Farhana Erlyna, wanita yang tiada tandingannya; cantik, berani, dan tidak gentar menolak sesiapa yang cuba mengawalnya. Thaqif Alvarez pula jatuh hati tanpa sedar, terpikat oleh karisma dan keberanian Farhana. Namun, di sebalik senyuman Farhana, tersembunyi seorang yang sukar dicintai, sukar dimiliki. Hubungan mereka bagaikan permainan yang hanya Farhana tahu cara memenanginya, meninggalkan Thaqif terjerat dalam ilusi cinta yang memusnahkannya sedikit demi sedikit. "Kau lelaki paling tak guna dalam hidup aku!" -Farhana Erlyna "I can't believe every sacrifice I made for you was all for this." - Thaqif Alvarez Dalam kisah cinta yang penuh dengan amarah dan pengkhianatan, Thaqif belajar dengan cara yang paling pahit bahawa mencintai Farhana adalah seperti berlari ke dalam kebinasaan; semakin jauh dia pergi, semakin dia tenggelam dalam kekecewaan yang tiada penghujungnya. "Aku tak pernah minta kau berkorban, Thaqif. Kau yang pilih jalan ni." -Francesca Elara "Aku pilih jalan ni sebab aku sayang kau, Hana! Salah ke seorang suami menyayangi isterinya sendiri?" -Thaqif Alvarez Siapakah Francesca Elara? Kemana Farhana Erlyna? Semua tersimpan misteri dan keluarga BloodRose Dynasty akan meneruskan misi mereka di Moscow. Mission: SOMBRA, began.