucikan untuk aku. Terkeluar juga aduh dari mulutku sebab rasa pedih bila kulit terkena air.

Dia diam. Aku lagilah. Tak tahu nak cakap apa bila tengok muka dingin dia muncul lagi. Peliklah. Dengan geng minah tu tadi aku tak takut tapi dengan Sunghoon lain. Rasa takut dia tu lain macam.

Paip air ditutup. Dia keluarkan kain sapu tangan dari poket seluarnya. Tangan aku dilap dengan perlahan dan lembut.

"Tunggu sini. Jangan pergi mana mana" arah dia.

Aku pula hanya mampu mengangguk. Tak berani bersuara. Mataku memandang kepergian dia. Aku duduk disebuah bangku sambil tunggu dia.

Hish! Kau Aurora. Baru masuk sekolah, dah ponteng kelas.

Tiba tiba rama rama terbang betul betul depan mata aku. Rama rama warna pink campur dengan putih dan hitam sikit. Cantik. Dia hingga pada bunga disebelah bangku aku duduk.

"Beautiful"

Aku tunduk untuk melihat rama-rama itu dengan lebih dekat. Belum sempat aku sentuh dia, dia dah terbang. Haila kau rama-rama. Kenapalah kau sensitif sangat.

"Sit Aurora"

Oh dia sudah datang. Entah sejak bila dia sudah duduk elok atas bangku ni. Aku mengaku aku terkejut.

Lambat lambat aku duduk semula atas bangku itu. Dia tarik tangan aku lalu dibelek. Yup ada kesan luka sikit dibelakang tampak tangan aku. Patutlah pedih tadi.

Dia bukan kotak ubat. Kapas diletakkan sedikit dettol lalu dengan perlahan dia cuci sedikit darah yang keluar pada luka aku. Pedih jugak tapi aku tahan. Aku ni bukannya manja sangat.

"I'm sorry. Disebabkan saya awak kena buli dengan mereka"

Dia bersuara dengan tiba tiba. Tapi aku tak faham.

"Sorry? Bukan ke awak nampak saya yang start dulu tadi"

Sejujurnya aku agak kecewa dengan dia sebab dia lebih percayakan minah tadi. Sebab terang lagi bersuluh time dia sampai tu, minah tu tengah pijak kedua belah tangan aku. Lagipun dia jugak cakap dekat minah tu ' i trust you'.

Dia ambil plaster lalu dilekatkan pada luka tadi. Sebenarnya aku tak kisah sangat luka sekecil ni. Tak perlulah letak ubat tempel plaster segala, tapi time kena air tadi pedih. So aku rasa perlu untuk aku pakai plaster ni.

"Saja saya cakap macam tu supaya dia diam"

Wait what? Tak faham.

"I mean kalau saya tak cakap macam tu, dia lagi merengek manja. Awak sanggup dengar?" soal dia.

Aku cepat cepat menggeleng kepala. Memang taklah.

"Ha tahu pun"

Muka dia sudah berubah ceria sikit walaupun dia tak senyum. Aku lega. At least aku tak perlu hadap muka dingin dia lagi.

"By the way siapa perempuan tadi?" soalku ingin tahu.

"Arabelle"

Wow nice name! Tapi kenapa perangai tak serupa dengan nama. Perangai tak secantik nama.

"Dia akan buli sesiapa saja yang cuba untuk dekat dengan saya"

"Jadi maksudnya dia suka awak lah kan?"

Sunghoon mengangguk.

"Kalau macam tu kenapa awak tak terima je dia. Arabelle tu cantik apa"

Hey hey hey! Aku ikhlas okey. Arabelle tu gorgeous apa. Cuma perangai dia je buat dia nampak hodoh.

"Oh itu hurts!"

Dia pegang jantung dia.

"Kalau macam tu awak baru saja judge saya lelaki yang hanya pandang rupa"

Hish! Aku ingat apa benda lah tadi. Mana tahu dia ada sakit jantung. Rupa rupanya hmm.

"Eh bukan macam tu..."

Aku tahu nak explain balik macan mana. Aduh! Bodoh kau Aurora. Suka sangat outspoken. Cuba jaga sikit mulut tu.

"Ha habis tu macam mana Cik Aurora?"

Dia sengaja sakat aku. Aku tak tahu nak cakap apa. Sudahnya aku pandang ke bawah.

"Comel lah awak ni"

Hoho! Dia cakap aku comel. Hmm cik jantung. Please behave. Macam tak biasa pula orang puji tuan kau ni comel.

"Tak de lah. Saya memain jelah"

...

Ice King | PARK SUNGHOONWhere stories live. Discover now