The truth of the couple is very important in a relationship because of the loss of trust. As well as the loss of loyalty. NIK DARWISY HAIDER - seorang lelaki berketurunan hartawan dan memiliki sepasang mata berwarna emerald. Angkuh orangnya kerana selama ini dia seorang yang baik namun terdapat satu peristiwa mengapa dia menjadi seorang yang sangat sombong dan mementingkan kedudukannya agar darjatnya tidak jatuh. NUR AYLA AWLIYA - gadis kampung biasa yang bekerja di Kuala Lumpur bagi menampung keluarganya di kampung. Dididik oleh seorang ayah yang tegas namun diselitkan sifat manja kepadanya. Tidak percaya akan cinta lelaki kerana ayahnya mengajarkan ajaran Islam agar tidak bercinta sebelum berkahwin. Pertemuan tanpa dirancang itu menyebabkan lelaki itu mahu mengenali si gadis yang ayu itu. "Kau dari mana ni? Kenapa pakaian kau macam orang miskin?" - Nik Darwisy Haider "Saya dari kampung. Baju kurung ni, ibu saya yang jahitkan. Janganlah hina pakaian saya." - Nur Ayla Awliya "Masalahnya sekarang ni kau nampak macam orang miskin. Owner kedai mana lah yang sanggup ambil kau bekerja ni." - Nik Darwisy Haider Penghinaan terhadap penampilan gadis itu tidak langsung membuatkan gadis itu mahu mendendaminya. "You ni kalau I jadikan pelacur Gred A, mesti ramai customer yang datang. Lagi-lagi VVIP yang terkenal." - Hana Salsabila "Saya tak jual maruah macam awak. Dalam diri saya masih ada lagi iman walaupun iman saya turun naik." - Nur Ayla Awliya Suatu hari berlakunya peristiwa hitam pada lelaki itu namun yang menjadi mangsanya adalah gadis itu. Diikat dalam perkahwinan yang dipaksa oleh pihak lelaki. Di manakah kebahagiaan yang dicari oleh gadis itu setelah dia telah menjadi isteri kepada lelaki itu? Apakah yang dimaksudkan dengan UKIRAN INI MELAMBANGKAN TULUSNYA CINTAKU? START : 16 MAC 2022 END : 🔞 Tiada paksaan untuk membaca dan terdapat penggunaan kata-kata kesat.