"In all the world, there is no heart for me like yours. In all the world, there is no love for you like mine." Pertemuan Dareena dengan Adryan di Toronto bukanlah satu pertemuan yang indah. Semuanya bermula kerana satu insiden salah faham. Dareena fikir, itu merupakan pertemuan pertama dan terakhir dia dengan lelaki kacukan Arab itu. Ternyata, pertemuan itu merupakan satu permulaan untuk Dareena lebih 'mengenali' lelaki biadap itu. "Eh itik, kau ni apa hal eh? Tak reti nak dengar cakap aku ke?" - Adryan "Kau siapa nak suruh aku buat macam-macam?" -Dareena Bergaduh dan bertikam lidah sudah menjadi satu kebiasaan setiap kali mereka bertemu. Namun semakin lama, Adryan sudah mula menunjukkan tanda-tanda dia mempunyai sesuatu terhadap si gadis selamba itu namun sedaya upaya dinafikan. "Mana kau tahu aku suka bunga tulip?" - Dareena "Aku kan prince charming kau? Mestilah aku tahu," - Adryan Bahagia mula terlakar, benci perlahan-lahan menjadi rindu. Namun ternyata, bahagia mereka tidak lama. Fitnah menimpa Dareena, telah menguburkan kepercayaan seorang Adryan Maleeque. Hubungan mereka mula goyah. "Don't play victim, Bunga Dareena Laura. Kalau dari awal kau tak pernah ikhlas in relay dengan aku, kenapa tak jujur aje?" - Adryan "Pertemuan kita ni adalah satu kesilapan bagi kau ke, Adryan?" - Dareena Adakah akan ada peluang untuk mereka berdua mengecapi bahagia semula? Siapa sebenarnya Dareena dalam hati Adryan?