Bab 5
Disember 2000
Di suatu sudut di sebuah café ada pertemuan lapan mata, pertemuan yang dirancang oleh sebelah pihak yang inginkan kepastian dari sebelah pihak yang lain. Liya mengambil tempat di sebelah Fiqa yang dari tadi muncung sedepa. Anak mata Fiqa dari tadi melilau dari atas ke bawah kiri dan kanan. Sementara Faiz dan Romeo sudah beberapa kali menyedut minuman bergas yang sudah hampir separuh gelas. Liya yang terasa kurang selesa dengan pandangan Romeo, menundukkan sedikit kepalanya.
"So, what the hell are you doing here right now?" Soal Romeo dari tadi matanya tidak lepas memandang tepat ke anak mata Liya.
"Hey! Kecik besar je aku tengok dia ni tau!" Fiqa mula mencetuskan kontroversi geram sekali dengan lagak si Romeo tu, namun Liya menarik tangan Fiqa tanda bersabar.
"Excuse me?" Romeo tidak puas hati, namun dalam hatinya berbunga riang saat kali pertama terpandang Liya terasa sesuatu yang baru baginya memandang seorang gadis yang bertutup litup dan sesopan Liya.
"Eh, sabar Fiqa, Liya teruskan apa yang kita dah plan tadi"
"Ok, Faiz, syukran"
"Afwan ya Liya" Faiz senyum macam kerang busuk, kacamatanya yang agak tebal itu dibetulkan kedudukannya.
"Assalamualaikum, saya Liya Sophea dari jurusan multimedia, saya juga selaku Naib KMPP di kampus ini"
"So, kau mahu apa dari aku, tolong cepat sikit aku tak ada masa untuk dengar ceramah agama hari ini"
"Maaf, ia tentang perlantikan Presiden MPP untuk sessi 2000 ini, kita ada undang-undang, pemilihan harus berdasarkan undian dari pelajar, bukan begini caranya Romeo, saya tidak dimaklumkan tentang hal ini, seharusnya saya dijemput untuk bermesyuarat sebelum hari pemilihan"
"So what? kau tahu berapa ayah aku donate untuk develop kampus ni?"
"Maaf bukan itu maksud saya"
"Hey! kau tak payah nak ber awak saya dengan aku kau ingat kau dah berhijab ni kau nak ceramah agama dekat aku pula?" marah Romeo.
"Astaghfirullahal adzim..." Liya Sophea beristighfar panjang, sungguh dia diuji oleh Allah dengan seorang makhluk yang sebegini degil dan tidak beretika, kalau dikutkan hati nak sahaja dia terbalikkan meja ni kemudian di hempapkan ke kepala Romeo, tapi dia masih waras dan ada sebatas sabar yang tipis membendungnya dari melakukan hal itu.
Demam pilihanraya sudah bermula poster-poster calon bertaburan dan ada yang masih belum digantung. Ada juga yang menconteng poster lawan masing-masing, sungguh tidak bermoral mereka ini. Liya yang melintasi kaki lima untuk ke kelas mengelengkan kepala apabila terlihat poster calon baru untuk musim ini, siapa lagi kalau bukan lelaki yang dia dan Fiqa jumpa 3 hari yang lalu.
"Assalamualaikum Liya" suara tegas seorang pemimpin memecah dan menambah lagi kekalutan yang ada. Liya kurang pasti siapa yang melaungkan suaranya tadi. Dia dan Fiqa mengorak langkah laju kehadapan berminat ingin tahu apa yang di propagandakan oleh Romeo dan konco-konconya di depan parkir motor itu.
"Hai, anak gadis, nak kemana tu? Kamu berdua pun nak berpropaganda dengan sang ikhwan itu?" Suriana bertegas kata-katanya sangat terang tanpa berselindung. Suriana bimbang kalau-kalau berlaku kekecohan sebelum proses pilihanraya kampus bermula. Sebagai ketua biro persatuan badan da'wah muslimah dia amat prihatin dengan tingkah-laku dan permasalahan juniornya terutama Liya Sophea ni.
"Waalaikummussalam, Kak Su" Fiqa tarik lengan baju Liya, perjalanan mereka terbantut sebentar. Kedua-duanya lantas tersenyum dan berseringai barisan gigi-gigi dan pendakap gigi besinya menghiasi mulut Liya.
"Kak Su dapat laporan ada yang buat meeting secara persendirian tanpa pengetahuan Kak Su kan?"
"Meeting? Bila? Di mana?"
"Ok, jangan nak 5W 1H sangat, tahu lah awak tu budak media com"
"Ni mesti Faiz yang bagitahu Kak Su kan? Memang kami ada private meeting dengan si Romeo tu Kak, masa tu kan Kak Su ada kem motivasi dengan Ustazah Rafeah." Terang Liya panjang lebar agak gerun juga dia dengan persoalan bertubi-tubi yang keluar dari mulut super senior nya itu. Liya hilang punca lalu terpaksa juga dia menejelaskan kedudukan yang sebenarnya kepada Kak Su. Akhirya setelah diceritakan dari awal maka faham lah Suriana akan kedudukan yang sebenarnya. Setelah tamat tempoh pengundian maka pilihanraya berjalan dengan baik sekali tanpa kelibat Romeo dan konco-konconya kerana pihak university telah menerima laporan yang Romeo telah ditangkap atas alasan bersubahat dalam kes lumba haram di ibu kota. Dia juga telah dibuang dari university kerana dikatakan telah banyak melakukan jenayah di dalam kampus.

YOU ARE READING
pluviophile
RomanceDalam dunia ini tiada siapa yang sempurna pertemuan Ulya Medina Sophea dan Umair Hikayat bukan satu kebetulan. Segalanya sudah tertulis oleh Tuhan. Siapa tahu Umair Hikayat yang punya kelemahan mendengar dan tidak dapat bertutur secara normal membua...