20. Bunuh diri.

3.2K 357 4
                                    

Kedebang!

Terhentak kuat daun pintu ke dinding lepas ia di hempas oleh Akagi sewaktu lelaki itu berjalan masuk ke dalam kelas tingkat empat dimana Gisle berada


"Gisle!"panggil Akagi dengan lantang.

Serentak pada masa yang sama semua kepala berpaling ke arah Akagi. Mereka pandang terkejut bila nampak wajah pucat tidak bermaya Akagi seakan menangis sepanjang malam itu.

"Kenapa!Kenapa kau buat semua tu!"marah Akagi sebaik berdiri di tepi meja Gisle.

Gisle yang sedang mengilap kuku dengan alat pengilat kuku buat muka terkejut dan reaksi tidak bersalahnya. "Awak tu yang kenapa?Tiba-tiba datang masuk ke kelas orang dalam keadaan marah-marah macam ni.."

Semua pelajar yang ada di kelas pertama tahun akhir kategori A-Class, iaitu kelas anak-anak elit dan bijak perhatikan Akagi di situ dengan kening berkerut tak faham.

"Kau dah kenapa Akagi?Marah-marah masuk kelas orang?"

"Entah...dia ni..tiba-tiba nak marahkan Gisle kenapa?"

"Kau sedar tak masalah apa yang kau sedang berada sekarang ni?"

"Semua orang dah tahu la kerja terkutuk kau tu!"

Berasa senang sebab rakan sekelasnya sokong dia, Gisle beri renungan 'kan aku dah beritahu' pada Akagi. Cuba cabar Akagi menindas dia.

Sambil mengepal penumbuk dan mengetap gigi menahan sabarnya. "Kenapa kau sanggup buat macam tu dekat mak aku!Salah apa dia sampai kau buang dia dari kerja?Aku tolong kau..siapkan kerja sekolah untuk kau...sediakan nota untuk kau!Sebaliknya kau buat cerita dekat dia pasal aku...kau tahu tak sebab mulut celupar perangai tak guna kau, mak aku kena heart attack dan dia meninggal semalam!Manusia jenis apa kau ni!"jerkah Akagi yang sudah tidak dapat sabar lagi dengan sikap Gisle.

Eh!Sedap betul mulut bercakap ya! "Hei!Cakap tu elok sikit eh..suka hati je nak menuduh. Memang betul kan awak ambil nota saya dan tiru...benda betul.."fitnah Gisle. Dia dah muak dengan Akagi, sebab itu dia buat semua ni. Dia nak hapuskan Akagi. Untuk itu dia sebarkan semua fitnah ni kepada satu akademi mengenai siapa pelajar nombor dua terbaik di sini.

Kening Akagi mencerlung tak percaya semasa pandang ke Gisle. Sumpah!Dia dah fed up hadap drama Gisle yang tak habis-habis nak kejar rangking dan kekalkan kedudukan. "Jadi macam ni cara kau main eh?Lepas kau bosan, kau buang aku...bukan setakat buang kau nak musnahkan hidup aku sekali?Ini yang kau nak?"soalnya dengan lantang di situ.

Gisle silangkan tangan ke dada. "Saya tak tahu apa yang awak katakan Akagi. Kalau awak salah, awak mintak maaf, saya akan maafkan awak. Tapi jangan la nak tuduh saya yang bukan-bukan.."dalih Gisle dengan nada seakan dia mangsa keadaan dekat sini.

Air mata jatuh menitis dari kelopak mata Akagi akhirnya. Memandangkan ibunya dia sudah tiada lagi, nama baiknya telah di cemarkan dan Gisle sudahpun membuang dia. Tiada gunanya lagi dia berada di akademi ini lagi.

"Fine...aku harap kau happy lepas lakukan semua ni dan lihat orang menderita dan mati sebab sikap tak guna kau ni Gisle"lafaz Akagi Bersama renungan nekadnya. Slidding jendela yang ada dekat dalam kelas itu di dekatinya sebelum di selak ke tepi. Tanpa buang masa sesaat pun, dia panjat ke bingkai jendela itu sebelum lompat dari tingkat empat itu ke bawah bangunan.

Oleh kerana semuanya berlaku dalam sekelip mata dan tiba-tiba tiada seorang pun dalam kelas itu sempat haling atau proses apa yang telah terjadi. Masing-masing pandang beku ke arah Gisle dengan mulut ternganga.

PAK!Bunyi sesuatu patah yang kuat kedengaran sesaat kemudian.

"ARGHHHHH!!!!"masa itu la suara jeritan dari tingkat bawah luar kelas kedengaran.

Dan barula Budak-Budak dalam kelas tu bergegas ke arah jendela dan jengah kepala masing-masing untuk tengok ke tingkat bawah. Pandang saja mereka ke situ, mereka lihat Akagi sudahpun terbaring atas lantai konkrit dengan darah mengalir keluar dari kepala dan hidungnya.

Pelajar-pelajar yang kebetulan berada di kawasan itu sudah ada yang menangis dan melarikan diri mintak bantuan. Namun antara ramai-ramai di situ, seseorang yang kebetulan dalam perjalanan untuk ke kelas melalui laluan tersebut berada betul-betul dekat depannya.

Jadi pada masa Akagi mendarat di situ, lelaki tu betul-betul terjatuh dekat depan kakinya. Tepat pada masa Akagi terbaring di situ, Hailey saksikan kejadian tersebut. Bersama wajah tanpa reaksinya, dia perlahan-lahan dongkkan kepala ke atas hendak lihat dari mana pulak mamat ni jatuh. Lepas dia dongak, mata Hailey terarah pada pelajar perempuan yang paling ketara dekat jendela tingkat empat itu. Buat seketika Hailey hanya pandang ke arah Gisle tanpa berkedip.

Sementara Gisle yang sedang melihat jasad Akagi di jendela sikit pun tak perasan dirinya sedang di perhatikan oleh Hailey dari tingkat bawah tu. Dia terlalu terkejut dengan tindakan Akagi yang sanggup lakukan hal sebegini di depan mata dia! Kalau nak mati sekalipun buat lain dekat tempat lain!

"Akagi!"suara pensyarah memanggil dengan cemas dari arah bertentangan Hailey.

Buatkan perhatian Hailey beralih ke depan lalu Nampak beberapa orang pensyarah dan pelajar berlari ke arahnya sebelum tunduk melutut di situ mendapatkan Akagi.

"Kenapa kamu buat semua ni."nangis pensyarah yang mengajar Akagi di situ dengan sedih.

"Sesiapa call ambulans!"laung pensyarah lain.

Melihat keadaan kecoh di situ, Hailey perhatikan keadaan itu sekejap sebelum pergi dari situ dengan langkah bersahaja.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now