"Jangan turun sebelum kau sampai ke destinasi! " Hassan seorang anggota polis yang amat berdedikasi. Pada suatu hari dia terjebak dalam satu kes yang luar biasa. Kes tiga perompak yang melarikan wang tebusan dengan kereta api menjadi rumit apabila ketiga-tiganya hilang tanpa dikesan di Stesen Keretapi Lama secara tiba-tiba. Apakah yang terjadi kepada mereka? Adakah ada yang terkorban akibat kemarahan roh tidak tenteram yang mengganggu tiga perompak itu?