BAB 26

282 13 0
                                    

Keesokan harinya, Thaqif bersiap untuk pergi ke kerja di pejabat.

"Abang nak pergi mana?" Hana bertanya, sambil menyaksikan Thaqif mengikat tali kasutnya.

"Kerja," jawab Thaqif ringkas.

"Makan?" Hana memandangnya dengan penuh harapan.

Thaqif hanya menggelengkan kepala, tidak mahu berlama-lama di situ.

"Tak lapar ke?" Hana menambah, jelas tidak berpuas hati dengan jawapan itu.

"I'm not hungry, sayang. Leave please," Thaqif berkata dengan nada yang lebih tegas.

"Abang dah kenapa? Saya cakap elok-elok kan?" Hana membalas, berusaha untuk memahami perubahan sikap Thaqif.

Thaqif menghembus nafas dalam-dalam, sebelum merangkul pinggang Hana, menariknya dekat. "I'm sorry, sayang. Bad mood today," ujarnya sambil mengucup dahi Hana.

"Abang marah Hana lagi ke pasal semalam?" Hana bertanya dengan nada bimbang.

"Let the past be in the past. I love you, sayang," balas Thaqif dengan lembut sebelum melangkah pergi, meninggalkan Hana dalam keadaan keliru.

Hana menghela nafas panjang, berusaha mencerna kata-kata Thaqif. Dia tahu bahawa apa yang berlaku semalam masih menghantui fikiran lelaki itu. Dalam hati, dia berharap agar semuanya dapat kembali normal dan dia dapat membuktikan bahawa dia masih menyayangi Thaqif, walaupun di sebalik semua kesakitan dan ketegangan.

Dia mengambil langkah ke arah cermin, menyentuh wajahnya yang nampak sugul. "Apa yang aku perlu lakukan untuk membuat dia percaya lagi?" bisiknya pada diri sendiri.

--

Kereta Hilux dari belakang menepuh kereta Audi milik Thaqif, menyebabkan dia tersepit antara ruang kenderaan tersebut. Thaqif merasakan kepanikan menyelubungi dirinya ketika dia berusaha untuk mengawal keadaan.

Di sisi lain, Irfan menerima panggilan dari pihak hospital yang membuatkan hatinya berdebar.

"Hana, hana! Thaqif accident!" Irfan berseru, suaranya penuh kebimbangan.

"So what?" Hana menjawab tanpa rasa peduli, gamaknya. Dia masih kelihatan tidak berubah, seolah-olah berita itu tidak memberi kesan kepadanya.

Irfan terdiam seketika, tidak percaya dengan reaksi Hana. "Hana, kau tak faham ke? Thaqif dalam bahaya! Dia mungkin memerlukan bantuan!"

Hana hanya mencebik. "Itu semua kesalahan dia. Dia yang cari pasal dengan aku. Biarlah dia."

Irfan menggigit bibirnya, berasa marah dan kecewa. "Kau langsung tak peduli? Dia suami kau! Dia selalu ada untuk kau, Hana!"

Hana hanya memandang Irfan dengan mata yang kosong. "Suami? Dia mungkin suami, tapi dia juga musuh. Ingat, dia tikam aku di belakang dulu."

Irfan menggelengkan kepala, tidak dapat membayangkan betapa kerasnya hati Hana. "Hana, ini bukan masa untuk membalas dendam. Jika sesuatu berlaku padanya, kau akan menyesal."

"Tak ada yang perlu disesalkan," Hana menjawab, suaranya semakin dingin.

Irfan merasakan bebanan di dadanya semakin berat. "Kau nak tunggu apa? Kita patut pergi hospital sekarang!"

"Tak ada apa yang boleh buat aku berubah. Dia yang terperangkap dalam masalah, bukan aku," Hana membalas sambil menatap ke luar tingkap, tidak menunjukkan sebarang emosi.

Irfan merasakan kemarahan dan kekecewaan bercampur aduk. "Kau memang tak berperasaan, Hana. Aku harap satu hari nanti kau sedar betapa pentingnya kawan dan hubungan yang kita bina."

Namun, Hana tidak memberi sebarang reaksi, hanya membiarkan Irfan meluahkan perasaannya. Dalam hatinya, dia tahu ada sesuatu yang lebih dalam di antara mereka, tetapi kebencian yang ditanam selama ini menghalang segalanya.

Sementara itu, Thaqif dalam keadaan kritikal di hospital, tanpa mengetahui bahawa orang yang sepatutnya peduli kepadanya sedang bergelut dengan perasaannya sendiri.

--

Irfan, Radea, Thea, dan Elvina berkumpul di luar bilik Thaqif, wajah masing-masing penuh dengan kerisauan. Mereka baru sahaja mendapat berita yang menyedihkan daripada doktor mengenai keadaan Thaqif.

"7 bulan?" tanya Thea, suaranya bergetar.

"Ya, itu pun kalau nyawa encik Thaqif masih panjang," jawab doktor dengan nada serius.

"Doktor, janganlah cakap macam tu," Elvina merayu, air mata sudah hampir menitis.

"Saya tak main-main. Encik Thaqif juga menghidap penyakit bipolar dan anxiety," jelas doktor, menekankan keparahan situasi.

"Dia tak pernah bagitahu pun?" Radea menggeleng, terkejut dengan pengakuan itu.

"Ya, itulah yang paling menyedihkan. Dia mungkin tak mahu membebankan kita," Irfan bersuara, mencuba untuk memahami sikap Thaqif yang selama ini kelihatan kuat.

Elvina melangkah sedikit ke depan, "Tapi kita boleh bantu dia, kan?"

Irfan mengangguk, "Of course. Kita takkan biarkan dia berjuang sorang-sorang. Dia kawan kita, dan kawan sepatutnya ada untuk satu sama lain."

"Kalau kita semua bersatu, pasti dia akan rasa lebih kuat, tapi tulah, Hana masih degil." tambah Radea, menyalakan harapan dalam hati mereka.

"Jadi, apa kita nak buat sekarang?" Elvina bertanya, mencari arah.

"Kita tunggu dia bangun. Kita akan jaga dia sampai dia pulih," jawab Irfan tegas.

Mereka semua saling memandang, harapan masih ada dalam pandangan mereka. Walaupun masa depan Thaqif kelihatan kelam, mereka bertekad untuk bersama dalam perjalanan sukar ini.

"Dan kita juga perlu cari tahu tentang Emiir. Dia masih menjadi pengaruh dalam hidup Hana," Radea mengingatkan, menyedari betapa pentingnya untuk melindungi Farhana daripada segala ancaman.

"Ya, Kita tak boleh biarkan dia mendekati Hana tanpa pengawasan," Thea setuju.

Dengan semangat baru, mereka semua bersiap sedia untuk menghadapi cabaran seterusnya, bersatu demi sahabat yang mereka cintai.

--

Tiga bulan berlalu, Hana kembali dengan berita buruk sementara Thaqif masih dalam koma.

"Aku kahwin dengan Emiir," Hana mengumumkan dengan nada dingin.

"Kau keluar dari bilik ni! Thaqif buat semua benda untuk kau, ni cara kau balas dia?" Thea marah, suaranya bergetar dengan emosi.

"Aku tak perlukan simpati kau, Thea. Aku buat keputusan untuk diri aku sendiri," Hana menjawab sambil melangkah ke arah pintu.

"Keputusan apa? Menjijikkan, atau lebih tepat lagi, pengecut! Kau ingat dengan berkahwin, semua ini akan berakhir?" Thea menegaskan, tidak berputus asa.

"Aku takkan biarkan hidup aku terbelenggu oleh Thaqif yang terbaring di atas katil ini," jawab Hana dengan sinis.

"Dia mungkin koma, tapi hatinya masih berdegup untuk kau! Kau tak faham apa yang dia korbankan!" Thea berteriak, menahan air mata.

"Aku tahu semua itu! Tapi hidup aku tidak boleh berhenti hanya kerana dia terbaring di sini. Dia bukan lagi pilihan aku!" Hana menjawab dengan tegas, meskipun suaranya mulai bergetar.

Thea menggelengkan kepala, kecewa. "Jadi kau sanggup tinggalkan segala-galanya, termasuk Thaqif, demi Emiir? Bagaimana kau boleh hidup dengan diri sendiri?"

"Aku tak peduli! Tiada siapa yang faham apa yang aku lalui," Hana menjawab sambil keluar dari bilik, meninggalkan Thea dalam kekeliruan dan kesedihan.

Kembali di bilik, Thaqif terbaring diam, tanpa tahu tentang keputusan Hana. Di dalam hati Thea, dia berdoa agar Thaqif bangkit dan mendengar semua ini, supaya Hana sedar kesilapannya sebelum terlambat.

MISSION: SOMBRA | CWhere stories live. Discover now