"Asal minah tu selalu pakai rantai tu eh? Buruk plus takde rupa" "Kan! Orang zaman sekarang takdenye pakai rantai macam tu. Tak pandai berfesyen langsung" Setiap hari , ada sahaja cerita mengenai rantai yang dipakai oleh dirinya. Mereka tidak tahu disebalik rantai tersebut , ia mempunyai cerita yang sedih. Sayang Hanania -gadis yang baru berusia 20 tahun. Dia masih melanjutkan pelajarannya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak kerana ingin menjadi seorang cikgu tadika. Rantai yang sering dipakainya itu merupakan rantai milik arwah tunangnya. Semenjak kematian tunangnya , hidup Hanania berubah 180 darjah. Dia menjadi seorang yang pendiam dan jarang tersenyum sehingga suatu saat... "Hi~ nama aku Tengku Ezwan. Selamat berkenalan" "Izwan?... Izwan , kau ke tu?" Bagai pelanduk dua serupa , disangkakan dia bermimpi namun nyata... Arwah tunangnya memiliki kembar. Sejak kehadiran Tengku Ezwan dalam hidupnya , dia mula berubah menjadi Hanania yang dulu. "Abang... Ezwan pegang kata-kata abang. Ezwan akan jaga dia..." - 💯 Original idea from myself - ⚠️ Tak tahu ada bawang ke tak , jadi sediakan tisu jika boleh - ⚠️ Penulisan yang berterabur jadi mohon dipertimbangkan - ⚠️ Dilarang untuk menciplakkan hasil karya saya