Berita mengenai kemalangan yang menimpa Akagi tersebar tak lama kemudian di dalam akademi itu. Ramai yang mula menyebarkan spekulasi mengatakan Akagi bunuh diri sebab tak tahan nak tanggung malu atas scandal meniru dan penipuan dia dapat anugerah pelajar cemerlang. Sebab itu Akagi sanggup terjun bangunan. Tak cukup dengan hal itu, berita mengenai kematian ibu Akagi turut di kaitkan dengan salah Akagi sebab Malukan keluarga lelaki tu.
Padahal cerita sebenar hanya Gisle saja yang tahu.
Beberapa hari selepas kejadian itu, keadaan akademi kembali tenang seperti biasa. Seakan tiada apa-apa yang berlaku. Yalah kes pelajar bunuh diri ni bukannya hal besar dekat Akademi Oakwood High ni. Dah banyak kali hal sama terjadi. Jadi penghuni akademi ini sudah terbiasa. Jadi tiada apa-apa yang perlu di perbesarkan.
Lagi la kalau yang mati tu bukan orang penting atau anak orang kaya atau orang berpengaruh dalam akademi ini. Memang tak ada siapa yang peduli la. Bagaikan kematian mereka yang berasal dari keluarga biasa dan tak penting ini hanya seperti angin lalu saja buat mereka.
Seperti biasa, kelas paling bermasalah dalam akademi, iaitu kelas Hailey bertempat. .Pasti akan berlaku pergaduhan dan pertengkaran kecil di antara pelajar lelaki atau perempuan di situ. Alah hanya sebab tersandung meja sikit dah jadi hal. Itu belum lagi pakai branded yang sama pun boleh jadi isu. Dan kali ini hal terlanggar bahu saja, dari dua orang pelajar bergaduh, ianya jadi kepada lima orang pulak.
Hailey yang duduk dekat meja just minding her own business saksikan pergaduhan lima lelaki di situ. Maklumlah...nama pun darah muda, darah panas, perkara macam ni normal buat lelaki. Gaduh-gaduh manja gitu. Tapi itu la...
"Sudah la tu!Apa masalah kamu berlima ni!Kalau nak bergaduh pergi keluar sana. Meja dan kerusi kamu baru saja di ganti dua hari lepas!"laung Sir Aron dekat depan kelas kepada mereka yang saling bertumbukan dan berguling dekat lantai kelas tu.
Dalam kelas tu tak ada seorang pun yang cuba nak halang.
Mereka semua dah terbiasa, malah muak hadap semua ni.
"Tolong la...sesiapa...halang mereka"rayu Sir Aron yang dah semput nak uruskan anak-anak dalam kelasnya yang satu ni.
Hailey yang dengar kerling ke Sir Aron. Kasihan kerana lelaki yang mempunyai masalah asma itu berusaha hendak hentikan pergaduhan ini sejak 20 minit yang lepas. Niatnya nak biarkan saja mereka seksakan diri sebab dia suka tengok benda violence macam tu. Mahu tak mahu,dia pun bangun dari duduknya. Tanpa berkata apa-apa, langkahnya di atur keluar dari kelas.
Semasa dia berdiri di luar koridor, mata Hailey terarah pada alat pemadam api warna merah yang tergantung dekat dinding koridor tu. Sambil tersenyum senang, dia pun dapatkan alat pemadam itu. Dengan susah payah sebab benda itu berat dan besar dari dia.. Tong silinder merah itu kemudiannya di heretnya dengan satu tangan sampai la ke dalam kelas.
Bunyi seretan itu menarik perhatian pelajar lain yang berdiri dekat tepi. Mata mereka melirik akan Hailey sewaktu lihat gadis itu berdiri menghadap lima orang yang bergaduh di situ. Masing-masing buat muka tertanya-tanya.
Nak apakan pulak Hailey dengan alat pemadam api tu?
Seusai saja Hailey berdiri dekat situ, dia tarik kunci dari picu lalu di talakan hos hitam itu ke arah lima lelaki di situ. Nak padam api kena dengan alat pemadam api. So....amik ni!
BUSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!
Semburan serdak warna putih mengenai setiap seorang di situ sehingga bilik tersebut di penuhi dengan debu putih dan para pelajar yang lain pula dengan segera larikan diri untuk ke luar kelas sebab sesak nafas dengan debu itu.
"Arghh!!!!"
"Apa ni!"
"YAHHH!!!!!!"
Jerit lima orang pelajar lelaki yang bertumbukan tadi taktala semburan itu tidak henti-henti mengenai muka, baju, seluruh rambut dan sekeliling mereka.
Hailey tak berhenti, dia tekan je terus picu alat pemadam api itu sehingga la tong tersebut kosong dan menjadi ringan. Dekat 5 minit keadaan itu berlanjutan. Dan bila keadaan menjadi tenang dan lima lelaki di situ berhenti dari bergaduh, baru la dia lepaskan hos hitam dan tong alat pemadam api ke lantai macam tu je.
KELENTANG!
Bunyi tong jatuh ke lantai bergema dalam kelas yang sunyi itu.
"Uhuk!"batuk mereka sambil menyembur keluar debu putih dari mulut masing-masing sewaktu menghadap Hailey.
"Kau dah kenapa Hailey!!"tempik seorang dari mereka dengan muka putih melepak dan hanya nampak mata saja. Rambut, kening, hidung dah tak ada.
Hailey tersenyum puas. Heh! "Oops!Sorry!Aku ingatkan ada api tadi. itu yang aku padamkan. " acahnya seakan tidak bersalah.
"Kau dah gila ke??"marah seorang lagi.
"Aku memang dah gila...baru tahu ke?"balas Hailey lagi bersahaja.
"Memang cari pasal kau perempuan! Nak kena sangat ke!"bentak seorang lagi hingga buatkan debu pemadam api berterbangan di sekelilingnya.
Hailey mengetik lidah beberapa kali.
"Tsk! Tsk! Sudah-sudah la tu...aku tahu kau orang dah bosan untuk belajar. So apa kata...kalau dah tak sudi berada dekat sini, kau orang berhambus je dari sini. Jangan nak tunjuk lagak macam diri tu kuat sangat. Ada yang nak belajar dekat sini.."beritahu Hailey sewaktu dia tunduk membersihkan sisa debu dari lengan kot akademinya. Habis kotor lagi pakaiannya!
"Apa kau tahu pasal kita orang!Suka hati la kita orang nak masuk ke kelas atau tidak. Bukan kau sorang je yang bayar untuk masuk ke sini!"bantah seorang lagi.
Hailey tersengih meleret. Dia angkat matanya untuk pandang mereka berlima. "Iya...betul cakap kau..bukan aku sorang je yang bayar untuk masuk akademi ni .."katanya dengan perlahan. "Tapi ramai lagi yang dah bayar untuk belajar dekat sini jugak...bukan kau orang je...so behave like one of them or else get lost..kau orang tak penat ke hari-hari bergaduh?" Kalau bukan Lazaro beritahu dia tak boleh nak apa-apakan Budak dalam kelas ni, dia terpaksa la tahan diri dari tumpahkan darah dekat sini.
Mereka berlima diam memandang Hailey. Nak lawan, tapi bila dengar soalan terakhir, logik menghentak kepala otak batu milik mereka. Ya tak ya!Kenapa mereka mesti bergaduh setiap hari untuk benda yang kecil?
"Aku tahu...aku faham..perasaan marah, penat, fed up, muak yang ada dekat diri kau orang..tapi ada cara yang betul untuk salurkannya. Next time...kalau kau orang tak ada mood nak masuk kelas jangan masuk kelas...masuk bila kau orang ready nak habiskan masa dengan rakan sekelas...kalau tak jangan datang. Kesian sikit dekat pensyarah yang keluar masuk kelas kita ni hah..."beritahu Hailey lagi semasa tunduk mengutip tong silinder merah yang kosong itu dan di letakkan atas bahu dengan sebelah tangan lalu gerak berpaling untuk keluar dari kelas tu.
Pelajar lain yang sejak tadi berdiri dekat luar saksikan semua itu dengan kagum. Mereka pandang tak berkedip taktala lihat Hailey berjalan mendekati mereka lalu berhenti dekat depan Sir Aron.
Sir Aron pandang Hailey bila pelajarnya berdiri di depan dia dengan mata terbutang kaku. Kagum dan takut pada masa yang sama. "Ka-kamu nak apa?"tanya dia tergagap-gagap sendiri.
"Maaf tentang kelasnya. Sir boleh mintak mereka yang kemaskan. Kalau mereka tak nak, beritahu saya. Biar saya yang arahkan."beritahu Hailey sambil letakkan tong tu ke dada Sir Aron untuk lelaki ambil.
Dengan kalut Sir Aron pegang tong silinder itu sambil berkedip mata banyak kali sebab terkejut.
Lalu Hailey gerak pergi dari situ mahu ke tandas. Nak bershkan kotoran yang ada pada pakaian barunya. Entah nak berapa kali agaknya Lazaro ganti uniformnya ini. Dia dah lost count!
YOU ARE READING
29. Hell School
ActionKatanya sekolah itu taman ilmu. Tapi kenapa? Tak murid tak gurunya Semuanya haru? Ini bukan lagi sekolah itu taman ilmu, tapi ini adalah hell school. Bila pelajarnya yang berkuasa lebih dari gurunya maka berlakunya percanggahan pemyalahgunaan kuasa...