Diberi peluang untuk menunaikan umrah, Masytah bersungguh-sungguh melakukan ibadah di Masjidilharam. Dia mencari damai disana, kerana kusutnya kehidupan yang sering diomok-omokkan sebagai pembawa sial sedari kecil dan hal itu membuatkan Masytah sentiasa dipinggirkan dan kekurangan kasih sayang daripada keluarga. Bertemu dengan Haq Riyaz semasa di tanah suci yang tiba-tiba meluahkan hasrat hati. "Sebenarnya saya berdoa untuk ditemukan jodoh." "Tapi awak. Saya tak berdoa untuk ditemukan jodoh. Mungkin awak salah orang. Mungkin jodoh awak orang sebelah saya kot, tak pun orang belakang saya. Atau mungkin kebetulan saja awak terpandang saya." Masytah tidak mampu untuk terima lamaran lalaki asing itu. Dia hanya mampu mengukir janji. Namun, walau disangkal dengan hati tapi rupanya hati telah diisi dengan lelaki itu tanpa disedari. Tanpa pengetahuannya,keluarga di kampung menerima pinangan daripada keluarga Haris. Masytah terikat antara janji dan maruah keluarga. Namun dia yang sentiasa menurut kata ayahnya, terpaksa bertunang dengan lelaki itu. Meskipun lelaki itu dibenci semasa di bangku sekolah. Dia hanya mampu berserah pada takdir. Ikatan pertunangan walau tanpa cinta tetap diberikan kesetiaan. Tapi rupanya dicurangi. Dia memutuskan pertunangan walaupun ayah bersungguh tetap mahu dia berkahwin dengan Haris meskipun menjadi isteri yang kedua. Hati yang kecewa diubati dengan penemuan tanpa diduga. "Assalamualaikum. Saya nak menuntut janji." "Walaikumsalam. Saya ingat doktor tak kenal saya." Janji dituntut. Mereka saling berusaha agar hubungan ini mencapai sebuah kebahagian. Namun jalan penyatuan tidak mudah bagi mereka. Pelbagai dugaan yang mereka hadapi untuk menghalalkan hubungan. "Awak tak mencintai saya dengan tulus. Cinta hanya mainan di bibir awak." Dapatkah mereka mengatasi halangan demi halangan untuk mencapai harapan. Adakah harapan mereka seiring dengan takdir?