EPILOG

539 20 1
                                    

Kehidupan di BloodRose Dynasty kini berbeza. Dua tahun selepas insiden di Moscow yang hampir meragut nyawa Thaqif, mereka kini hidup dalam kebahagiaan yang sederhana tetapi penuh makna. Suasana mansion yang sebelum ini dipenuhi ketegangan kini dihiasi gelak tawa dua orang anak mereka, Thafierah Amanda dan Thariq Aiman.

Hana berdiri di dapur, sambil menyiapkan sarapan. Dia tersenyum memandang dua orang anaknya yang sedang bermain di ruang tamu, Thafierah yang berusia tiga tahun dan Thariq yang baru berusia setahun. "Mama!" jerit Thafierah, lari ke arah Hana dengan senyuman ceria.

"Ya, sayang?" Hana membalas, merendahkan diri untuk memeluk anaknya.

"Thariq asyik menangis je!" Thafierah menjawab, kepalanya bergetar sambil merenung ke arah adiknya.

Hana ketawa kecil. "Kita bagi dia susu, okay? Biar dia tenang."

Tidak jauh dari situ, Thaqif baru saja bangun dari tidur. Dia melangkah ke ruang tamu, terlihat Hana sedang menguruskan anak-anak mereka. Senyuman terukir di wajahnya. "Pagi, sayang. Pagi, Thafierah! Pagi, Thariq!"

"Papa!" Thafierah berlari ke arah Thaqif, memeluknya dengan erat.

"How was your sleep?" Thaqif bertanya, matanya bersinar melihat kebahagiaan anaknya.

"Good, Fierah mimpi indah!" Thafierah menjawab ceria.

Hana menoleh kepada Thaqif, matanya memancarkan kasih sayang. "Terima kasih bagi peluang kedua, abang."

Thaqif tersenyum, wajahnya bercahaya. "Anything for you, darling."

"Dan aku juga janji, tidak akan sesekali membiarkan sejarah berulang. Tiada lagi rahsia, tiada lagi kedukaan. Kita akan jalani hidup ini bersama, dalam keluarga yang bahagia."

Dengan itu, mereka bersama-sama menikmati sarapan pagi, sambil mendengar gelak tawa anak-anak mereka. Kehidupan yang penuh cabaran dan konflik itu kini memberi mereka kekuatan baru.

Thaqif memandang Hana dan anak-anak mereka, merasakan satu perasaan yang tidak terhingga. Dia bersyukur untuk setiap detik yang telah mereka lalui bersama. Ini adalah kehidupan yang dia idamkan, dan kini, dia sudah mendapatnya.

Selama ini, dia belajar bahawa cinta tidak hanya terletak pada saat-saat manis, tetapi juga pada usaha untuk mengatasi segala cabaran. Dan dengan Hana di sisi, dia yakin bahawa mereka akan dapat melalui apa sahaja yang datang.

-TAMAT-

MISSION: SOMBRA | CWhere stories live. Discover now