Kalam Cinta

1 0 0
                                    

Bab 3


Ulya Medina Sophea masih lagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh professor Fardhi sejak beberapa hari ini dia amat sibuk sekali. Tugasan subjek Entrepreneurship itu harus dihantar lusa jadi kerna itulah dia sangat bertungkus lumus untuk itu. Kalau boleh dia mahu kekal kan CGPA nya yang hampir 4 itu. Dia tidak mahu sia-siakan apa yang diamanahkan kepadanya.

"Assalamualaikum" sapa Fiqa teman sebiliknya.

"Waalaikumussalam" jawab Liya, tangannya masih lagi leka menaip tugasan.

"Amboi! Senyum pun tidak, leka sangat buat kerja, aku dekat sebelah ni macam tidak wujud saja" seloroh Fiqa yang suka bercanda tu.

"Iya senyum la ni, tapi aku masih menjawab salam kau kan?" Liya buat senyum macam iklan gigi walaupun dihalangi oleh pendakap besi.

"Jangan senyum lama sangat dah macam Betty dah aku tengok, ishh gigi besi kau tuh! " Fiqa ketawa berdekah-dekah paras rupa Liya yang sangat cantik itu agak cacat dengan pendakap gigi yang baru di pakai setahun yang lalu.

"Betty pun Betty lah last episode kahwin dengan Armando yang handsome tu kan? Kau rasa?" Liya mencebik.

"Eh, marah ke makcik? Nah aku belikan kau pisang goreng, jom kita makan, masih panas lagi ni, kalau sejuk nanti tidak sedap pula" ajak Fiqa sambil membuka bungkusan pisang goreng yang masih panas itu, sungguh menyelerakan.

"Subhanallah rezeki jangan ditolak, sebentar aku bancuhkan teh"

Setelah berdoa mereka sama-sama menikmati rezeki dari Allah dengan penuh syukur, begitu lah kehidupan berdikari di asrama universiti, kalau ummi yang goreng pasti lagi sedap tapi apakan daya rumah terlalu jauh dan hanya bisa makan masakan ummi bila cuti semester sahaja, untung-untung kalau ummi datang menziarah dapat la mereka makan bekal yang dibawa ummi ke sini. Kata orang air tangan ibu semua sedap dan ada berkahnya. Walaupun ummi bukanlah ibu kandung Liya namun dia masih ada pertalian darah dengan ummi, sebagai anak saudara. Sungguh dia rindukan seorang ibu kandung tapi Tuhan sudah gantikan dia dengan ummi yang tidak kurang baiknya buat dia.

"Kau sudah siapkan tugasan Prof Fardhi?" soal Liya sambil menghirup teh yang sudah suam-suam itu.

"Belum siap sepenuhnya, semalam aku sudah siapkan hampir 40 peratus tapi sayang sekali lupa nak save, sekarang semangatnya sudah hilang, maka aku malas!" Fiqa tergelak itu sahaja yang dia tahu gelak dan tidak pernah mahu serius dengan apa yang dibicarakan.

"Astaghfirullahal'adzim, habis tu, ini mahu dihantar lusa la sahabatku sayang, jangan malas la, aku tengok kau asyik dengan facebook sahaja kan?" Liya membulatkan matanya.

"Mana ada main facebook tu partime job saja tu hahaha...lagipun kau kan ada aku copy kau punya saja boleh kan? Nanti ayat nya aku tukar la sikit-sikit" Fiqa terkekeh nakal lagi kali ini makin kuat tawanya, dan Liya pula yang naik hairan.

"Kalau begitu aku mahu markahnya untuk ditambah pada markah aku, jadi CGPA aku pun akan jadi lebih bagus, kau mahu tolong aku begitu?" Liya mahu menguji temannya.

"Alah, iya lah, aku siapkan sebentar lagi, aku sudah ada backup nya la kau jangan risau, macam nenek la kau ni, membebel saja" omel Fiqa tersenyum sambil mulutnya mengunyah pisang goreng yang sudah suam-suam kuku itu.

"Good girl, anak siapa lah ni ya?"

"Anak mak dan ayah aku lah" Fiqa terkekeh nakal hingga hampir tempias air liurnya.

"Ishh...kau ni Fiqa"

"Oh ya sebelum aku lupa ni aku ambil dari setiausaha 'creative club', nah baca!" Fiqa menghulurkan sekeping kertas saiz A4, iklan tentang pertandingan Seni Kaligrafi Islam di kampus mereka bulan hadapan. Liya sangat teruja, Fiqa tahu sahabatnya itu sangat berbakat dalam kaligrafi islam.

pluviophileWhere stories live. Discover now