Pada mulanya niat Qausar pulang ke kampung hanya mahu menenangkan fikiran tapi lain pula yang berlaku bila mana dia dengan sengaja menempah bala melanggar anak dara Imam Al Khawarizmi, pemilik Sekolah Pondok Jannah Al Firdaus. "Boleh tak you bawa motor jangan macam siput?! I nak cepat ni!" -𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐄𝐢𝐬𝐚 𝐐𝐚𝐮𝐬𝐚𝐫 "Kalau nak cepat sangat pergilah bawa jet bukan kereta!" -𝐊𝐚𝐲𝐲𝐢𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐧𝐚𝐧𝐢 Akibat dari kejadian tersebut, Kayyisa mahu Qausar tanggung kos kerosakan motorsikal walidnya. Namun, apa yang dia harapkan luar dari jangkaan. "Abang nak masuk meminang. Anggap aje lah abang bertanggungjawab." -𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐄𝐢𝐬𝐚 𝐐𝐚𝐮𝐬𝐚𝐫 Duit ganti rugi tak ada, pinangan pula yang sampai! Lebih mengejutkan Kayyisa, Qausar bukan orang biasa-biasa! Berpangkat Dato' dan Presiden kepada syarikat kapal percutian mewah. "Di sini ada penunggu hutan. Cubalah Dato' seru dia. Seru minta semangat." -𝐊𝐚𝐲𝐲𝐢𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐧𝐚𝐧𝐢 "Eh, ya ke? Siapa penunggu tu?" -𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐄𝐢𝐬𝐚 𝐐𝐚𝐮𝐬𝐚𝐫 "Tumbiruo..." -𝐊𝐚𝐲𝐲𝐢𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐧𝐚𝐧𝐢 Bermacam cara Qausar lakukan untuk memikat hati si dara hingga sanggup meninggalkan kehidupan mewah di kota. Berlainan pula dengan Kayyisa yang tidak berhenti dari terus menimbulkan onar supaya perkahwinan mereka dibatalkan. "Dato' buat sidang media, cakap yang bakal isteri Dato' lari ke sempadan Thailand." -𝐊𝐚𝐲𝐲𝐢𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐧𝐚𝐧𝐢 "Amboi! Habis itu muka abang nak letak mana? Celah batang pisang?" -𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐄𝐢𝐬𝐚 𝐐𝐚𝐮𝐬𝐚𝐫 Tak kira umur, pangkat atau harta. Orang kata kalau dah jodoh pasti tak ke mana. Mula asing kini dekat terikat. Suami kucing, isteri singa. Suami drama king, isteri troublemaker.