Cinta Platonik

2 0 0
                                    

Bab 2

Julai, Yogyakarta, Indonesia 4.32 pm

Umair Hikayat Arjuna Jiwa Wilson masih berdiri di tepi jendela kayu yang bingkainya sudah hampir reput dek serangan si anai-anai kecil yang sudah lebih setahun menjajah bilik usang itu. Umair baru pulang dari pameran seni lukisan Kaligrafi di Busan, Korea.

Dia mewakili negaranya dalam pameran secara berkumpulan bersama-sama bekas pelajar Institut Seni Indonesia (ISI). Umair seorang insan yang berbakat besar dalam senilukis, walaupun dia seorang yang tidak sesempurna insan normal yang lain namun cita-cita dan impiannya melebihi jangkaan normal seorang manusia, dia mengalami masalah pendengaran semenjak dilahirkan lagi, namun deria rasanya lebih baik dari manusia normal yang lain, malah dia juga adalah penghidap disleksia sejak awal kelahiran dan dikesan sewaktu berumur 7 tahun apabila dia dikatakan tidak dapat membaca secara normal seperti kanak-kanak yang seusia dengannya. Lalu dia tidak lagi ke sekolah tetapi hanya belajar secara 'homeschooling' di rumah.

Rumah banglo mewah tinggalan almarhum ayah dan almarhummah ibunya, Almarhum Haji Muhamad Agus Wilson dan Almarhumah Hajjah Monalisa Steven Abdullah adalah mualaf, mereka memeluk islam dan kembali ke pada agama fitrah setelah Haji Muhamad Agus Wilson bertugas di Surabaya. Menurut Pak Sumar lagi nenek Umair mempunyai darah minang, neneknya adalah bekas orang gaji kepada datuk Umair, Mr. Smith Wilson. Namun andai Umair bertanya selanjutnya Pak Sumar seperti mahu mengelak, dia sebenarnya mahu tahu apakah neneknya dan Mr. Smith itu suami isteri atau tidak? Dan bagaimana pula dengan pegangan agama neneknya saat itu, dia amat musykil kerana almarhum ayah dan almarhummah ibunya kembali kepada agama fitrah ini setelah berkahwin? Pelik bukan? Apa ayahnya itu bukan sudah islam, kerana neneknya itu muslim. Terkadang dia bingung. Tetapi dia bersyukur kerana dia adalah seorang muslim. Moga matinya juga dalam muslim, amin...

Persoalan itu sering bermain-main di mindanya namun Umair hanya membiarkan sahaja mungkin suatu hari kelak Pak Sumar sendiri akan memaklumkan kepadanya, kerana dia adalah satu-satunya waris tunggal keluarga Wilson. Umair menghela nafas panjang, matanya melilau memerhati ke setiap sudut bilik yang diterapkan suasana bali kuno itu dengan nada sedikit kecewa, sayang sekali kenangan itu terbiar sepi. Dia harus lakukan sesuatu.

Umair harus mencari beberapa orang teman untuk membersihkan kawasan rumah dan bilik yang akan di jadikan sebagai studio lukisannya ini. Umair masih ke hulu ke hilir dia hilang punca. Kemudian dia mendial nombor di telefon pintarnya. Lalu di serahkan kepada Pak Sumar, tukang kebun juga merangkap supir nya.

"Assalamualaikum, ya Mbak, bisa gak ya? Saya butuh hari ini juga" Pak Supir mula berbicara, namun tidak dapat dipastikan apakah yang dibicarakan itu suaranya tenggelam begitu sahaja apabila Umair berlalu pergi menjenguk ke kamarnya. Matanya melilau ke segenap ruang bilik itu, dia menghela nafas panjang. Saat itu dia sangat memerlukan beberapa orang untuk membantunya membersihkan rumah banglo itu.

"Alhamdulillah ok makasih ya, jumpa nanti" Setelah berterima kasih kepada orang tersebut, telefonya dimatikan, Pak Sumar menyerahkan semula telefon itu kepada Umair. Pak Sumar berbahasa isyarat menunjukkan ibu jari kanan kepada Umair tanda semuanya berjalan lancer.

Pak Sumar tersenyum sendirian melihat lagak Umair masih tidak berubah seperti sewaktu dia kecil, semasa Haji Muhamad Agus Wilson dan Hajjah Monalisa masih ada. Seperti diperhatikan, tiba-tiba Umair berpaling dia merasakan seperti Pak Sumar sedang memerhatikannya. Dia tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

Usai mengerjakan solat Asar, Umair bermalas-malas di kerusi rotan milik almarhum ayahnya yang menghadap ke jendela, juga kearah tergelincirnya matahari. Saat itu dia sempat merakam kan beberapa potret untuk disimpan sebagai kenangan peribadinya. Selain suka melukis Umair juga mempunyai hobi lain iaitu memotret dan mencari bintang.

pluviophileWhere stories live. Discover now