Awliya Zahra - Cinta? Dia bukan tidak mempercayakan cinta tetapi tidak yakin untuk mencintai dan dicintai. Dan, oleh kerana itulah dia sendiri hingga kini. Masa dihabiskan dengan hanya kerja, kerja dan kerja. Dia lebih gemar menghabiskan masa di sebuah kedai roti miliknya berbanding bercinta yang baginya hanya membuang masa. Sehinggalah... "Are you looking for me?" - Aniq Zahrain Dang! Tiba-tiba, Awliya merasakan dirinya jatuh ke dalam perangkap sendiri. Kata-katanya dahulu ibarat memakan diri sendiri. Dia jatuh cinta juga dengan lelaki pemilik senyuman terindah, Aniq Zahrain. Bagai Knight In Shining Armour, Aniq selalu ada tika Awliya memerlukannya. Saat terik, saat hujan Aniqlah yang menjadi payung. Hingga salah seorang mengambil keputusan untuk mengikat janji. Merealisasikan segala mimpi pada bulan Januari itu. "Let's get married!" "Chincha?" Namun, dia sangka panas hingga ke petang... Rupanya, hujan di tengah hari. Saat segalanya terbongkar, bagi Awliya dia sudah terlewat bagi membetulkan segalanya. Tiada harapan lagi. Tiada peluang lagi melihat senyuman si Aniq kini saat segalanya direntap Ilahi. Begitukah kesudahan kisah mereka? Apa sebenarnya yang ada pada januari? Atau, segalanya hanyalah senda mimpi? haniswrite ©
5 parts