Sabar itu indah

1 0 0
                                    

Bab 4


"Liya! Tunggu..tunggu aku" terkocoh-kocoh Fiqa berlari kearah Liya Medina yang sedang menapak menaiki anak tangga ke perpustakaan.

"Subhanallah, Fiqa kau kenapa ni? Ada hantu yang mengejar ya?" Liya Medina menghentikan perjalanannya dan berdiri menanti Fiqa sampai, fikiran nya tertanya-tanya apa sahaja yang Fiqa mahu kejutkan dia hari ini, sesungguhnya Fiqa itu seorang yang suka membawa kejutan tidak kira gurauan atau pun yang benar.

"huh...huh..." Fiqa tercungap-cungap mencari oksigen, dia membongkokkan badan lelah mengejar Liya dari luar pagar kampus, seperti ada hal yang hendak dilaporkan kepada Liya agaknya, sehingga tidak boleh tunggu di kamar hostel, sedangkan mereka sebilik, malam nanti juga masih boleh berdiskusi, begitulah perangai temannya yang seorang ini kalau dia mahu masa itu dia buat tanpa lengah lagi itu sikap positif Liyafiqa Ain.

"Beristighfar Fiqa, kau sudah kenapa, di kejar siapa?" Liya bertanyakan soalan yang sama lagi, Fiqa mengangkat lima jari tanda minta tunggu sebentar nafasnya dihela panjang disertai istighfar dan Liya hanya menguntum senyuman manis menampakkan sepasang lesung pipit yang dalam. Mereka kemudian melabuhkan punggung ke pangkin kayu yang berdekatan dengan pintu masuk utama perpustakaan ilmu milik Kolej Universiti Jadda Malaysia.

"Aku kejar kau la Liya, kenapa jalan terlalu cepat? Macam mahu pergi berperang sahaja, mahu jihad?"soal Fiqa, soalan Liya tadi belum terjawab lagi dia sudah bersoaljawab pula.

"Ke library, ini jihad juga kawan, jihad dalam berilmu, ada buku yang mahu aku hantar ni, so soalan kau aku sudah jawab, giliran kau jawab soalan aku pula" Liya mengangkat beberapa buah buku yang tertera tajuknya 'Entrepreneurship' dan 'Professional Ethics' membuktikan pada Fiqa tujuan dia ke perpustkaan petang itu, Fiqa tidak berminat untuk melihat buku itu tapi hanya mencebik.

"Oh baiklah berbalik pada pokok utamanya, aku ada laporan tentang pucuk pimpinan MPP kita, sini! dekatkan sedikit telinga kau Liya" Bisik Fiqa si pembawa berita sensasi, pashmina berbelang ala zebra yang di pakainya itu sekali-sekala dibetulkan.

"Subhanallah masih ada lagi tentang itu?" Liya agak terkejut.

"Kau tahu ramai yang mahu memilih si Romeo itu jadi KMPP, dan aku langsung bangkang habis-habisan! Dia pecat Umair masa mesyuarat petang tadi"

"Ermm, pilihanraya sudah dekat mana boleh dia buat macam tu, kita kena undi secara adil" Liya tiba-tiba buntu.

"Ha, kan aku agak dah kau pun bangkang kan"

"Ermm, bukan begitu maksud aku Fiqa, mungkin dia boleh tawarkan diri untuk jadi calon siapa yang suka dia boleh undi kalau sebaliknya dia kena terima, kalau macam ni lah macam mana dia nak memimpin"

"Sudah lah Liya, kau kan orang nombor 2 society kau kena bersuara, petang ini kita kumpul budak-budak bikin meeting tergempar" semangat betul kawan Liya yang seorang ini.

"Astaghfirullahaladzim, nanti dulu Fiqa biar aku fikir dengan tenang ya, mari ikut aku ke dalam kita hantar buku dulu kemudian kita balik ke bilik" ajak Liya.

"Eh, tak apalah aku di luar sahaja mahu tenangkan fikiran yang masih berserabut ni, aku tunggu kau di sini, cepat sikit ya kalau kau lambat aku serang senior kita tu sekarang"

"Ya aku pergi ni tapi jaga perilaku kau tu, kau patut ingat dia tu senior kita, dan kau itu hawa, ingat tu kawan" Liya bernasihat panjang lebar.

"Baiklah makcik" Fiqa mencebik malas hendak dengar bebelan teman sebiliknya itu.

Di bilik masing-masing masih terfikir apa yang harus mereka lakukan buntu dan berserabut semua seadun. Fiqa dari tadi mengacau-ngacau mee segera yang baru direndam dalam cawan kemudian menyuap ke mulutnya sesekali dia mempelawa Liya tapi Liya mengeleng tanda tidak mahu. Liya terduduk, sebentar dia menongkat dagu dan merenung ke luar jendela.

"Apa kita hendak buat ni Liya? Aku risau ni kau macam tak risau sahaja? Atau kau juga sudah dibayar oleh si Romeo yang tidak berakhlak itu untuk undi dia jadi KMPP?" Fiqa serkap jarang, mee segeranya sudah habis dimakan yang masih berbaki hanya kuah, seraya dihirup seperti orang kelaparan di medan perang lagaknya.

"Astaghfirullahaladzim, aku belum sekali pun bersua empat mata dengan senior kita tu Fiqa kau tahu aku hanya kenal dia dari mulut orang-orang di sini kan, termasuk kau"

"Eh aku pula, habis tu kau diam dari tadi, apa, kau sudah ada plan B?"

"Aku akan jumpa dia, kau dan Faiz teman aku"

"Eh, kau mahu jumpa dia personal? Kata dalam meeting? Kan lebih ramai lebih bagus"

"Motif? personal? bukankah kita pergi bertiga dan kita akan jumpa di tempat lapang yang ramai manusia"

"Err..motif...ya aku mahu bantai dia cukup-cukup biar dia jatuh tidak bangun-bangun lagi, geram aku berlagak sangat !" dengus Fiqa marah.

"Jadi itu yang diajar islam? menjatuhkan sesama kaum? Fiqa bagaimana kita mahu mengajak kaum lain untuk jatuh cinta dengan islam sedangkan dalam hati kita sendiri hanya ada nilai kebencian dan hasad dengki" Liya mula membuka hujah agamanya ternyata Fiqa tersipu-sipu malu dan segan dengan kelantangannya sebentar tadi.

"Err...ya lah, maaf ok, so bila nak jumpa? Di mana?"

"Elok di tempat yang mendamaikan hati"

"Wah mendamaikan hati, kau hendak 'date' atau apa ini kawan?"

"Aku mahu kita bermuzakarah cara terbuka dan dewasa, kau jangan merepek Fiqa, atau aku pergi dengan Salmi sahaja"

"Ya lah, bergurau sahaja itu pun mahu ambil kira"

"Mestilah, serius sikit" mereka sama-sama ketawa.

pluviophileWhere stories live. Discover now