25. Langgar Lari.

3.1K 363 5
                                    

Seusai saja makan malam, Farzin beransur ke bilik bacaan untuk main game menggunakan Xbox console edisi terbarunya. Kebetulan semasa dia berada di situ, ayahnya sedang tonton berita melalui skrin monitor Utama yang ada dekat tepi meja kerja lelaki tu.

"Oh..ayah tak tidur lagi ke?"tanya dia masa berjalan mendekati ayahnya yang sedang berdiri menghadap monitor itu dengan serius.

"Shh..dengar.."tunjuk Lazaro ke arah skrin monitor tanpa memandang Farzin.

Kening Farzin terangkat tinggi. Dia pandang pelik ke tepi muka ayahnya sewaktu gerak hendak memandang ke skrin tersebut. Sekali bila dia pandang, air mukanya terus berubah kepada tercengang mendengar ucapan yang disampaikan oleh pemberita di siarana tersebut.

"Isaac Abraham, 54 tahun yang dikhabarkan bakal melibatkan diri dalam pemilihan kerusi parlimen pada minggu hadapan telah di laporkan terkorban akibat nahas kereta di selekoh 35 persint 1/2 di lebuh raya Utama menghala ke pusat bandar pada jam 7.30 malam. Oleh kerana kejadian berlaku ketika waktu hujan lebat dan keadaan jalan yang licin, siasatan polis mendapatkan laporan bahawa kereta yang di pandu oleh pemandu mendiang Isaac sendiri hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan kenderaan tersebut terbelah dua sebelum mangsa di dalam terkorban di tempat kejadian akibat pendarahan serius. Sehingga kini polis masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kemalangan."

Tamat saja makluman itu, Lazaro capai remote lalu tekan suis merah di alat itu dengan muka tak percaya sebelum meletakkan alat itu ke atas meja kerjanya semula.

"Bukan ke itu ahli Lembaga pengarah akademi?"tanya Farzin dengan nada termenung sebab masih terkejut akan hal tu. "Ayah kepada Gisle?"

Mata Lazaro gerak melirik ke Farzin sebaik dengar soalan itu.

"Ya."angguk Lazaro dengan lemah. Sumpah. Dia terkejut sangat mendengar berita ini. Tak sangka dia sebab seorang dari ahli Lembaga pengarah yang suka menindas dia dan salah guna kuasa sudah tiada lagi.Itu bermakna dia takkan menerima ugutan dan ancaman dari lelaki tu. Ya Tuhan...syukurnya dia. Bagai mahu terduduk di situ sebab lututnya hilang tenaga, dia gerak hendak terjatuh.

Farzin tersentak bila nampak."Ayah!"tanpa berlengah dia terus dapatkan ayahnya dan pimpin orang tua itu ke arah sofa berdekatan. Duduk saja ayahnya di sofa, dia bercangkung dekat depan kaki tu. "Ayah tak apa-apa?"tanya dia dengan risau.

Lazaro mengangguk kepala perlahan-lahan. "Ayah okay.."katanya.

"Nak Farzin panggilkan doctor ke sini ke?"

Lazaro angkat tangan. "Tak payah. Ayah okay. Cuma ayah...rasa lega.."dia angkat kepala memandang Farzin Bersama sengih nipis di bibir. "Lelaki sadis yang selalu ugut ayah untuk rampas akademi kita...akhirnya...sudah tiada lagi.."luahnya dengan perlahan.

Kerutan di kening Farzin melurut hilang. Dia dapat rasakan sesuatu yang tak kena sedang terjadi di sini. "Jangan beritahu Farzin...ayah yang bertanggungjawab dalam hal ni?"

"Uish...ke situ pula kamu...sebenci mana sekalipun ayah pada seseorang tu, tak mungkin la ayah sanggup membunuh. Lagipun kamu sendiri dengar bukan...tiada unsur jenayah tetapi hanya kemalangan biasa"ujar Lazaro dengan bersungguh. Dia memang tak ada kena mengena dalam hal ni.

"Okay!Aku dah ready!Jom lawan!"muncul Hailey dengan tiba-tiba dari pintu masuk ke arah sofa dimana tv dan console game berada. Dia di ajak oleh Farzin untuk main game sekali lepas siap makan ubat tadi.

Kepala Farzin tersentak bila suara Hailey menyapa kesunyian bilik itu.

Perasan yang Farzin tak ada dekat situ, Hailey buat muka bingungnya lalu pandang kanan dan kiri nak cari kelibat lelaki tu, lantas ternampak orang itu sedang berlutut dekat depan kaki Lazaro yang sedang duduk di sofa. "Apahal ni?Asal dengan kau?Kenapa dengan Lazaro?"tanya dia dengan bingung.

Lazaro turut memandang ke arah Hailey.

Hailey kedipkan mata berberapa kali sewaktu lirik anak beranak itu. Kenapa dia orang pandang dia macam ni? "Sesuatu berlaku ke?Dunia nak kiamat ke?"tanya dia blur-blur.

Farzin bangun dari situ tanpa alihkan matanya dari Hailey. "Ayah kepada Gisle iaitu seorang dari Lembaga Pengarah Akademi telah terkorban dalam kemalangan beberapa jam lepas.."maklumnya.

Dah settle ke? "Siapa tu?"tanya Hailey sambil buat muka tak bersalah. Cepat jugak Kiran buat kerja ya?Dia Berjaya langgar lari kereta ayah setan tu ke? "Apa yang berlaku dekat dia?"masih lagi buat poker face.

"Terbabas sebab jalan licin."jawab Farzin yang cuba baca ekspresi di wajah Hailey.

"Oh...really...okaaay"leretnya membuat muka tak pasti. Bukan urusan dia untuk tahu. "Umm..kau nak sambung tak gamenya?"tanya Hailey sambil tunding ibu jari ke skrin tv di situ. Sekarang langkah seterusnya pulak. Iaitu Malukan perempuan tu depan semua orang. Harap-harap Si Jerkface tu tahu la buat kerja elok-elok.

29. Hell SchoolWhere stories live. Discover now