Lelaki berambut hitam sebahagian putih itu mengangkat kepalanya lalu bertentang mata dengan mereka berdua. Sepasang mata yang saling tak tumpah seperti Hailey di pandang oleh Farzin,
"Apa yang kamu buat di sini Kiran?" tanya suara dalam kedengaran tegas tapi tiada perasaan itu,
"Ada seseorang nak berjumpa dengan ayah.."jawab Kiran semasa berdiri di depan kerusi dimana ayahnya sedang duduk bersilang kaki dengan satu gelas kaca terisi dengan cecair kuning dan ais. Cerut terkepit di celah jari tangan yang sama memegang gelas tersebut.
Mata itu gerak mengerling ke Farzin yang sedang berdiri di sebelah Kiran.
"Anak kepada Lazaro bukan?"
Farzin mengepal penumbuk erat-erat. "Ya. Saya."jawabnya.
"Dan urusan apa kamu ke sini sehingga cipta kekecohan di luar kediaman saya. Saya harap ianya alasan yang memuskan hati atau kamu benar-benar dalam masalah." kata Cohen King dengan renungan dingin terarah tepat ke Farzin.
"Jangan risau...saya ke sini hanya ingin tanyakan sesuatu."kata Farzin bersama nafas naik turun nak tenangkan diri dari naik angin di situ.
Kiran pandang ke tepi muka Farzin buat seketika sebelum pandang ke ayahnya. Dia juga mahu tahu apa yang sebenarnya telah terjadi di antara ayahnya dan juga Ibu Hailey.Cohen meletakkan gelasnya ke meja kecil sebelah sofa lalu letakkan cerutnya yang berasap ke bekas abu.Lantas dia isyaratkan supaya Farzin teruskan apa saja yang anak muda di depannya mahu sampaikan.
"Saya rasa tuan kenal wanita bernama Haelina Lennox."mula Farzin.
Air muka Cohen tidak berubah. Dia hanya diam merenung Farzin.
"Saya nak tahu apa yang telah terjadi pada dia...kenapa tuan hantar dia ke rehab pemulihan sewaktu dirinya masih hamil..dan kenapa tuan tak ambil anak tu sebaik dia dilahirkan?" tanya Farzin.
"Kenapa?Kamu anak dari wanita tu ke??"tanya Cohen yang sikit tak tunjuk sebarang reaksi sebaik mendengar kata-kata Farzin. Malah air mukanya sangat tenang seakan wanita itu sikit pun tiada kaitan dengannya.
"Jawab soalan saya terlebih. Baru saya beritahu."aju Farzin.
Cohen kemudiannya ketawa. "Kamu seorang anak yang bijak. Tak macam anak yang seorang ni...suka buat hal ikut kepala sendiri tanpa berfikir." komennya sambil menjeling ke Kiran.
Kiran hanya diam mengetap gigi. Matanya di kalihkan tempat lain bukan memandang ayahnya.
"Haelina Lennox. Lama tak dengar nama tu. Apa khabar agaknya perempuan tu?Dia masih hidup? Yalah...mesti la dia masih hidup memandangkan kemampuan dia yang boleh pulih dengan sendiri tu.."ujar Cohen sambil membetulkan kot yang dipakainya.
Farzin pandang geram ke Cohen. Boleh pulak lelaki ni cakap macam tu je tanpa tunjuk sebarang emosi. Ada hati perasaan atau tidak sebenarnya orang tua ni? "Dia dah meninggal dunia 12 tahun yang lalu"beritahunya dengan nada mendatar.
Masa ini la Cohen angkat matanya lalu memandang ke Farzin. Hampir hendak tunjuk emosi tapi dia cepat-cepat ngelak. "Anaknya?"tanya dia.
"Beritahu saya...apa yang dah berlaku?"arah Farzin dengan tegas. Dia tak takut dengan Cohen. Dia tahu Cohen takkan sentuh dia, sebab kalau bukan disebabkan ayah dia, lelaki ni takkan ada tempat untuk menetap dan jalankan bisnes dalam bandar Oakwood Land ni.
Buat seketika Cohen hanya termenung. Memandang ke kakinya. Dia sebenarnya berniat hendak bunuh dirinya dengan minum wain yang sudah di campur dengan cyanide tadi. Namun dia tiba-tiba didatangi pula dengan Farzin dan Kiran di sini. Niatnya hendak bunuh diri adalah kerana dia tak sanggup lagi nak teruskan hidup dengan perasaan bersalah yang merundung hidupnya selama ini.
YOU ARE READING
29. Hell School
AçãoKatanya sekolah itu taman ilmu. Tapi kenapa? Tak murid tak gurunya Semuanya haru? Ini bukan lagi sekolah itu taman ilmu, tapi ini adalah hell school. Bila pelajarnya yang berkuasa lebih dari gurunya maka berlakunya percanggahan pemyalahgunaan kuasa...