Pertemuan kembali antara Karl dan Manis selepas 12 tahun terpisah. Kisah cinta lama kembali terukir. Namun, penderitaan yang di lalui Manis sepanjang 12 tahun itu menjadi penghalang untuk mereka menyemai kasih kembali. Manis lebih selesa menjalin hubungan persahabatan seperti sebelum ini. Demi rasa cintanya pada Manis, Karl sanggup mengabaikan perasaannya. Dia membantu Manis kembali bangkit dalam membina hidup demi kelansungan kehidupan Manis dan anaknya Maira dan Sophia. Haikarl ada bersama Manis saat suka dan duka. Sama-sama membantu Manis memulakan kehidupan barunya. Namun, gangguan dari Ikhmal bekas suami Manis membuatkan hidup Manis makin tertekan. Tak cukup dengan paksaan, Ikhmal menghasut anak mereka agar membenci Manis. Ini kerana Ikhmal tahu kelemahan Manis adalah anak-anaknya. Tekanan dari Ikhmal buat Manis berbelah bahagi mahu membuat keputusan sama ada menerima Ikhmal kembali demi kepentingan dan kebahagiaan anak-anak atau meneruskan kehidupan sendiri. Adakah Haikarl akan bertindak dan berusaha untuk mendapatkan Manis? Andai Haikarl mencuba adakah dia berjaya mendapatkan sekeping hati Si Manis pujaannya? Semuanya akan terjawab di dalam karya Karl Untuk Manis. "Kutemui cinta selepas derita"