Tiga belas sahabat baik tidak pernah sesekali menjangkakan bahawa mereka akan menjadi superhero ketika mereka semua sedang berkhemah di dalam kawasan hutan. Sebuah meteorit yang jatuh dari angkasa, membuatkan mereka semua dikurniakan sebuah jam tangan untuk membenarkan mereka menjadi seorang superhero. Namun, pihak lawan akan menanti mereka untuk menghancurkan keamanan dunia. Mampukah mereka semua menjadi satu kumpulan yang akan melindungi keaamanan dunia?