Bab 1
Di luar jendela hujan masih lagi merenyai seperti tidak tentu arah renyainya, persis perasaan Liya yang tersasar tanpa landasan. Hujan yang merasuk, dan ada semerbak bau dari rasukan itu sejuk bagai salju lalu bayu garang menghempas deras dedaun jendela yang terkuak, seolah-olah mahu sahaja mengajak sang hujan memujuk rajuk gadis manja itu. Biasanya kalau hujan melebat begini akan berekor-ekor sampai ke malam. Liya masih merintih sedih tatkala dia kini sudah kehilangan, kehilangan teman untuk bermanja dan bergurau.
Tugas Tuhan, siapa yang tahu, hujan yang disangka sampai ke malam rupanya teduh tanpa diduga, sebentar sahaja suasana bertukar sepi sesekali diiringi bunyi air yang mengalir melalui corong air dari atap asrama, dan masih berbaki bertetesan hujan di cerminan jendela kamar Liya. Liya bangun dan melangkah menghampiri jendela perlahan bebola matanya ke kiri dan kekanan, pandangan di lemparkan jauh-jauh entah ke mana dia juga tidak pasti yang dia harap otaknya tidak perlu ingat lagi peristiwa itu. Jemari kecilnya menulis sesuatu di cermin jendela, berkali-kali dia menulis lalu dipadamkan dengan telapak tangan. Tidak siapa pun tahu apa yang ditulisnya hanya Tuhan Maha Tahu.
Allah Maha merancang Liya, Allah merancang dengan cinta sedangkan kita merancang dengan cita-cita, Fiqa teman sekamar Liya sering bernasihat begini, namun begitu Liya hanya mencebik dan memekakkan telinga atau kalau boleh hendak sahaja Liya gunting dan buang telinganya agar tidak lagi mendengar bebelan si sahabatnya itu. Nasihat Fiqa hanya basi begitu sahaja, tidak sedikit pun masuk ke perut Liya apatah lagi hatinya. Liya teringat nasihat-nasihat Fiqa, yang selalu disangkalnya itu, terkadang ada betulnya juga bebelan Fiqa walaupun agak merimaskan tetapi tembok ego dan degil Liya masih utuh setebal tembok China barangkali.
Sudah hampir 2 minggu Shin pergi, bukan Shin balik kampung tapi di bawa Tuhan ke alam lain. Shin meninggal dalam kemalangan sewaktu hendak ke kelas sessi pagi, di jejantas tu lah nyawa Shin diragut oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab, belum sempat dia bermanja lama dengan Shin, Shin sudah di panggil Tuhan. Liya rindu Shin, terlalu sayang dia pada Shin.
"Kau harus belajar redha Liya, ini ketentuanNya siapalah kau untuk menidakkannya, kau bukan Tuhan" sudah beberapa kali Fiqa menasihati Liya, semuanya hampa, kata-kata itu hanya lalu di tepi cuping telinganya dan hilang dibawa angin petang begitu sahaja. Liya masih tetap begitu, yang Liya selalu persoalkan mengapa dia, mengapa dia yang sering mendapat kesedihan itu tidakkah Tuhan belas akan Liya? Getus hatinya yang seakan dirasuk itu.
Jam menunjukkan tepat 9.35 minit pagi, hari ini Liya tidak ada mood untuk keluar berjogging. Kepenatan pulang dari perkhemahan semalam masih belum reda lagi , maka dia memilih untuk berehat sahaja di kamar asramanya hari ini. Kelihatan kelibat Fiqa di sebalik locker nya. Fiqa cuba melirik ke arah gadis yang sedang menjeruk rasa di tepi jendela kamar. Fiqa tahu apa yang dijerukkan Liya, malas pula dia mahu menegur, takut, kalau-kalau banjir kilat melanda saat air mata perempuan itu luruh lagi. Terlalu manja gadis ini. Dia sesekali berdehem nakal cuba memancing lamunan Liya. Namun hampa, lalu dia mengalah dan bersuara lantang.
"Kak Su cari kau tadi" Fiqa memecah kesunyian, sambil meneguk air mineral yang diambil dari dalam locker nya.
"Apa?" soal Liya, entah mengapa pendengarannya saat itu agak lemah atau dia pura-pura pekak.
"Kak Su cari kau...." ulang Fiqa lagi, kali ni panjang dia tarik
"Kenapa?" soal Liya, sememangnya dia juga mahu bertemu Suriana saat itu.
"Entahlah" jawab Fiqa ringkas sambil jemarinya menggumpal sehelai tuala kecil warna putih tertulis dengan nama 'good morning'.
"Mana dia?" Liya bersoal ringkas, apa-apa hal kalau Suriana yang cari dia tidak dapat tidak akan menyahut panggilan itu. Liya dah anggap Suriana macam kakak kandungnya sendiri.
YOU ARE READING
pluviophile
RomanceDalam dunia ini tiada siapa yang sempurna pertemuan Ulya Medina Sophea dan Umair Hikayat bukan satu kebetulan. Segalanya sudah tertulis oleh Tuhan. Siapa tahu Umair Hikayat yang punya kelemahan mendengar dan tidak dapat bertutur secara normal membua...