9. Trauma

3.4K 364 4
                                    

Semuanya bermula sejak kejadian aneh berlaku dalam hidup dia. Dia tak ingat bila dan sejak bila ia bermula. Apa dia tahu,.Bukan sekali bukan dua kali. Banyak kali. Tapi pelik. Dia tak rasa sakit. Apa dia tahu esok harinya dia okay dan tak ada apa-apa yang berbekas pada badannya. Seakan tiada apa-apa terjadi.

Dan sejak itu dia tahu. Badan dia boleh pulih sendiri tak kira la betapa banyak kecederaan yang dia letakkan di badannya ini. Dari terjun bangun. Kelar leher sendiri. Semuanya tidak terkesan pada dia.

Sampai rasa nak terkeluar anak tekak menjerit mintak tolong, tak ada siapa yang dengar akan jeritan dia. Ayah dan ibunya di panggil tapi saying orang tuanya itu tiada di sisi semasa dia perlukan mereka.

"Arghhhhhh....lepaskan aku...lepaskan aku...aku tak gila arghhhhhh!!!!!!  Lepaskan aku....ahahahahahahahahahahahah!" suara jeritan dan ketawa mengilai-ngilai kedengaran dari luar bilik tahanan sebelum dua orang staf lelaki heret keluar dia dari bilik untuk terima rawatan.

Mereka kata nak tolong dia. Tapi tak...dia di seksa. Dengan mesin senjatan eletrik...ibu berton-ton. Badan dia diikat dengan jaket, mereka paksa dia makan bila dia tak selera nak makan. Kurung dia. Hantui fikiran dia dengan kata-kata yang tidak jelas.

Selama bertahun lama dia hadap semua layanan mereka sampai jadi trauma dia bila bunyi pintu dibuka atau suara orang menjerit kedengaran.

Orang dalam tu beria kata nak bantu dan selamatkan dia. Tapi apa dia nampak lebih kepada nak sakiti dia adalah. Nak berapa kali dia cakap yang dia tak gila.

Sumpah.

Dia tak gila!

Keluarga dia buang dia sebab tak sayangkan dia lagi. Sebab itu la dia berada di sini. Disebabkan dia berada di sini sejak kecil lagi, wajah orang tuanya pun dia tak tahu. Apa dia tahu nama dia di beri oleh penjaga yang merawat dia di rehab pemulihan.

"Kamu tak nak makan ke?Adakah makanan itu tidak kena dengan citarasa kamu?"soal Lazaro tiba-tiba di hujung meja.

Bersama-sama dengan Farzin, Lazaro ajak Hailey makan malam dengan mereka sebagai rutin baru mereka di rumah agam itu sedangkan selama ni tak pernah-pernah mereka anak beranak makan semeja. Demia Hailey, Lazaro ubah rutin ini.

Hailey pandang kosong ke makanannya sebelum dia pegang pinggan tu lalu di tampar ke tepi hingga jatuh berderai ke lantai. Dia tak selera. Oh tak. Dia tak nak makan. Tengok makanan buat tekak dia loya. Ingatan dia hanya terbayang akan situasi dimana orang dalam rehab pemulihan letakkan ubat dalam makanan dia!Ingatkan semua itu buatkan dia nak termuntah dekat sini jugak.

Maid yang berdiri dekat itu melompat terkejut. Berasa takut dengan perubahan angin Hailey.

Farzin yang dah hadap hal sama selama satu minggu keberadaan Hailey di situ tidak lagi terkutik. Dia malah menyambung makannya tanpa rasa terganggu.

Lazaro perhatikan Hailey dengan sabar di situ. Dia tenung wajah tenang gadis tersebut menanti apa yang bakal di lakukan seterusnya olehnya. Semenjak seminggu yang lepas, ini la yang dia selalu hadapkan bila makan Bersama Hailey. Gadis ini pasti akan buat hal. Tak lempar makanan, garfu dan pisau di situ saling di lagakan hingga hasilkan bunyi ngilu yang mengganggukan.

"Berlapar takkan buatkan keadaan kamu membaik Hailey. Sebaiknya kamu makan untuk beri tenaga pada badan kamu tu."pesan Lazaro. Menurut rekod kesihatan Hailey gemar berlapar berhari lamanya tanpa makan dan minum sebagai usaha untuk bunuh diri sendiri. Untuk itu Lazaro perlu peka lebih pada sudut pemakanan Hailey. Dia tak boleh biarkan penyelamat dia jatuh sakit dan semua pelan dia musnah.

"Aku tak nak makan."gerutu Hailey. Keningnya mencerlung marah. Dia tak suka perasaan yang selalu berkecamuk dalam dirinya ini. Dia nak lepas dari semua. Tapi itu la tak kira dia cuba sebanyak mana, dia takkan mati punya.

Lazaro letakkan garpu dan pisau ke atas pinggannya. Tak dapat lagi nak sambung makan. "Fine...kalau begitu tugasan kedua kamu pula."beritahunya. Memandangkan Hailey tahu apa yang patut di buat dia tak rasa yang akademi dia akan 'bersih' dalam masa terdekat ni.

Farzin yang baru nak suap makanan ke dalam mulut tak jadi lepas dengar. Kepalanya di palingkan ke Lazaro dengan renungan ternanti-nanti. Siapa pulak yang jadi mangsa kali ni?

Hailey pandang ke Lazaro sebaik perkataan 'tugasan' keluar dari mulut tu. Demi kebebasan dia! "Siapa orangnya?"tanya dia serta merta. Apa saja dia sanggup lakukan.

"Target kamu adalah dapatkan sokongan pelajar-pelajar dari kelas dimana kamu di tempatkan. Hampir keseluruhan pelajar bermasalah dan ketua masalah disiplin di tempatkan di situ. Sekiranya kamu dapat tenangkan kelas itu dalam masa dua minggu ni, saya akan berikan kamu maklumat tentang keluarga kandung kamu sedikit demi sedikit."aju Lazaro.

Nafas Hailey mula naik turun tidak menentu. "Maklumat keluarga aku?"dia boleh tahu tentang ahli keluarganya jugak?

Lazaro mengangguk kepala. "Kamu tak nak tahu ke siapa ahli keluarga kamu yang sebenarnya?"

Farzin pandang dari Lazaro ke Hailey apabila memasang telinga akan perbualan dua itu tanpa berkata apa-apa.

"Ada larangan yang aku kena tahu?"soal Hailey yang teringat akan Farzin yang marah dia sebab dia kerjakan seseorang siang tadi.

"Terpulang...apa kamu nak buat..buat la.."beritahu Lazaro. "Sekalipun kamu kena seksa mereka supaya mereka dengar kata-kata kamulakukannya."

Tersenyum Hailey lepas tu. Senang sebab tiada kekangan kali ni. "Okay."

Farzin hanya buat muka kesal lalu kembali menyambung makanannya.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now