BAB 1

406 17 0
                                    

"Papa! Dea pukul Hana!" Adu Hana sambil menangis, cuba meraih simpati.

Ridzuwan menapak ke arah Farhana yang masih berdiri dengan wajah masam. “Hana, jangan sekali-kali kau sangka aku boleh terpedaya dengan apa yang kau cakap. Aku kenal kau, dan aku tahu apa yang berlaku sebenarnya.”

“Papa! Dea yang mula-mula tarik rambut Hana! Dia yang pukul Hana!” Farhana terus membela diri, rasa marah dalam hati masih menyala.

“Cukup, Hana! Jangan mula buat drama. Sekarang, kenapa kau tak nak dengar cakap Papa? Ini bukan tentang siapa yang betul atau salah.” Ridzuwan berusaha bertenang, walaupun dalam hati dia rasa geram.

Tiba-tiba, Fiona masuk ke dalam bilik. “Kenapa ni? Hana, kenapa jadi macam ni, Hana..?”

“Eh, perempuan. Diam boleh tak? Bingit lah dengar kau punya suara ni,” Farhana membalas dengan nada sinis, rasa tak puas hati makin memuncak.

“Farhana Erlyna, that’s not how you talk to your mother,” Ridzuwan menjawab tegas.

“Huh! Kau pun sama lah, tua! Kenapa dari dulu kau dua ni tak mati je eh? Acah je jadi parents aku.” Farhana meluahkan rasa marah tanpa segan.

“Adik! Kenapa cakap dengan Papa dan Mama macam tu? Tak baik lah!” Radea menegur, wajahnya penuh dengan rasa kecewa.

If parents like them, they might as well just die!” Farhana menambah, masih tak mahu mengalah.

Ridzuwan terasa hatinya tercabar. “Hana, kau berubah sebab lelaki, hana berubah sebab lelaki! Kau sedar tak?! Mana anak aku yang dulu? Mana Farhana Erlyna yang aku besarkan dari kecil? Mana anak aku yang sayang sangat dekat aku?!”

Farhana menjawab dengan nada dingin, “If you’re still holding on to the old version of me, just throw it out of your mind. It’s expired, I’m completely a different person now.” Wajahnya berani, tak mahu mengalah.

“Berubah bukan alasan untuk kau kurang ajar! Kau tahu apa yang kau buat ni akan menjejaskan hubungan kita?!” Ridzuwan terasa sakit hati, tapi dia tahu perlu tenang untuk menghadapi anak-anaknya.

"Eh diamlah! Kau nak acah alim lah kiranya ni?"

"It's better than acah kafir, to be honest," Ridzuwan menjawab dengan nada mencabar.

"Habis? Terpaling alim lah tu," Balas Farhana, jelas tersinggung.

"Telling you something you shouldn't do is like telling Dajjal he isn't the god," Balas Ridzuwan, sinis.

“Hana, listen to Papa. Dia hanya nak yang terbaik untuk kau,” Radea cuba campur tangan, berharap dapat meredakan keadaan.

Best for me? You think this is best? I don’t need you guys controlling my life! I just want to be happy!” Farhana balas, suara dia makin meninggi.

“Bukan semua kebahagiaan datang dari buat keputusan bodoh! Kau masih muda, Hana! Kita ada keluarga yang sayangkan kita,” Fiona berkata, cuba menyeimbangkan keadaan.

Family? What family? You’re just a bunch of hypocrites who think they know what’s best for me! I want my freedom!” Farhana tak mahu mendengar lagi.

Ridzuwan menatap Farhana dengan penuh harapan, “Hana, kalau kau tak dengar nasihat aku, satu hari nanti kau akan menyesal. Percayalah.”

“Menyesal? For what? For living my life? I won’t let you dictate my choices anymore!” Farhana berpaling dan terus berjalan keluar dari bilik, tinggalkan mereka bertiga dalam keadaan terkejut.

"Apa yang dah jadi dengan Hana, abang? Tiba-tiba jadi... degil macam tu." Fiona memandang Ridzuwan dengan wajah sedih, hatinya terasa mendengar kata-kata Farhana.

Ridzuwan menggelengkan kepala, masih terkejut dengan apa yang baru saja terjadi. "Entahlah, sayang. Dia bukan lagi anak yang abang kenal. Sekarang ni, abang rasa macam dia semakin jauh dari kita."

Fiona mengeluh, “Rasa macam kita hilang kawalan terhadap dia. Saya tak tahu nak buat apa lagi. Dia tak nak dengar nasihat kita.”

“Setiap kali kita cuba bercakap, dia lebih suka lari. Dia berkeras dengan pendirian dia,” Ridzuwan berkata sambil mengusap wajahnya, wajahnya menunjukkan rasa letih. “Abang tak nak terus berkonflik. Tapi, abang juga tak boleh biarkan dia terus dengan Emiir. Dia tak tahu siapa Emiir sebenarnya.”

Maybe we need to find a different approach. Dengar pandangan dia, dan kemudian cakap tentang kebimbangan kita dengan cara yang lebih lembut,” Fiona mencadangkan.

“Tapi, kadang-kadang lembut tu bukan cara yang berkesan. Sayang pun tahu dia tu keras kepala. Dia ingat dia boleh buat apa saja yang dia mahu tanpa memikirkan akibatnya,” Ridzuwan menjawab, suaranya jelas menunjukkan rasa marah.

Radea yang mendengar dari jauh menghampiri, wajahnya sedikit cemas. “Mama, mungkin Hana perlukan sedikit ruang untuk berfikir. Kalau kita terus mengejarnya, dia akan makin melawan.”

Fiona mengangguk, “Betul tu, Radea. Kita perlu tunjukkan yang kita ada untuk dia tanpa mendesak. Dia mungkin perlu tahu yang kita percaya dia boleh buat pilihan yang baik.”

“Jadi apa yang kau cadangkan?” Ridzuwan bertanya, memandang mereka berdua.

“Biar Hana tahu yang kita akan sentiasa ada untuk dia. Kita boleh berikan dia sedikit kebebasan, tapi dengan syarat. Kena ada peraturan yang jelas,” Radea menyarankan. “Dan mungkin kita boleh cakap dengan Emir. Kita perlu pastikan dia lelaki yang baik.”

“Ya, dan kita perlu pastikan Hana tahu dia tak bersendirian. Dia masih ada kita,” Fiona menambah.

“Baiklah, abang setuju untuk beri dia sedikit ruang, tapi abang akan pantau pergerakan dia. Abang takkan benarkan dia berhubung dengan Emiir tanpa pengetahuan kita,” Ridzuwan berkata tegas, suara dia bergetar dengan kemarahan.

Radea mengangguk, “Kita boleh cuba. Tapi jangan terlalu keras dengan dia. Dia masih anak kita.”

Yeah, we’ll give her some space, but we also need to make it clear that there are boundaries,” Fiona setuju, melihat ke arah Ridzuwan dengan harapan.

Ketika mereka berbincang, Farhana sedang duduk di luar rumah, menahan rasa marah dan sedih. Dia merasakan dirinya terpinggir. “Kenapa semua orang tak faham aku?” bisik hatinya. Dia mengeluarkan telefon dan melihat gambar Emiir, hatinya berasa sedikit tenang.

“Satu-satunya orang yang faham aku hanyalah Emiir,” dia berfikir. Walaupun dia tahu hubungan itu penuh risiko, perasaan cintanya terhadap Emir mengatasi semua keraguan.

Dalam pada itu, Ridzuwan, Fiona, dan Radea sedang berusaha memikirkan cara terbaik untuk mendekati Farhana dan mendapatkan semula kepercayaan dia. Ridzuwan merasakan beban di bahunya semakin berat. “Mungkin kami perlu berbincang dengan Emir. Itu mungkin langkah terbaik untuk memahami siapa dia sebenarnya.”

“Ya, kita mesti dapatkan kebenaran daripada Emiir. Dea rasa itu langkah yang bijak,” Radea setuju.

Fiona mencadangkan, “Mungkin kita boleh aturkan satu pertemuan tanpa Hana. Kita perlu tahu niat sebenar Emir sebelum kita ambil langkah seterusnya.”

Ridzuwan mengangguk. “Baiklah, abang akan uruskan. Hana mungkin benci abang selepas ini, tapi abang takkan biarkan dia buat keputusan yang salah.”

MISSION: SOMBRA ✔️Where stories live. Discover now