Mengisahkan Ayla Aressa tentang seorang gadis cantik yang didera oleh ayahnya sejak kecil. Kerana trauma yang dialaminya. Ayla telah berubah menjadi sosok yang dingin dan sukar untuk memahami perasaan manusia secara emosional. Dia suka melihat sesuatu yang terseksa. Psikologist mendiagnosikan Ayla mempunyai Antisocial Personality Disorder(ASPD) atau lebih umumnya dikenali sebagai psikopat. Ayla telah kehilangan ibunya dari kecil. Dan tinggal di tingkat bawah tanah dan dikurung oleh ayahnya. Dia bertemu pula dengan seorang chef berbakat, Ethan Kim dari Korea. Chef Ethan pula telah kehilangan abang kesayangannya Eric sejak dia kecil atas insiden-insiden tertentu. Keluarganya mementingkan nama baik dan status yang bagus. Tuan Amran dan Tuan Rudy merupakan ayah Ethan dan Ayla. Mereka ingin menikahkan mereka demi hubungan baik mereka. Dan kahwinlah mereka akhirnya. Hadir seorang budak kecil bernama Luqman atau dikenali sebagai Lulu. Menceriakan hidup mereka sekeluarga dan dijadikan anak angkat keluarga. Lulu merupakan budak genius yang sangat comel dan aktif. Hidup rumah tangga mereka mulai diuji dengan kedatangan Adam dan Hanna. Siapakah Adam? Siapakah Hanna? Apa yang berlaku pada kisah mereka sekeluarga? Mari ketahui kisah mereka dalam Bon Appetit,Cinta.