1. Hell School

6.9K 482 50
                                    

Sekolah.

Mesti ada kaitan dengan Pendidikan.

Kalau Pendidikan mesti ada kaitan dengan guru.

Guru pulak mesti ada bersangkut paut dengan pelajar.

Pelajar mesti ada terlibat dengan pusat Pendidikan.

Orang tua kata, nak jadi manusia kena pandai.

Tapi betul ke kalau dengan belajar je boleh jadikan seseorang manusia?

Manusia pulak apa maksudnya?

Dalam kamus sebut manusia ini sebagai homo sapiens. Mahkluk yang dilengkapi dengan anggota badan dan boleh beranak dan membiak. Ada kaki, tangan, mata, otak, organ, badan dan semua yang lengkap dan tiada pada mahkluk lain dalam dunia ni.

Tapi bukan semua orang boleh jadi manusia. Kan?

Dan adakalanya manusia tu boleh bertukar jadi mahluk paling berbahaya dekat muka bumi ni.

Elok jadi manusia yang ada otak dan hati perasaan, terus boleh berubah jadi mahkluk yang tak ada otak dan tak ada perasaan sama sekali.

Berikut merupakan istilah untuk sejenis manusia yang di lahirkan hanya untuk susahkan hidup orang lain dan enjoy melihat kesengsaraan orang lain. Sejenis kelompok manusia yang jadikan air mata mangsa mereka sebagai minuman mereka, darah sebagai posyen kekuatan mereka, raungan dan tanggisan meminta tolong sebagai makanan mereka, pembulian dan gangsterism sebagai senaman mereka.

Dan tukar istilah sekolah taman ilmu kepada sekolah taman neraka!

Sampaikan orang tua dan guru sendiri tak tahu macam mana mereka nak handle spesis manusia seperti ini.

Wujud ke?

Mestilah.

Kalau dekat Akademi Oakwood High Academy, semua jenis manusia ni ada.

Yang baik.

Yang lembab.

Yang jahat.

Yang bijak nak mampus.

And most important...

Main lead di akademi ini

Kumpulan gangster yang ada di dalamnya. Si pembuli dan pengancam keselamatan pelajar di akademi ini.

Dan disebabkan isu ini, pemilik akademi,Lazaro Gonzalez mengalami banyak kerugian sebab pelajar-pelajar akademi dia sering melakukan kemusnahan harta benda akademi dan burukkan nama baik akademi sehingga tak ramai yang mahu masuk ke akademinya Dia tak boleh nak halau pelajar-pelajar bermasalah ni sebab mereka terlalu berbahaya dan menakutkan dia untuk libatkan diri dengan.

Jadi sebagai langkah terakhir dan pilihan yang ada demi pertahankan nama baik akademi serta musnahkan 'parasit-parasit' ini dari akademi dia once for all! Dia minta bantuan seseorang. Seseorang yang dia yakin adalah calon paling sesuai untuk bantu dia. Menurut khabar angin, orang ini memiliki keistimewaan yang ganjil sejak lahir. Sampaikan keluarga sendiri ingat orang ini gila dan pelik. Oleh kerana keganjilan yang di miliki ini, orang ini hantar ke suatu tempat yang tak sepatutnya manusia biasa di letakkan.

Ramai yang gelarkan dia Si Psiko. Tapi ada jugak gelaran lain yang di berikan kepadanya.

Unbeatable

Invincible

Unstoppable

Unassailable

Indomitable

Unconquerable

Invulnerable

Unsurpassable

Dan orang ini dinamakan sebagai Hailey Power, 18 tahun. Seorang pesakit gangguan mental pelbagai. Seseorang yang tak sepatutnya keluar dari penjara ini.

DUNG!

DUNG!

Bergema bunyi ketukan pada daun pintu itu setelah tangan itu hentak cincin besi yang tergantung di permukaannya.

Seorang lelaki bersut dan seorang wanita bersanggul berdiri dekat depan pintu itu. Menanti diri mereka di sambut. Seorang dengan muka serius, seorang dengan muka pucat takutnya.

Kriiiitttt~

Bunyi engsel pintu berbunyi sama apabila daun pintu disitu terbuka ke dalam. Seorang wanita berambut pendek berdiri dekat situ lalu memandang dua pelawat didepannya dengan renungan kosong dan dingin tanpa perasaan.

"Selamat siang..Tuan Lazaro bukan?"tanya wanita berambut bob cut itu. "Saya Sonia, warden Rehab Pemulihan Anak-anak Bermasalah Tidak Dapat Dipulihkan ini."ujarnya dengan nada dingin yang tiada perasaan dan mendatar.

"Selamat siang...ini pembantu saya. Margaret."ujar Lazaro.

Sonia pandang dingin ke Margaret lalu gerak ke tepi untuk beri laluan. "Silakan masuk. Orang yang tuan hendak temui sedang menunggu."ajunya sambil tu.

Margaret telan air liur takutnya. Mata dia bergerak kanan dan kiri kawasan yang seperti sebuah rumah agam tapi sebiji seperti akademi pun ada, tapi tak besar sangat. Sesuatu jauhdalam sudut hati dia beritahu dia kena jauhkan diri dari sini. Bukan tempat ini yang menakutkan dia, tapi apa yang menghuni di dalam tempat ini sebenarnya.

Banyak khabar angin telah tersebar mengenai tempat ini. Katanya tempat ini khas untuk anak-anak yang mempunyai masalah psikologi dan gangguan mental yang melampau.

Margaret dari awal sehingga la dia tiba ke situ masih lagi tak habis fikir. Kenapa Dekan Lazaro pilih untuk dapatkan bantuan di sini.

Ramai-ramai orang, budak bermasalah mental ni jugak yang dipilih?

Seriuosly!?

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now