Seperti yang kita tahu, di Hogwarts terdapat empat buah rumah yang mewakili setiap ciri pelajar mereka. Iaitu, Gryffindor, Hufflepuff, Ravenclaw dan Slytherin. Terdapat banyak misteri dan perkara ajaib yang berlaku di sekolah itu. Tetapi, di antara perkara tersebut, terdapat satu misteri yang berkaitan dengan empat pengasas Hogwarts yang hampir semua orang tahu. Secara kebetulan, misteri itu, telah meletakkan tiga belas jejaka perlu bekerjasama dan mendedahkan kebenaran tentang misteri itu. Adakah tiga belas jejaka berjaya membongkar misteri tersebut? Ataupun ia hanya mitos semata-mata?