" Jangan cabar aku . " LORA ELYA - Seorang gadis sederhana ini telah dipertemukan dengan seorang lelaki yang mengaku sebagai abang kandungnya. " What? Abang kandung aku? CEO syarikat hartanah rumah terkenal ? Nonsense! " Bergegar bilik tidurnya dengan jeritan nyaringnya. Mana mungkin ? Dia telah lama kehilangan ibubapanya sejak kecil. Malah kakaknya tidak pernah bercerita apa - apa. ASH DA'EZEL - Lelaki itu ada segalanya. Kecuali adik perempuannya yang telah lama hilang gara - gara kecuaiannya sendiri. Dia percaya, Lora ialah adik kandungnya yang telah hilang 11 tahun yang lalu. " Tak! Awak silap orang! Saya Lora! Saya tak pernah ada abang! " Perkataan 'Tak' bukan satu jawapan. Ash sendiri tidak suka mendengarnya. Apa yang dia mahu, dia pasti dapat. Tiada siapa yang boleh menolaknya, tiada siapa yang boleh menghalangnya. Kerana dia ialah ASH. " Mana je kau nak lari? KL ni kecik. Kau lupa? Separuh dunia ni ada dalam tangan aku, bodoh. " ••• Possessive | pos·ses·sive | \pə-ˈze-siv : Having or showing a desire to control or dominate. ••• Cerita ini mengandungi :- • Protagonis yang lupakan kulit • Hero yang possessive dan sinis • Strong female lead • Sedikit penggunaan aplikasi Tik Tok, Wechat dan seangkatan dengannya • Watak bersegi - segi • Sedikit psikologi • Status darjat • Gejala sosial dan maksiat berleluasa • Makanan yang dijamin halal toyyiban • Kebodohan yang tak dapat disembunyikan • Pembulian yang klise bagi masyarakat tapi besar impaknya kepada bangsa, tanah air, negara dan sudah tentu, mangsa. Camnilah, teringin nak hidup cam puteri kayangan? Teringin nak pegi concert idola? Benci tik tok ? Menyampah ngan budak gedik? Benci crush? Eh? Gurau.. Gurau.. :V